Bab 43 🎭🖤

484 42 0
                                    

QAYLISHA hanya memerhati tindak tanduk Adam yang mahu menyediakan makanan untuknya. Doktor kata esok dia sudah boleh pulang ke rumah kalau tiada apa-apa yang menghalang. Dan selama empat hari dia di sini, Adam tidak pernah sekali pun meninggalkannya. Adam sentiasa menjaganya.

"Okay here we go... Kapal terbang nak berlepas! Open your mouth aaa..." Sempat lagi Adam mahu bergurau dengannya. Sudu yang berisi makanan itu dibuat gaya seperti kapal terbang ingin berlepas, sudu dibawa ke mulut Qaylisha. Qaylisha hanya senyum dan menerima suapan Qaylisha.

"Iman tak makan?" soal Qaylisha dengan wajah polos, mulutnya penuh dengan nasi. Adam pula sebelum menjawab soalan Qaylisha, dia terlebih dahulu mengambil beberapa butir nasi yang ada di tepi bibir Qaylisha. Comot pula dia suap.

"Nanti sajalah. Saya nak pastikan Ilya yang makan dulu!" jawab Adam lalu menyuap lagi nasi ke dalam mulut Qaylisha. Selagi Qaylisha tidak makan selagi itu dia tidak akan keluar dari wad ini. Dia mahu keluar dalam keadaan isterinya sudah makan dan tidak perut kosong.

Qaylisha menolak suapan Adam kali ini. Dia pula tiada selera apabila dapat tahu suaminya belum makan. Dah pukul sembilan pagi kut!

"Saya nak awak makan juga dengan saya!"

"Tak apa Ilya... Nanti saya telefon Joshua suruh dia belikan makanan untuk saya okay? Sekarang awak makan saja dulu."

"Betul ni?"

"Ya betul my peony... Sekarang Ilya makan okay?" Adam bersuara lembut dan mengukir senyum. Sesudu nasi disuap masuk ke dalam mulut Qaylisha dan teragak-agak wanita itu menerimanya.

Adam terus menyuap Qaylisha sehingga makanan yang dihidangkan oleh pihak hospital habis licin. Air dituang ke dalam gelas lalu Adam dengan cermat membantu isterinya itu meminum air.

Sisa air yang tumpah di sudut bibir di lap oleh Adam dengan menggunakan ibu jari. Qaylisha sedikit sebanyak terasa malu dengan Adam sekarang ini kerana Adam melayannya seperti bayi. Tolonglah... Dia malu tahu tak!

"Okay! We're done! Ilya ada nak apa-apa lagi tak?" soal Adam usai meletakkan gelas di tepi bekas makanan. Qaylisha menggeleng laju. Cukuplah Adam suap dia tadi. Dia tidak mahu susahkan suaminya itu lagi.

Adam menjongketkan sebelah keningnya. Mata menilik seluruh tubuh si isteri sebelum mata itu tertancap pada pergelangan kaki Qaylisha. Tangan spontan menyentuh pergelangan kaki isterinya. "Sakit lagi kaki ini?"

"T-tak... Dah tak sakit," ujar Qaylisha bersama senyuman tipis. Dia terus menepis lembut tangan Adam dan menarik sedikit hujung seluarnya supaya menutup lebam di pergelangan kakinya. Lebam itu berpunca dari ikatan tali yang amat ketat tempoh hari. Kalau pun dia tidak berusaha keras untuk lepaskan diri, Qaylisha pasti ikatan tali di pergelangan kakinya itu bakal meninggalkan bekas kerana ikatannya amat kuat dan ketat.

"Iman urutkan eh? Mana tahu nanti boleh redakan sikit sakit dekat kaki," ujar Adam dan tanpa menunggu persetujuan dari Qaylisha, Adam terus mengurut kaki isterinya dengan lembut.

Sepanjang dia mengurut kaki isterinya, hati terasa disiat-siat sekali apabila melihat lebam di pergelangan kaki Qaylisha itu sudah membiru. Sebagai suami dia rasa terkilan kerana tidak dapat melindungi isterinya. Tak sampai 24 jam jadi suami dia sudah tunjuk yang dia itu suami yang teruk kerana gagal menghalang Qaylisha dari diculik.

Sebelum ini tidak pula dia perasan lebam di pergelangan kaki  Qaylisha kerana Qaylisha sering menutupnya dengan selimut.

"Tak apalah Iman... Saya dah okay. Tak payahlah sampai nak urut-urut ini. Saya betul-betul okay!" Qaylisha cuba menolak tangan Adam yang mengurutnya tetapi boleh pula jejaka itu menjelingnya dengan jelingan yang tajam. Terus Qaylisha tundukkan kepala.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now