Bab 31 🎭🖤

560 51 2
                                    

MATA Adam dan Qaylisha bertaut lama. Tiada sesiapa yang ingin buka mulut di antara mereka berdua. Dan di sisi mereka berdua itu, ada tiga anak kecil sedang menongkat dagu memandang adegan renung-merenung Adam dan Qaylisha.

"Pak cu dengan mak cu nak kishh ke?" soal Eiyad polos. Eiyad berada di tengah-tengah Arshan dan Adly. Arshan dan Adly walaupun hanya sepupu, mereka mempunyai rupa paras yang sama sehingga orang ingatkan Arshan adalah kembar Adly tapi apakan daya? Yang sebenarnya kembar ialah bapa mereka berdua.

Qaylisha dan Adam terbatuk apabila suara Eiyad tiba-tiba memecahkan keheningan di antara mereka berlima. Ya Allah! Yayad! Sudahlah mereka sedang berada di kedai makan! Nasib baiklah suara itu kecil saja. Buatnya orang dengar? Malu mereka berdua!

Bila Qaylisha jeling Adam, kelihatan telinga Adam sudah memerah. Qaylisha sudah dapat teka yang Adam juga malu kerana dia kenal jejaka itu. Adam kalau malu memang habis merah seluruh muka! Kulit putih lah katakan! Itu yang mudah sangat memerah.

"Yayad! Don't say like that!" Serentak mereka bersuara dan memandang Eiyad garang. Eiyad tersengih melihat wajah garang kedua-dua orang dewasa itu. Tak takut pon! Mummy lagi garang!

"Kenapa awak nak jumpa saya di sini?" Qaylisha akhirnya mengutarakan soalan kepada Adam. Sebelah kening dijongketkan. Apabila Adam gosok batang leher sendiri, Qaylisha memeluk tubuh, menanti jawapan dengan penuh sabar.

"Errr... Yayad yang nak jumpa? Ha! Sebab itu saya bawa Yayad sekali. Yayad rindu dekat mak su dia," ujar Adam dan tersenyum janggal. Takut pula dia tiba-tiba! Sebenarnya dia ada niat lain membawa Qaylisha keluar makan. Dia mahu memperbaiki hubungan mereka. Dia mahu hidup bersama Qaylisha lagi. Cukup tiga tahun dia terseksa tanpa Qaylisha di sisi.

"Ha ah! Yayad miss mak cu sooo much!" Eiyad mengikut rentak pak su nya. Tapi betul juga apa yang pak su cakap! Yayad rindu mak su!

"I miss you too sayang." Qaylisha membalas lembut dan tersenyum pada Eiyad.

"Miss Yayad je ke? Pak cu dia tak rindu?" ujar Adam selamba dan langsung menerima jelingan dari Qaylisha.

"Buat apa nak rindu pak cu? Waste of time."

"Auchhh!" Tiga kanak-kanak lelaki itu memegang dada gaya dramatik. Pak cu kena reject ke ni?

"Awak ini malulah saya..."

"Shut up! Okay no. I want you to speak up. Tell me what do you want actually."

"I want you. I want you to be my wife back. I miss you. I miss the old us," jujur Adam dan memandang sayu wajah bekas isterinya. Harap Qaylisha mempunyai simpati terhadapnya. Tolonglah kali ini sahaja beri dia peluang...

"But I don't want you.. Adam, kita dah tak ada apa-apa. Dan tak ada apa-apa pun yang buat kita terikat jadi perlu ke untuk kita bersama lagi? Beri saya alasan yang kukuh."

"Saya cintakan awak. Itu alasan yang paling kukuh yang saya ada. Saya cuma nak kita kembali seperti dulu."

"It's not going to be easy. Benda tak akan sama lagi Adam. Please lah..."

"At least give me a chance to defend myself for what have happened two years ago. Saya tak nak terus dipandang buruk oleh awak."

"Ayie, Ashan jom balik." Qaylisha terus bangkit dari kerusi seolah-olah tidak mahu memberi Adam peluang untuk mempertahankan diri sendiri. Adly dan Arshan terkebil-kebil apabila tangan mereka tiba-tiba ditarik.

"Alaa mak cu! Kita orang nak main dengan Yayad!" ujar Arshan dan Adly serentak. Mereka memandang Eiyad yang sudah dipimpin oleh Adam.

Mata Qaylisha dan Adam berlanggar sebelum Qaylisha menunduk memandang dua anak buahnya. Keluhan kecil terbit dari belahan bibir wanita itu.




Anderson's Temptation Where stories live. Discover now