Bab 33 🎭🖤

517 47 7
                                    

SUASANA di ruang tamu berubah sunyi apabila Adam tiba-tiba mengatakan bahawa dia akan pulang ke Itali. Adam memandang wajah keluarganya satu persatu sebelum mengeluh kecil.

"Bukannya Adam nak lari pun. Ada urusan sikit dekat Itali. Adam pergi tak lama, jangan risau." Sambung Adam perlahan. Dia mendekati Puan Natrah sebelum mendakap erat tubuh mummy nya.

"Adam tak akan tinggalkan mummy lagi," bisik Adam dan Puan Natrah membalas pelukan Adam.

"Betul Adam tak akan tinggalkan mummy lagi?"

Adam menjarakkan tubuh mereka dan memandang wajah mummy nya dengan renungan hangat. Bibir mengukir senyum kecil. "Ya. Adam... Minta maaf sebab pernah tinggalkan mummy. Tinggalkan Kak Aisyah... Tinggalkan keluarga. Maaf sebab sikap tak matang Adam sebelum ini."

Dan air mata Puan Natrah terus menitis mendengar kata-kata maaf dari anak lelaki bongsunya.

"Nat... Adam kan dah cakap dia cuma pergi sekejap saja sebab ada urusan. Tak perlulah sedih." Encik Nazrie mencelah dan mengusap lembut belakang tubuh isterinya.

"Want me to come along with you?" Nadine pula mencelah. Adam menoleh memandang kakaknya sebelum menggeleng kecil.

"It's okay. I can handle it by myself. Just take care of your baby," ujar Adam dan mata jatuh sekilas pada perut kakaknya yang membuncit. Dia perlu faham kondisi kakaknya yang sedang sarat mengandung. Lagi pun urusan di syarikat itu tak adalah serius mana. Dia boleh uruskannya sendiri.

"Sampai bila?"

"Maybe... A month? Kalau paling cepat pun dua minggu. Pekerja tak boleh nak handle sebab itu Adam kena pergi ke Itali untuk urus sendiri."

"And when is your flight?"

"This evening."


















DING DONG! DING DONG!

"Adik, tolong pergi tengok siapa yang datang."

"Okay umi!" Qaylisha terus melangkah ke sinki dan membasuh tangannya. Langkah diatur pula ke luar rumah.

Qaylisha tersentak melihat sosok Adam dihadapan mata. Dan yang menarik perhatian Qaylisha ialah Adam mengenakan kemeja putih. Selalunya jejaka itu sekadar pakai baju casual. Ini formal-formal nak ke mana?

"Err... Kenapa awak datang sini?" soal Qaylisha ingin tahu. Kedua-dua belah kening dinaikkan.

Adam hanya tersenyum dengan soalan Qaylisha. Kalau boleh dia mahu tatap wajah Qaylisha lama-lama sebelum dia terbang ke Itali. Setapak diambil untuk mendekati Qaylisha.

"Jom kita duduk dekat sana," ajak Adam seraya menoleh ke belakang, memandang kerusi sederhana panjang yang selalu diduduki Qaylisha. Entah kenapa dia juga berasa suka duduk di situ. Mungkin sebab ada bidadari yang selalu duduk disebelahnya?

Qaylisha turut memandang kerusi sederhana panjang yang selalu didudukinya sebelum matanya bertaut dengan Adam apabila Adam kembali menoleh ke arahnya. Lambat-lambat Qaylisha mengangguk kecil. Mereka jalan bersama-sama menuju ke kerusi sederhana panjang itu.

Usai melabuhkan punggung di kerusi besi berwarna coklat keemasan itu, Qaylisha tunduk kepala, merenung tanah. Sama seperti Adam. Mereka sama-sama merenung tanah yang berumput. Tiada sesiapa diantara mereka yang ingin bersuara.

Adam pun sepertinya mati kata. Tidak tahu mahu mula dari mana. Wajah Qaylisha dari tepi dipandang sekilas.

"Saya akan pergi Itali."

Qaylisha langsung mengangkat kepalanya dan menoleh ke arah Adam. Saat itu juga Adam menoleh ke arah Qaylisha dan mata mereka bertaut.

"Oh." Perlahan saja nada suara wanita itu. Kepala kembali menunduk merenung tanah. Bila sebut tentang Itali, Qaylisha baru teringat. Alea. Mesti hubungan Adam dan Alea belum terputus.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now