Bab 30 🎭🖤

508 47 4
                                    

"WILL you be my wife?"

Qaylisha menoleh ke arah Haziq. Bibirnya dikemam sebelum memandang semula sebentuk cincin yang ada di dalam kotak cheese tart itu. Mustahil cincin ini tersesat di dalam kotak ini melainkan Haziq yang meletaknya.

"Why me?" soal Qaylisha. Dia rasa Haziq sudah tahu tentang kisah hidupnya. Apa yang telah dia lalui minggu lepas.

"Because I love you. From the start. Saya tahu awak tahu yang saya cintakan awak selama ini. Tapi awak saja buat-buat tak nampakkan? Am I not enough to you?"

"T-tak Haziq..."

"Then what? Okay! Kita tak perlu cakap benda yang lepas. Sekarang ini... Saya hanya mahukan jawapan dari awak. Don't you have same feelings towards me? After what I have done for you?" ujar Haziq seakan-akan merayu supaya Qaylisha menerimanya. Qaylisha memandang Haziq ragu-ragu. Ya. Memang Haziq banyak tolong dia selama ini tetapi itu tak bermaksud dia boleh semudah-mudahnya menerima lelaki itu. Dan sekarang satu soalan bermain di fikirannya. Adakah Haziq menolongnya selama ini atas dasar lain? Bukan atas dasar kawan dan juga majikan kepada pekerjanya?

"Haziq, I'm sorry. Saya tak anggap awak lebih dari kawan dan bos saya. Saya tak boleh kahwin dengan awak. Lagi pun awak tahu kan saya ini bekas isteri orang? Awak juga tahu apa yang dah jadi pada saya minggu lepas," ujar Qaylisha panjang lebar.

"I don't care at all! Saya tak kisah awak pernah berkahwin dahulu. Dah bercerai pun kan? Dan apa yang dah jadi pada awak malam itu is nothing! Lelaki itu tak sempat buat apa-apa pun pada awak! Dan kalau dia sempat pun saya tak kisah. Saya cuma mahukan awak." Haziq berkeras. Qaylisha menggelengkan kepala. Tak. Dia tak boleh terima Haziq. Haziq kawan dia!

"Atau... Awak tolak saya sebab bekas suami awak?" ujar Haziq tiba-tiba membuatkan Qaylisha mengangkat kepalanya. Qaylisha sedikit tersentak dengan renungan Haziq yang agak lain dari sebelum ini.

"Awak masih cintakan lelaki yang dah buang awak dari hidup dia?" Haziq menyoal lagi. Namun Qaylisha sendiri tidak punya jawapan untuk soalan itu. Cintakah dia pada Adam?

"Tak."

"Habis itu kenapa? Apa kurangnya saya?" soal Haziq tidak menyabar. Entah kenapa dia rasa sangsi apabila Qaylisha menolaknya. Dia punya segala-galanya. Dia boleh beri Qaylisha apa sahaja yang wanita itu mahukan tapi kenapa Qaylisha menolaknya tanpa berfikir apa-apa?

"Awak tak ada kurang apa-apa. Maaf Haziq, saya tak ada hati dekat awak. Mustahil untuk kita bersatu. Saya memilih untuk hidup sendirian sampai saya mati. Saya tidak perlukan lelaki lain selain abi dan abang-abang saya."

"Jadi kalau... Bekas suami awak mahukan awak semula, awak akan berikan jawapan yang sama?" Haziq melemparkan soalan maut. Matanya merenung serius mata Qaylisha. Sepasang mata hazel yang sudah berjaya menawan hatinya.

Qaylisha terdiam sendiri. Kepala menunduk merenung jari sendiri sebelum kepala diangguk beberapa kali sebagai jawapan.










SUASANA di meja makan meriah buat sekian lamanya. Akhirnya keluarga mereka kembali lengkap dengan kepulangan Adam setelah tiga tahun. Puan Natrah menjemput Adam ke rumahnya untuk makan malam dan Nadine serta keluarga kecilnya turut ada membuatkan Adam langsung setuju. Dah lama dia tak jumpa anak buah dia.

Apabila yang lain asyik bertukar cerita, Adam hanya diam sambil memakan makanannya. Pinggan yang lain sudah hampir habis namun berbeza dengan Adam yang masih berbaki separuh. Puan Natrah langsung menegur Adam yang sedari dari tadi hanya diam tidak berkutik.

"Adam... Masakan mummy dah tak sedap ke? Kenapa macam tak bergerak je nasi dekat pinggan itu?" tegur Puan Natrah membuatkan yang lain menoleh ke arahnya dan Adam pula mengangkat kepala membalas renungan yang lain bersilih ganti.

"Yalah Adam. Tak akanlah masakan mummy tak sedap?" Encik Nazrie pula menyampuk. Adam tersenyum nipis.

"Tak adalah mummy, ayah. Masakan mummy masih sedap. Adam cuma... Penat sikit. Tak ada selera sangat nak makan," ujar Adam perlahan dan menyudu nasi bersama lauk udang sambal dan disuap masuk ke dalam mulutnya. Nasi dan udang itu dikunyah perlahan.

Emir menjongketkan sebelah keningnya dan menyuap nasi ke dalam mulut Eiyad.

"Sedap tak nek mi masak?" soal Emir dan menerima anggukan semangat dari Eiyad.

"Nek mi mashak alwaysshh cedap!" Eiyad menayang ibu jarinya membuatkan yang lain tergelak kecil. Terhibur mereka dengan kecomelan Eiyad. Eiyad penyeri keluarga ini.






"OI DUDA!" Adam tersentak apabila Emir menyergahnya dari belakang. Lantas jelingan tajam dihadiahkan buat si abang ipar. Emir hanya menjongketkan sebelah bahunya, tidak takut dengan jelingan itu. Dia berdiri di sebelah Adam dan meletakkan kedua belah tangan di tembok balkoni.

"Kau kalau tak menyakitkan hati aku memang tak sah kan?" Adam berdecit kecil.

"Itukan memang hobi aku dari dulu," ujar Emir selamba. Rambut yang ditiup angin disebak ke belakang.

"Macam mana dengan jantan itu? Dah jumpa?"

"Hmm lagi sikit. Masih lagi kumpul maklumat. Aku dah soal siasat dan jiran-jiran rumah Qay, kutlah dia orang nampak kelibat jantan itu."

"Habis itu? Dia orang nampak tak?" soal Adam ingin tahu. Emir menggeleng kecil.

"Dia... Terlalu licik. Yang paling buat aku curious, how dia boleh tahu Lisha akan pergi ke rumah Qay. Tapi aku rasa... Dia dah track Lisha. Dan sehubungan dengan itu, aku yakin juga lelaki itu ada dekat dengan Lisha. Sebab itu dia punya kesempatan untuk track Lisha. Mungkin dia ada letak alat tracker dekat Lisha."

"Tapi mengikut apa yang Lisha cakap, tak ada pula mana-mana lelaki yang pernah taruh perasaan dekat dia. Dan dia tak ada pula rapat dengan mana-mana lelaki sebelum ini." Sambung Emir lagi. Adam meraup kasar wajahnya. Susahlah begini.

"Bodoh betul."

"Eh! Kau cakap abang ipar kau bodoh? How dare you little kid!"

"Tct! Bisinglah! Kau buat apa dekat bilik aku? Berhambus lah!" halau Adam kasar namun ia sikit pun tak terkesan pada Emir. Eleh... Dia dah kebal dapat adik ipar istimewa macam ini!

"Oi. Kalau bukan sebab isteri kesayangan aku yang suruh tengok-tengokkan kau, aku pun tak ingin lah jejakkan kaki di dalam bilik ini. Bilik pun serupa gua!" sembur Emir semula. Kecil besar kecil besar saja dia tengok adik ipar dia ini.

"Dasar takut bini."

"Kau tak tahu budak! Aku ini hormatkan bini. Apa yang dia suruh, aku kenalah buat. Kau apa tahu? Kau kan duda!" herdik Emir selamba. Adam menjeling abang iparnya tajam.

Duda, duda, duda! Itu jelah modal orang tua ini! Kau tunggu tak lama lagi aku akan dapat balik pangkat suami orang! Kau tunggu Emir!

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now