Bab 36 🎭🖤

572 52 5
                                    

ADAM melangkah masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan lemah. Kepala asyik bermain dengan kata-kata Qayish.

Anak adik mati sebab Adam. Kalau bukan sebab dia ceraikan adik, adik tak akan stress sampai gugur!

Adam mencengkam rambut sendiri. Matanya sudah berkaca apabila memori kembali pula pada kejadian tiga tahun yang lalu. Di saat dia melafadzkan cerai pada Qaylisha. Ilya mengandung masa itu? Anak aku mati... Sebab aku?

"Ya Allah..." Adam mula teresak kecil dan bersandar lemah di dinding. Cemuhan dan hinaan terhadap Qaylisha pula kembali bermain di akal fikirannya. Dia kata Qaylisha mandul walhal semasa itu Qaylisha sedang kandungkan zuriatnya. Zuriat yang mereka sama-sama nantikan dari awal perkahwinan mereka.

Adam pusing menghadap dinding dan mula menghentak dahi sendiri di dinding. Bunyi hantukan bercampur dengan tangisan Adam. Tolonglah... Hapuskan suaranya yang menghina Qaylisha di akal fikirannya.

Adam terus menghentak dahi sendiri di dinding untuk cuba mengusir dan memadamkan suara-suara yang menganggu fikirannya. Suara dia, suara Qayish... Tolong hapuskan semua itu! Dia tidak mahu dengar lagi!

"Anak aku.... Anak aku."

QAYLISHA terus keluar dari keretanya dan berjalan ke pintu utama rumah Adam yang dulunya rumah mereka berdua. Dan tiba-tiba kaki terpaku di pintu utama. Qaylisha angkat kepala memandang luar rumah itu. Suara mereka berdua bergema di ingatan Qaylisha. Tawa yang penuh bahagia itu membuatkan dada Qaylisha terasa dihempap batu.

Suara dan tawa yang hanya memori.

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Dan saat dia berada di ruang tamu, mata tertancap pada Adam yang sedang memeluk lutut dan menyorokkan wajahnya di antara lutut. Qaylisha langsung mendekati Adam yang sedang bersandar di dinding itu.

"Iman..." Panggil Qaylisha perlahan dan menekup lembut pipi Adam. Wajah itu diangkat supaya memandangnya. Dan saat itu juga Qaylisha terkedu apabila melihat dahi di bahagian kiri Adam berdarah. Darah itu sudah mengalir ke kening tajam Adam. Terus pandangan dilempar ke arah dinding di belakang Adam. Dapat dia lihat sedikit tompokan darah di dinding itu. Ya Allah! Adam lukakan diri sendirikah?

"Iman..."

"Saya dah bunuh anak kita ke?" soal Adam sayu bersama linangan air mata. Mereka saling merenung satu sama lain. Lihat akan pipi Adam sudah basah dengan air mata, Qaylisha juga mengalirkan air matanya.

"T-tak. Awak tak bunuh anak kita," jawab Qaylisha perlahan dan menyeka air mata Adam. Semuanya berlaku tanpa  Qaylisha sedar. Qaylisha sudah campak segala halal haram.

"Tipu. Saya tahu. Saya yang bunuh anak kita. S-saya pem- pembunuh... Saya pembunuh. S-saya dah bunuh dia... Saya dah bunuh anak kita. Saya minta maaf," ujar Adam bersama esakan kecil. Qaylisha memejam rapat matanya apabila mendengar kata-kata Adam. Terus dia menarik Adam masuk ke dalam dakapannya. Kepala Adam diletakkan di bahunya dan belakang tubuh Adam diusap.

"No... Jangan cakap macam itu. Bukan salah awak," pujuk Qaylisha lembut. Adam tidak merespon apa-apa dan hanya mengeluarkan tangisannya. Dia menyesal. Dia benar-benar menyesal kerana telah menceraikan Qaylisha dahulu. Bertambah menyesalnya apabila dia dapat tahu semasa itu Qaylisha sudah kandungkan zuriatnya.

"Shhh... Stop crying." Qaylisha ikut mengalirkan air matanya apabila mendengar esakan Adam yang masih belum berhenti.

"Salah saya. Saya tahu salah saya. Saya suami yang tak guna. Ayah yang tak guna. Saya gagal Ilya... Saya gagal lindungi keluarga kita," adu Adam disela dengan esakan. Hatinya rapuh. Perasaan sakit ini kembali namun kali ini lebih sakit berbanding sebelum ini.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now