Bab 37 🎭🖤

505 51 7
                                    

QAYLISHA merenung tanah yang berumput itu lama. Sekarang dia berada di rumah abi. Di sinilah tempat janinnya tertanam, tiga tahun yang lalu. Disebabkan itulah dia sering duduk di sini. Dia mahu sentiasa dekat dengan anaknya.

"Lisha."

Qaylisha menoleh mahu melihat punca suara lunak itu. Bibir mengukir senyum melihat kakak iparnya mendekatinya dengan senyuman lembut.

"Kak long. Sinilah duduk," ajak Qaylisha dan menepuk tempat duduk kosong di sebelahnya. Mawar langsung melabuhkan punggung di sebelah Qaylisha.

Mawar melirik ke arah Qaylisha sebelum memandang tanah juga. "Lisha... Lisha tahu kan. Semua yang berada di atas muka bumi ini adalah milik Allah SWT. Lambat laun semuanya bakal kembali padaNya. Kita sebagai manusia hanya mampu redha dan ikhlas. Yang pergi itu... Biarkanlah pergi."

"Susah Kak long. Susah untuk Lisha redha tetapi Lisha tetap cuba. Walaupun... Anak Lisha tak duduk lama dalam rahim Lisha, Lisha rasa Lisha dekat dengan dia. Lisha dengan anak Lisha berkongsi jiwa dan raga. Anak Lisha... Separuh dari nyawa Lisha, Kak long. Kadang-kadang Lisha tertanya. Kenapa Allah ambil anak Lisha? Lama Lisha menanti kewujudan dia. Lisha ini... Memang tak layak jadi seorang ibu ke?" tutur Qaylisha dengan nada yang perlahan. Dia cuba mengawal emosinya.

Mawar langsung memeluk tubuh Qaylisha. Kepala Qaylisha diletakkan di atas bahunya dan belakang tubuh Qaylisha diusap lembut. Mahu menenangkan adik iparnya yang hampir dibawa emosi.

"Shhh... Jangan sesekali persoalkan aturan Allah untuk kita. Apa yang Dia buat untuk kita pasti ada kebaikan untuk kita," pujuk Mawar. Qaylisha memejam rapat matanya membiarkan air mata mengalir.

"Lisha kuatkan? Lisha ada Kak long, Lisha ada abang-abang Lisha. Lisha ada kami semua. Jangan pendam apa-apa lagi ya sayang? Luahkanlah semuanya. Lepaskan semuanya agar hati Lisha lebih tenang," ujar Mawar lembut membuatkan Qaylisha teresak kecil. Air matanya berjurai-jurai keluar. Air mata yang selama ini dia simpan dari semua orang akhirnya gugur jua.

"Mak cu!" Tiba-tiba dua wanita itu diserang oleh tiga kanak-kanak. Terus mereka leraikan pelukan mereka dan Qaylisha terus menyeka air matanya dan mengukir senyuman buat ketiga-tiga anak buahnya.

"Ya sayang-sayang makcu?" soal Qaylisha seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

Adalyn, Adly dan Arshan terkebil-kebil melihat wajah sembab mak cu mereka. Mak cu cry ke?

"Mak cu cry ke?" soal satu suara kecil. Arshan yang paling muda di antara mereka bertiga itu menayang wajah polos.

Tanpa menunggu jawapan mak su nya, Arshan menyeka air mata mak su nya dengan tangan comelnya. Pipi mak su nya ditekup lembut. Mata bulat hazel itu merenung dalam mata hazel Qaylisha.

"Mak cu don't cry oteyy? Ashan alwayshh here with mak cu!" ujar Arshan dan mencium kedua-dua belah pipi Qaylisha. Qaylisha tersenyum perit dengan tindakan manis Arshan. Ikut bapak dia masa muda-muda dulu agaknya!

"Thank you, Ashan sayang," ujar Qaylisha lembut dan mencium kedua-dua belah pipi Arshan. Membulat mata Adly melihatnya. Dia pun nak jugak!

"Mak cu! Ayie nak kiss jugak!" pinta Adly manja dan menerima jelingan kakaknya, Adalyn. Sementara itu Mawar tergelak kecil melihat kemanjaan Adly dengan Qaylisha.

"Come!" Qaylisha mendepakan tangannya untuk Adly masuk ke dalam pelukan. Namun bukan hanya Adly yang masuk ke dalam pelukan Qaylisha. Arshan dan Adalyn juga mengambil kesempatan memeluk mak cu mereka yang jelita itu.

Qaylisha letak Arshan di atas ribanya dan Adly menyelit di antara Qaylisha dan Mawar, sementara Adalyn mencuri tempat di sebelah kiri Qaylisha. Mereka berpelukan seperti tidak ingin dilepaskan. Mawar hanya menjadi penonton tanpa ada niat ingin mengacau perbuatan empat orang itu. Biarlah Qaylisha merasa bagaimana punya anak.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now