Bab 24 🎭🖤

578 51 2
                                    

"EKHEM!"

Qaylisha tersentak apabila ada satu sosok duduk di sebelahnya usai Haziq meminta diri untuk ke tandas. Qaylisha menoleh memandang sebelah kanannya.

Lihat saja wajah Adam disebelahnya, Qaylisha langsung menayang wajah dingin. Qaylisha memaling wajahnya dari memandang Adam.

"Hai. Saya ada bawakan kek dan spaghetti untuk awak," ujar Adam lembut dan menayang makanan yang dia bawa dari dalam. Adam mengukir senyuman manis sehingga lesung pipitnya terlihat.

"Tak lapar."

"Abi cakap awak tak makan dari pagi lagi. Tak akanlah awak tak lapar langsung?" soal Adam sengaja.

Soalan Adam tidak dibalas langsung oleh Qaylisha dan wanita itu masih ralit merenung tanah membuatkan Adam berkerut dahi.

"Ilya?"

Adam tersentak melihat air mata Qaylisha menitis secara tiba-tiba. Terus pinggan plastik yang berada di tangan diletakkan di tengah-tengah mereka. Adam memandang Qaylisha dengan cuak.

"Ilya awak okay tak ini? Kenapa awak menangis?" soal Adam ingin tahu. Entah apa yang berada di dalam pemikiran wanita itu sekarang ini sehingga dia mengeluarkan air mata.

"Kenapa awak perlu muncul lagi di depan saya? Awak nak apa lagi dari saya, Adam?Apa lagi yang awak harapkan dari perempuan mandul ini? Atau awak tak puas lagi seksa saya hah, Muhammad Adam Al-Iman," ujar Qaylisha perlahan tanpa memandang wajah Adam yang sudah terkedu. Mata Qaylisha hanya setia merenung tanah dengan hati yang kosong.

"Ilya... Jangan cakap macam itu please. Saya datang sini untuk betulkan keadaan. Tolong bagi saya peluang untuk jelaskan semuanya. Apa yang awak nampak dulu tak seperti apa yang awak fikirkan. Awak sendiri tahu perangai perempuan itu kan? Dia dah perangkap saya Ilya!" Adam bersuara untuk pertahankan dirinya.

Qaylisha menoleh untuk memandang wajah Adam. "Tak penting bagi saya untuk dengar penjelasan awak. Kalau awak tak buat semua itu pun, saya tetap tak nak terima awak lagi. Sepatutnya dari awal lagi saya tak perlu muncul dalam hidup awak kan? Awak... Hanya tahu hancurkan hati saya saja."

"Tentang apa yang berlaku di Itali itu, okaylah kita letak tepi tentang itu tetapi apa yang dah jadi tiga tahun lepas. Tak mudah untuk saya terima orang yang dah hina saya, yang dah ceraikan saya!"

"Awak sendiri yang cakap kan? Awak tak pernah serius kahwin dengan saya. Awak hanya anggap perkahwinan kita selama setahun itu adalah hiburan untuk awak!"

"Sekarang ini apa? Awak dah bosan? Sebab itu awak nak kahwin semula dengan saya supaya awak boleh berseronok seperti dulu? Awak nak mempermainkan saya lagi?"

"Kalau awak rasa awak bodoh sebab lamar saya dulu saya pun sama! Saya rasa bodoh sebab terima lamaran budak mentah macam awak!" Sembur Qaylisha bertubi-tubi. Dia cuba mengawal suaranya agar tidak terlalu kuat. Masih ada tetamu lagi di sini jadi dia perlu mengawal suara dan amarahnya.

Adam tergamam apabila isu penceraian mereka kembali menjadi perbualan Qaylisha. Serta merta Adam mengepal kuat tangannya lalu rahang diketap sebelum mata dialih pada Haziq yang berada tidak jauh dari mereka. Adam pasti Haziq dengar setiap bait kata Qaylisha.

Adam terus mengambil keputusan untuk beredar dari situ dan berjalan ke arah Haziq. Sempat Adam merempuh kuat bahu Haziq sehingga Haziq meringis kecil. Haziq terus pusing tubuh memandang Adam yang sudah tersedia memandang tajam ke arahnya.

"Bro, tak nampak ke?"

"Kau ni memang sial kan? Jangan nak buat-buat bodoh lah! Aku tahu kau dengar apa yang Lisha cakap tadi!" ujar Adam keras. Matanya menikam memandang wajah keliru Haziq. Dahi Haziq berkerut.

"Aku tak faham."

"Kau. Tak. Akan. Dapat. Qaylisha Ilyana. Dia hak aku!" bisik Adam keras dan menolak dada Haziq kuat sehingga Haziq berundur beberapa langkah. Haziq terkebil-kebil sendiri memandang pemergian Adam.



















"ADIK dah malam ini. Nanti-nanti jelah balik rumah angah itu," ujar Encik Qash seakan-akan menghalang anaknya dari pergi ke rumah Qayish yang boleh tahan jauh dari sini. Tetapi tidaklah sejauh penthouse Qayish dahulu.

Majlis sambutan hari lahir Ayin sudah selesai pukul enam petang tadi dan mereka pun sudah selesai mengemas semuanya. Usai Isyak, Qaylisha baru teringat ada kertas kerjanya yang tertinggal di rumah Qayish. Disebabkan rumah baru Qayish berada dekat dengan tempat kerjanya, Qaylisha tinggal bersama dengan abangnya Qayish. Kalau nak beli rumah sendiri, abang dia Qayish itu pula halang sebab membazir. Qayish sendiri yang menawarkan untuk tinggal di rumahnya.

"Tak boleh abi. Ada kerja adik tertinggal dekat rumah angah. Adik lupa nak ambil masa nak datang sini semalam," ujar Qaylisha sambil membetulkan tudungnya. Dia sudah bersiap-siap ingin pergi ke rumah Qayish yang kosong tiada sesiapa kerana Qayish juga bermalam di sini. Bukan setakat Qayish, Qalish juga bersama keluarga kecilnya bermalam di rumah Encik Qash untuk beberapa hari ini atas sebab sambutan hari lahir Ayin.

"Kalau macam itu suruh angah temanlah," ujar Puan Elvira pula. Laju saja Qaylisha geleng kepala setelah uminya tiba-tiba bersuara.

"Tak payahlah umi. Biar jelah angah berehat. Adik boleh pergi sendiri. Adik pergi dulu ya? Assalamualaikum!" Tangan umi dan abinya disalam sebelum dia berlalu keluar dan menuju ke kereta Mercedes Benz berwarna putih miliknya.

"Awak... Saya tak sedap hatilah," adu Puan Elvira pada suaminya. Dia memandang pemergian anak bongsunya dengan riak wajah yang risau. Encik Qash mengeluh kecil. Bukan isterinya sahaja, dia turut sama tidak sedap hati. Seolah-olah ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Naluri ibu bapa tidak pernah salah.

"Qay mana?"

"Dalam bilik. Tengah mandi rasanya," jawab Puan Elvira. Encik Qash diam sebentar, memikirkan sesuatu.

"Lepas dia dah siap mandi suruh dia pergi rumah dia. Tengok-tengokkan adik," ujar Encik Qash dan laju saja menerima anggukan dari Puan Elvira.















QAYLISHA telan air liur melihat suasana rumah Qayish yang sangat gelap. Haish! Dia ini benci gelap tahu! Lagi-lagi tempat sunyi begini!

Qaylisha tidak mahu lama-lama di situ terus keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah Qayish dengan langkah berjaga-jaga. Takut terlanggar apa-apa barang kerana suasana di rumah itu benar-benar gelap. Gelap gelita sehingga tidak nampak apa-apa.

Qaylisha terus mengatur langkah ke suis lampu di ruang tamu namun belum sempat dia pergi ke tempat suis, Qaylisha terasa ada seseorang di belakangnya dan pinggangnya tiba-tiba dipeluk.

"Hai Ilya sayang..."

Qaylisha sigap melepaskan tangan itu dari pinggang dan menoleh ke belakang, sejurus itu tubuhnya tiba-tiba ditolak jatuh ke atas lantai. Dada Qaylisha mula berdebar apabila terasa sosok itu sedang melangkah dekat ke arahnya. Langsung Qaylisha mengesot tubuhnya ke belakang.

"S-siapa kau? Apa kau nak hah!" soal Qaylisha kasar. Tiada jawapan untuk soalan Qaylisha. Samar-samar kelihatan sosok misteri itu lambat-lambat melangkah ke arahnya. Tubuh Qaylisha mula menggigil.

"Tolong... Jangan apa-apa kan aku. Aku merayu...," rayu Qaylisha perlahan. Berharap sosok itu bakal bertimbang rasa dengan rayuannya. Namun Qaylisha tidak tahu suaranya itu membuatkan sosok misteri itu semakin terpancing.

Qaylisha terjerit apabila sosok misteri itu tiba-tiba menerkam ke arahnya. Tangannya dibawa ingin menghalang sosok itu dari menyentuhnya namun kedua-dua belah tangannya itu sudah dipegang erat dahulu sehingga dia tidak mampu buat apa. Qaylisha meronta-ronta ingin minta dilepaskan.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku lah!" jerit Qaylisha apabila tubuhnya sudah ditindih. Air mata Qaylisha mula mengalir apabila mulutnya pula ditutup.

"Shhhh! Jangan bising Ilya," ujar suara garau itu. Qaylisha tidak tahu siapakah sosok itu. Suara pun dia tidak pernah dengar. Ya Allah! Kenapa dia diperlakukan seperti ini? Apa salah dia?

Ya Allah... Tolong selamatkan aku dari lelaki ini. Kau hadirkanlah sesiapa untuk membantu aku Ya Allah! Aku mohon!


















"Innocent face, hide many things." -Nadine Harley Anderson


Anderson's Temptation Where stories live. Discover now