Bab 8 🎭🖤

609 60 2
                                    

SEDAR tak sedar sudah seminggu dia menjadi bibik di sini. Dan hari ini... Adam cuti lagi! Haishh! Mamat itu tak ada life ke? Waktu cuti ini pergilah keluar jalan-jalan, ini terperuk saja dalam rumah.

Ewah ewah Qaylisha Ilyana! Rumah dia yang kau sibuk kenapa? Kalau dia nak terkurung dalam bilik pun bukan masalah kau!

Qaylisha mendengus geram. "Bahhh!"

Terjerit Qaylisha apabila disergah dari belakang. Hampir saja batang mop ingin mendarat ke kepala manusia.

"Jane!"

Jane hanya sengih dengan panahan tajam Qaylisha. Lengan Qaylisha dirangkul manja.

"What's on your mind, Lisha? Is it Signor Anderson?" Jane senyum nakal dan mencucuk-cucuk pinggang Qaylisha.

Qaylisha tergelak kecil akibat kegelian. Jane juga tergelak sama sebelum mereka dihampiri Alea. Terus mati gelak mereka apabila Alea tiba-tiba menyergah mereka.

"Oi! Kau orang berdua curi tulang ya? Boleh pula kau orang bergurau senda waktu bekerja!" sergah Alea dengan bahasa inggeris. Jane sudah berdecit tanda menyampah manakala Qaylisha hanya diam dan tidak peduli dengan kata-kata Alea.

"Kau majikan ke sampai nak marah-marah ini? Apa? Dah ambil alih tugas Tuan Anderson?" lawan Jane dan Qaylisha hanya mampu diam dan mengeluh kecil. Jane dan Alea memang tak pernah sebulu.

"Well... Aku kan istimewa bagi Tuan Anderson!"

"Perasaan! Tuan Anderson tidak pernah nampak kau begitu. Kau hanya pembantu rumah. Sama macam kami berdua. Jadi jangan cuba nak berlagak dengan kami," bidas Jane lagi. Dari tadi hanya dia yang larat mahu melawan mulut dengan Alea sementara Qaylisha terlalu malas untuk buka mulut.

"Kalau cemburu cakap saja." Alea tidak mahu mengalah. Dia menyilangkan tangannya di dada dengan angkuh.

"Aku... Atau kau yang cemburu! Kau itu sebenarnya yang cemburu dengan Lisha, bukan? Dia yang mendapat layanan istimewa dari Tuan Anderson sebab itu kau suka cari pasal dengan dia."

"Kau!" Alea menerpa ke arah Jane dan tangan Alea sudah terangkat ingin menarik rambut Jane tetapi Jane lebih bertindak laju menarik rambut Alea. Sudahnya mereka saling menarik rambut.

Qaylisha yang menjadi penonton sudah cuak. Dia cuba leraikan dua gadis itu tetapi apalah dayanya? Dia perlu mengawal dua orang. Jane dan Alea pun tidak mahu mengalah. Dua-dua enggan melepaskan rambut masing-masing walaupun sudah disuruh oleh Qaylisha.

"Hey you guys! Jane, Alea stop it! Signor Anderson will mad if seeing you guys like this!" Jerit Qaylisha tetapi mereka tetap tidak peduli. Rasa nak tercabut anak tekak ini sebab nak halang mereka.

"Let me go!" jerit Alea seperti sedang menahan sakit. Jane memang menarik rambutnya sekuat hati.

"You do first!"

"Just let me go first then I will let you go!"

"Jane, Alea!"

Qaylisha sudah panik memandang ke luar dapur berharap ada pembantu rumah yang lain datang membantunya meleraikan pergaduhan ini tetapi tiada seorang pun yang ada selain mereka bertiga.

Dan pada akhirnya mereka melepaskan rambut serentak dengan kasar membuatkan mereka terundur beberapa langkah. Qaylisha terus menerpa ke arah Jane, membantu gadis itu berdiri dengan stabil.

Jane dan Alea saling melemparkan pandangan membunuh sebelum Alea tertoleh pada satu cawan. Tangannya spontan mencapai cawan itu dan menyimbah air di dalam cawan itu pada Jane tapi sasarannya tidak tepat dan akhirnya Qaylisha yang terkena air teh yang masih panas.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now