Bab 11 🎭🖤

682 62 6
                                    

QAYLISHA melangkah malas ke arah bilik tidur Adam. Nampaknya Adam masih tidak puas hati lagi untuk sakitkan hati dia. Saja mahu Qaylisha yang hantarkan susu untuk dia.

Hormat dia pada Adam, majikannya itu sudah hilang. Tanpa ketuk pintu dan izin, dia memulas tombol pintu dan apabila pintu sudah terbuka luas, dia pula tersentak dengan apa yang dia lihat sekarang.

Qaylisha cepat-cepat mengubah ekspresi wajahnya dan berubah menjadi dingin. Cuba untuk tidak pedulikan Alea yang sedang duduk di atas riba Adam di birai katil.

"Sorry, saya lupa ketuk pintu. Maaf sebab dah ganggu momen asmara kau orang berdua. Saya hanya nak hantarkan susu," ujar Qaylisha tenang dan meletakkan gelas susu di atas laci yang berada di tepi katil dan berlalu pergi.

Qaylisha menahan dari menyampah apabila dia dapat lihat senyuman sinis Alea.

"Ilya..." Panggil Adam perlahan apabila pintu biliknya kembali tertutup rapat. Dia tak sangka pula yang semua ini bakal berlaku. Dia sememangnya menyuruh Qaylisha menghantar air untuknya kerana saja mahu mencari alasan supaya dia boleh bercakap dengan Qaylisha tetapi lain pula yang jadi bila Alea yang munculkan diri terlebih dahulu.

"Nathan..." Rengek Alea manja membuatkan Adam rimas. Dia mengeluarkan seluruh tenaganya menolak Alea sehingga gadis itu jatuh ke atas lantai.

"Apa yang kau cuba buat ini hah? Kau sengaja kan?" soal Adam dingin. Dia rasa saat ini juga dia mahu membasuh seluruh tubuhnya kerana dia jijik dengan sentuhan Alea.

"Apa yang I buat?" soal Alea tanpa rasa serba salah. Dia bangkit dari lantai dan berdiri menghadap Adam. Wajah tampan Adam direnung dengan renungan yang menggoda. Tapi sayangnya, Adam langsung tidak ambil peduli.

"Know your limit, Alea. Kau ini memang tak serikkan? Aku dah cakap selagi aku tak bagi izin kau naik atas ini, kau tak boleh naik! Bahagian mana yang kau tak faham, hah?! Berhambus dari bilik aku sekarang."

Alea berdecit. "Sebab perempuan tadi itu ke? Know tell me, apa sebenarnya hubungan kau orang berdua hah? Jangan ingat I tak tahu pasal gambar yang ada dekat hujung lorong tingkat ini. I know her face! That's women is Qaylisha Ilyana right?"

"So what kalau betul itu dia?"

"Kenapa I tak tahu yang you pernah kahwin?" soal Alea lagi, masih tidak puas hati. Dia kenal Adam dari zaman universiti lagi. Dia yang sentiasa ada bersama Adam saat mereka di universiti tetapi kenapa dia tidak pernah tahu Adam sudah berkahwin? Padahal sebelum mereka tamat belajar lagi, Adam sudah mengajaknya untuk ke Itali. Jadi bila masanya Adam berkahwin?

"It's none of your business! Yes, Qaylisha Ilyana is my wife. What you gonna to do with it?"

"No! You bohong!" bidas Alea, tidak mahu percaya dengan pengakuan Adam. Matanya juga tidak kalah tajam merenung Adam.

"I'm telling you the truth! Gambar itu dah buktikan segala-galanya kan?"

"Then bagi I sebab kenapa you bawa I ke sini! And why all of sudden she become your maid? Tak akan you sebodoh itu mahu jadikan isteri sendiri sebagai maid!"

"Itu bukan urusan kau lah! Kau pekak ke? Aku suruh berhambus kan? Blah dari bilik aku! Jangan sesekali jejakkan kaki kau dekat bilik aku atau aku akan buang kau. Kau sanggup merempat dekat negara asing ini?" ugut Adam bersama renungan membunuh. Hilang sabar dengan sikap degil Alea.

Alea mendengus geram dan berlalu pergi. Adam hanya mempergunakan dia selama ini!



"ISHHH! Pergi dari sini boleh tak? Saya rimaslah! Nak buat kerja pun tak senang!" Qaylisha hilang sabar apabila Adam dari tadi mengikutnya di dapur. Bila dia pergi ke sinki, Adam turut ke sinki. Bila dia pergi ke island table, Adam juga pergi ke island table. Rimas dia jadinya! Pergilah ikut buah hati nuh!

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now