Bab 41 🎭🖤

434 50 2
                                    

ADAM tergesa-gesa berjalan ke arah motor Kawasaki Ninja berwarna hitam miliknya. Habis saja kelas dia tergopoh-gopoh mengemas buku-bukunya dan menjadi orang pertama yang keluar dari dewan.

Usai dia duduk di atas motornya ada satu suara lunak menjerit namanya membuatkan tangannya yang ingin memakai helmet terhenti. Adam berdecit. Kenal sangat dia dengan suara lunak itu. Mungkin lelaki lain bakal cair dengan suara lunak itu tetapi tidak pada dia. Hanya suara isterinya iaitu Qaylisha Ilyana yang mampu mencairkan hatinya.

Adam tidak menjawab panggilan itu dan terus memakai helmetnya.

"Adam!"

Seorang gadis sudah berdiri di tepi Adam. Tangan mulus gadis itu naik menyentuh motor Adam apabila Adam sudah bersedia ingin menghidupkan enjin.

"Adam, you tak dengar ke I panggil you?" soal Alea dengan suara yang dimanjakan. Bibir mungil Alea sudah memuncung tetapi sedikit pun tidak menarik perhatian Adam.

"Adam, you dengar tak ni?!"

"Kau nak apa? Aku nak balik," tipu Adam. Padahal selepas ini destinasinya ialah kedai barang kemas, Swarovski. Bagi Adam tak perlulah mahu jujur. Bukannya penting pun untuk dia beritahu Alea destinasinya selepas ini.

"Alaaa...! Kenapa rushing sangat nak balik ni? Jomlah kita makan dulu. I nak tumpang you eh?!" Alea berura-ura ingin naik ke atas motor Adam tetapi pantas Adam menghalang dengan menyebut nama gadis itu dengan suara yang tegas.

"Berhambus boleh tak? Jangan kacau aku," marah Adam. Visor helmetnya dinaikkan ke atas dan matanya melirik tajam ke arah Alea. Alea berdecit.

"You ni selalu jual mahal dengan I tau! Apa salahnya kalau I naik motor you? You yang dapat untung nanti," ujar Alea selamba dan jarinya dilarikan di lengan Adam. Sigap Adam menepis.

"Jadi perempuan tu jangan murah sangat boleh? Blah sekarang," ujar Adam dingin. Merinding Alea dibuatnya dengan aura dingin Adam. Nak tak nak Alea pergi juga dari situ. Sempat juga dia menunjuk protes dengan menghentakkan heels nya di jalan tar.

Adam mula menghidupkan enjin motor dan saat itu juga dia disergah seseorang dari belakang. Ini manusia mana pula yang kacau aku ini? Aku nak naik motor pun tak senang.

"Wehh Dam!"

"Apa?"

"Kemain rushing eh kau keluar tadi dah tak sabar nak jumpa bini dekat rumah ke?" usik Wan dan meletakkan lengannya di bahu Adam.

"Tak adalah aku nak pergi Swarovski sekejap. Ada nak beli barang sebelum balik."

"Swarovski? Ohh... Ini mesti nak beli hadiah untuk isteri tercinta ni ann!" usik Wan lagi dan tergelak kecil. Adam pula sudah lali apabila diusik oleh Wan. Dah terbiasa.

"Kau nak ikut aku tak?" ajak Adam. Bolehlah Wan membantu dia untuk memilih gelang yang ingin dia beli untuk Qaylisha. Sempena ulang tahun pernikahan pertama mereka.

"Boleh juga. Aku pun ada nak beli something dekat mall nanti. Nak cari blazer. Jom!"

Sepasang kawan itu terus menghidupkan enjin motor masing-masing dan keluar dari perkarangan universiti.

ADAM tersenyum memandang gelang yang sudah dia pilih untuk Qaylisha. Tak sabar benar dia ingin pulang ke rumah. Qaylisha pasti sudah masak makanan yang sedap-sedap untuknya.

"Wow! Boleh tahan juga pilihan kau ini ya!" Sergah Wan membuatkan Adam menjeling tajam sahabatnya. Wan kalau tak sergah orang memang tak sah.

"Cheese tart untuk isteri aku tu kau dah tolong belikan?" soal Adam dan selepas itu dia menjeling tangan Wan. Dia tersenyum melihat kotak kuning yang tertulis Hokkaido.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now