Bab 27 🎭🖤

597 50 6
                                    

"LISHA baby!"

Qaylisha, Adam dan Joshua tersentak apabila pintu wad tiba-tiba dirempuh kuat oleh seseorang. Tambah lagi dengan suara nyaring itu membuatkan Qaylisha menggeleng kepala. Khayra... Khayra...

"Lisha! Kau okay tak? Siapa yang dah buat kau macam ini? Cakap dekat aku! Biar aku smack down mamat bebal itu!" Khayra menghampiri Qaylisha dan memegang kedua-dua belah bahu Qaylisha. Qaylisha mendesis sakit.

"Kau ini Khay! Jangan sergah macam itu saja boleh tak? Adab zero betul!" Dila pula memunculkan diri dan mendekati Qaylisha yang berada di atas katil. Dila menjeling tajam wajah Khayra.

Pada tahun lepas Khayra baru menamatkan pelajarannya dan pulang ke tanah air. Dan akhirnya mereka bertiga dapat berkumpul semula seperti zaman universiti dahulu.

Khayra sebagai sahabat yang prihatin sangat risau dengan keadaan Qaylisha. Patutlah dia tidak dapat kontak Qaylisha beberapa hari ini. Puan Elvira baru beritahunya tentang apa yang telah berlaku pada Qaylisha dan dia terus mengajak Dila untuk melawat Qaylisha.

"Hehe sorry Lisha!" Khayra tersengih sebelum melepaskan cengkaman di bahu Qaylisha. Bahu Qaylisha diusap lembut.

Khayra tidak sedar perbuatannya tadi menerima renungan tajam Adam.

"Tak apa," ujar Qaylisha perlahan. Dia memandang dua sahabatnya bersilih ganti.

"Macam mana kau orang tahu aku dekat hospital?" soal Qaylisha ingin tahu.

"Umi kau yang beritahu. Lisha... Kau sabar eh? Anggap lah ini ujian buat kau. Kau jangan risaulah, kami sentiasa ada dengan kau," ujar Dila lembut. Terserlah aura keibuan wanita itu.

Khayra yang berada di sebelah Dila mengangguk laju. Setuju dengan kata-kata Dila. Namun tanpa sengaja Khayra memandang hadapannya dan matanya tertangkap dengan satu sosok yang berada di belakang Adam. Mata Khayra langsung membulat. Jari telunjuk sudah menuding ke arah sosok Joshua.

"Hei you! Hulk bermata hijau! Apa awak buat dekat sini?!" soal Khayra sedikit kuat dan memenuhi ruang wad. Qaylisha dan Dila hanya mampu pasrah dengan suara lantang Khayra.

Joshua tidak terkejut dengan panggilan Khayra kepadanya dan jejaka itu hanya menayang riak wajah kosongnya.

"Kau kenal Joshua?" soal Qaylisha ingin tahu. Manakala Dila sudah menggaru kepalanya. Apa ini? Dia ada missed something ke?

"Kenal sangat! Ergh! Ada lah dua tiga kali terjumpa dekat Itali dulu. Tak sangka pula dekat Malaysia ini pun akan jumpa lagi. Eh apa awak buat dekat sini hah?! Stalk saya eh?" tuduh Khayra dan mencekak pinggangnya.

Ya. Khayra sangat syok sendiri.

Joshua hanya membisukan diri. Malas mahu membalas mulut dengan gadis itu.

"Eleh! Dah stalk orang tak nak mengaku!" Tambah Khayra dan mengalihkan perhatiannya pada Qaylisha semula.

"Lisha, kau tahu ke siapa yang buat benda tak senonoh itu dekat kau? Abang Emir dah tangkap dia? Atau masih tengah cari lagi orangnya?" soal Khayra bertubi-tubi. Qaylisha terdiam dan menelan air liur. Kejadian malam itu kembali bermain di akal fikirannya.

"Ish! Kau ini!" Dila menepuk kuat lengan Khayra sementara Adam mengeluh kecil dan menggelengkan kepala dengan mulut becok Khayra. Lantas Adam menoleh ke arah Joshua dan memberi isyarat pada Joshua supaya membawa dua sahabat Qaylisha keluar dari wad ini. Joshua mengangguk patuh dan berjalan ke arah dua sahabat itu. Tubuh Khayra ditolak dan Dila yang berada di sebelah Khayra juga tertolak sama.

Mulut Khayra melopong apabila tubuhnya ditolak. Tidak kasar dan tidaklah terlalu lembut sehingga dia tidak mampu melawan. Argh! Memang hulk mata hijau betullah!

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now