Bab 10 🎭🖤

691 63 8
                                    

"HEY STUPIDO!"

Qaylisha menjeling Alea yang baru muncul dihadapannya. Wah wahh... Sesedap kau je ya bodoh kan aku?

Qaylisha tidak pedulikan tentang Alea dan teruskan aktiviti mengemopnya. Sengaja dia dekatkan mop pada kaki Alea supaya Alea jauh daripadanya.

Alea mendengus geram dan mengundur beberapa tapak lalu menyepak batang mop. "Are you deaf or something huh?"

"What?"

"Nathan nak kau kemas tingkat empat hari ini."

Tangan yang sedang mengemop lantai terhenti seketika. Qaylisha angkat kepala memandang Alea dengan kerutan di dahi. Tingkat empat? Bukan ke itu... Kawasan larangan?

"Tapi kan Tuan Anderson forbid semua orang untuk kemas di tingkat empat. Kenapa tiba-tiba? Dan kenapa... Kau yang cakap dekat aku? Tuan Anderson kau dah tak ada mulut ke nak cakap dengan aku?"

"Aku kan special! Lagipun buat apa nak cakap dengan kau? Dia itu... Benci dekat kau. Tengok muka kau pun dia tak hadap tau? Sebab itu dia suruh aku yang sampaikan arahan ini pada kau!" Alea tersenyum sinis.

Qaylisha masih diam dan cuba untuk percayakan kata-kata Alea. Yang part benci itu tahulah tapi... Part kemas itu. Betul ke? Karang kalau aku main kemas je lepas itu terjadi apa-apa mahu mengamuk Tuan besar Anderson itu.

"Kau tercegat apa lagi dekat situ? Cepatlah kemas dekat tingkat empat sana!" Pekik Alea membuatkan Qaylisha berdecit. Haih perempuan ini... Kecik-kecik dulu selalu telan speaker ke apa? Cakap dengan aku kemain kuat. Cuba kalau dengan Nathan dia itu? Hurgh!

Inilah yang dikatakan talam dua muka!

"Kalau kau tipu, siap kau!" Terus Qaylisha memberi amaran dan menjeling tajam ke arah Alea. Alea hanya buat-buat selamba.







QAYLISHA tenang mengemop lantai seorang diri. Haihh... Nampaknya Adam buli dia lagi. Gila ke dia kena buat kerja seorang-seorang dekat tingkat empat ini? Selalunya setiap tingkat akan dua atau tiga orang yang bertugas tetapi ini dia seorang pula. Sudahlah dia terasa asing dekat tingkat empat ini. Semuanya kelihatan baru.

Sebelum ini kalau dia naik ke tingkat empat dia hanya masuk dalam bilik kerja Adam atau pun bilik tidur Adam. Tak sangka pula tingkat empat ini boleh tahan cantik juga ruangannya. Nampak kemas saja. Tapi... Bukankah semua orang dilarang untuk berlegar-legar di tingkat empat ini? Habis itu siapa yang kemas tingkat empat ini? Adam sendiri?

Sambil buat kerja sambil itu juga fikirannya berfikir macam-macam benda. Hmmm... Bosan betullah buat kerja seorang diri ini.

Saat fikirannya itu sudah melayang tanpa sedar kakinya sudah membawa dia ke hujung penjuru tingkat empat. Saat itu juga kepalanya terangkat apabila terjumpa jalan mati. Tangan yang memegang batang mop terlepas dan mop itu jatuh ke atas lantai. Tubuh Qaylisha mengeras melihat frame yang sederhana besar tertampal di dinding.

Gambar itu.... Gambar itu... Gambar perkahwinan mereka.

Mata terasa panas dan air mata terasa sudah bertakung. Dia merenung sayu sepasang pengantin yang kelihatan bahagia di dalam frame gambar itu. Senyuman sepasang pengantin itu sangat manis dan senyuman itu jelas menunjukkan tanda mereka sedang bahagia.

Dada Qaylisha terasa dicengkam kuat. Sakit. Sangat sakit. Kenapa Adam masih menampal gambar perkahwinan mereka di dalam rumah ini? Apa tujuan Adam?

Adakah sebab itu... Adam menyuruhnya mengemas di tingkat empat? Adam sengaja mahu dia lihat gambar ini. Adam sengaja mahu seksa dia. Adam sengaja mahu balas dendam padanya. Apa lagi... Yang awak tak puas hati dengan saya, Muhammad Adam Al-Iman?

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now