Bab 46 🎭🖤

421 33 1
                                    

"EH! Siapa kata tak muat? Mak cu lain... Ashan lain!" sangkal Adam dan menarik bahu Qaylisha merapatinya. Berbulu mata tiga budak kecil itu melihat kemesraan Adam dan Qaylisha.

"Hanya mak cu seorang saja yang boleh masuk dalam hati pak cu. Mak cu queen dalam hati pak cu! Jadi... Mak cu dan ikan sardin tak adalah beza mana," ujar Adam selamba. Dia bedal saja apa yang lalu di dalam akal fikirannya.

"Hmm... Yelah pak cu!" Adalyn layankan saja pak su nya.

Qaylisha menjulingkan matanya ke atas lalu tangannya mencubit tepi perut Adam. Memalukan betul suami dia ini!

Adam meringis kecil sebelum melepaskan tawa. Tepi kepala Qaylisha dikucup secara spontan. Tak teringat pula pada tiga anak buahnya yang menjadi penonton.

"Pak cu!"

"What...?"

"Mana aci pak cu kishh mak cu corang-corang!" rungut Arshan. Dia pun nak cium mak cu juga sebab dia pun sayangkan mak cu! Mak cu pun ade dekat hati dia tau!

Adam jungkitkan sebelah kening. Eh eh! Isteri pak cu, suka hati pak cu lah! Nak aje jawab macam itu tetapi dia memilih untuk kunci jawapan itu di hati.

"Okaylah okaylah... Apa kata... Kita semua... Kiss mak cu!" Dan serentak dengan itu, mereka semua mencium pipi Qaylisha serentak dengan rakus lalu mereka berdesup lari meninggalkan Qaylisha sendiri di kerusi sederhana panjang itu.

Dapat Qaylisha dengan gelak tawa mereka saat mereka lari meninggalkannya. Tak jadi wanita itu marah malah dia gantikan dengan tawa kecil. Rasa macam ada empat anak buah tahu tak?

"Iman... Iman..." Dah 27 tahun pun masih ngam dekat budak-budak!









"ILYA... Sorry saya lambat masuk bilik! Awak tunggu saya ke?" soal Adam seraya melangkah ke arah Qaylisha yang sedang duduk melunjur di atas katil. Adam menyertai isterinya di atas katil lalu bersandar di kepala katil.

Qaylisha senyum. "Tak ada apalah. Budak-budak dah tidur ke?"

"Ha ah. Saya teman dia orang sampai depan pintu tadi. Haihh... Dah macam grab dah nak kena hantar seorang-seorang," ujar Adam dan menjatuhkan kepalanya di bahu Qaylisha. Penat dia berjalan ke setiap tingkat. Mula-mula ke tingkat dua untuk hantar Arshan selepas itu ke tingkat tiga pula untuk hantar Adalyn dan Adly. Dan akhir sekali dia turun semula ke tingkat dua menuju ke bilik isterinya.

Rasanya boleh dah ni abi tambah lif dalam rumah ni...

"Awak macam tengah fikirkan sesuatu. Apa dia?" soal Adam dan angkat kepala dari bahu Qaylisha lalu dia letakkan pula dagunya di bahu Qaylisha. Wajahnya isterinya direnung hangat.

"Tak ada apalah. Saya termenung saja tadi. Jomlah kita tidur. Dah lewat ini. Nanti lewat bangun subuh," ujar Qaylisha dan menepuk kecil bahu Adam. Mahu beri isyarat supaya Adam beralih daripada bahunya. Tetapi Adam tidak berganjak sedikit pun.

Qaylisha jadi tidak tenang dengan renungan Adam.

"Awak, janganlah pandang saya macam itu. Saya okay sajalah. Tak fikir apa-apa pun cuma..."

"Cuma?" Adam puas hati apabila Qaylisha akhirnya ingin bersuara tentang apa yang ada dalam isi kepala. Jejaka itu sabar mendengar sambungan dari Qaylisha.

Qaylisha mengeluh kecil. "Saya terfikir pasal anak. Macam mana kalau kita tak ada anak? Dulu masa saya gugur, doktor ada cakap yang kemungkinan saya susah untuk mengandung. Saya takut! M-macam mana kalau... Kita lambat dapat anak macam dulu? Kalau bukan setahun mungkin dua tiga tahun? Awak sanggup ke tunggu?"

Adam terdiam mendengar kata-kata Qaylisha. Dia jauhkan jarak wajah mereka. Suasana di dalam bilik itu berubah sunyi usai Qaylisha meluah.

Qaylisha gigit bibir apabila Adam hanya diam. Qaylisha terus bangkit dari katil ingin berlalu pergi namun Adam sigap melelar lengannya lalu menariknya agar duduk di birai katil. Qaylisha tersentak apabila Adam memeluk pinggangnya dari belakang. Bahu kanannya juga terasa berat.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now