Bab 39 🎭🖤

475 56 3
                                    

EMIR memandang Adam yang sudah bersiap-siap untuk menikah hari ini di masjid. Dia bahagia melihat adik iparnya bakal mendirikan rumah tangga lagi. Tetapi itulah... Lepas ini dia dah tak ada modal nak ejek Adam. Selepas ini Adam akan tamatkan gelaran dudanya.

"Songkok aku okay tak, Mir?" soal Adam pada Emir seraya membetulkan songkoknya. Soalan Adam membuatkan Emir tersentak. Mata Emir naik melihat songkok Adam.

"Okay dah itu. Sampin kau senget sikit. Betulkan lah," tegur Emir dan Adam sigap menerima teguran abang iparnya. Sampin berwarna krim itu dibetulkan.

"Umur kau dah 27 tahun," ujar Emir tiba-tiba membuatkan mata Adam naik memandang Emir. Sebelah kening dijongketkan. Jadi?

"Jadi aku harap kau buang perangai tak matang kau. Jadi suami yang baik dan soleh. Sekali lagi kau buat hal memang aku campak kau dalam lombong," ujar Emir lagi dengan nada tegas. Adam menarik muka dan mengangguk kecil.

"Hei belum siap lagi ke? Dah nak gerak dah ini!" Nadine muncul dan berdiri di sebelah suaminya. Mata Nadine menilik penampilan adiknya. Okay cun! Tiada apa yang kurang. Terus Nadine alihkan mata pada suami disebelah. Mahu melihat penampilan Emir pula.

"Abang... Ini apa songkok senget ini!" tegur Nadine dan membetulkan songkok suaminya. Emir tersengih apabila ditegur sementara Adam sudah menarik muka. Nak bersweet-sweet pula depan aku! Kau tunggu sekejap lagi aku akad nikah memang aku sweet sepanjang masa dengan bini aku!

"Dahlah tak payah nak buat drama kau orang di sini. Jomlah!" Adam terus berjalan keluar dari biliknya meninggalkan sepasang suami isteri itu. Nadine terkebil-kebil sendiri sementara Emir sudah tersenyum nakal.

Emir merangkul pinggang Nadine dan mendekatkan bibirnya di telinga Nadine. "Dia jealous itu sayang, biarlah dia!"












ADAM menggigit bibirnya apabila tok kadi sudah labuhkan punggung dihadapannya. Sumpah dia sangat berdebar sekarang ini! Rasa macam pertama kali pula nak menikah.

Dan satu perkara yang membuatkan Adam semakin takut apabila Qayish merenungnya tajam. Macam dia ada buat salah pula sekarang ini. Bila dia terpandang Qayish, dia terus larikan mata ke arah lain. Takut nak tengok bakal abang ipar dia!

Garang kemain.

"Kamu dah sedia?" soal tok kadi pada Adam. Tersentak Adam dibuatnya apabila tiba-tiba disoal. Kepala dijatuhkan buat beberapa kali.

"D-dah."

"Baiklah. Boleh kita mulakan?"

"Boleh."

Tok kadi menjabat tangan Adam. Adam gigit bibir lagi. Minta-mintalah tok kadi tak tegur tangan dia yang sejuk ini. Adam sendiri tidak tahu mengapa dia terlebih takut dan nervous. Rasanya dulu tak ada lah sangat.

Tapi apa-apa pun, Adam bahagia. Kerana pernikahannya kali ini ada Emir. Dulu dia sangat sedih apabila majlis akad nikah dan majlis resepsinya tidak ada Emir. Sebut pula tentang majlis resepsi, perkahwinan kedua dia dan Qaylisha, mereka tidak bakal adakan majlis resepsi. Hanya majlis akad nikah sahaja. Semuanya kerana Qaylisha enggan untuk membuat semua itu.

"Muhammad Adam Al-Iman bin Abdullah?"

"S-saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Qaylisha Ilyana binti Qash Adam dengan mas kahwin sebanyak sepuluh dinar."

"Sah!"

Krik krik krik...

"Salah woi! Salah!" Emir terus bangkit dari duduknya dan duduk di sebelah Adam. Emir membisik sesuatu pada adik iparnya. Para keluarga dan orang lain sudah tergelak apabila Adam tiba-tiba mengatakan sah.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now