Bab 15 🎭🖤

776 58 8
                                    

Venice, Italy

QAYLISHA memandang teruja awan-awanan yang berada dekat dengannya. Mula-mula terkejut juga dia bila Adam mengajaknya untuk ke Venice. Adam kata ada kerja yang perlu dia buat di Venice dan alang-alang itu dia membawa Qaylisha sekali ke Venice untuk jalan-jalan di situ.

Dan yang paling Qaylisha tak sangka ialah sekarang dia sedang berada di dalam private jet keluarga Anderson. Tak tahu pula yang keluarga Adam sangat kaya sehingga ada private jet. Yalah... Tengoklah rumah dia di Rome itu. Besar macam istana!

"Awak! Antara Venice dengan Rome mana lagi best?" soal Qaylisha memecahkan keheningan. Saja mahu alihkan perhatian Adam yang sedari dari tadi sedang merenungnya macam nak tembus.

"Entah. Saya tak pernah explore pun Itali ini. Kalau saya fly ke negeri lain pun hanya atas kerja saja. Tak ada masa nak tengok-tengok suasana Itali," jawab Adam mudah. Qaylisha mengangguk kecil.

"Such a boring life," komen Qaylisha selamba.

"Of course. Without you, my life is boring," balas Adam membuatkan Qaylisha terkedu. Tampak seperti Adam sedang mengatakan bahawa hidupnya di Itali tidak menyeronokkan. Ya ke? Tapi Adam hidup berkali ganda lebih mewah dari Malaysia. Memang keluarga Adam di Malaysia juga kaya tetapi di Itali lebih kaya. Bahkan Adam dilayan seperti raja di sini. Tak akanlah bosan kut? Tanpa dia, Adam bosan? Lawak...

"Then why you need to choose to divorce me a years ago?" Qaylisha simpan soalan itu dalam hati dengan mata yang tidak lepas merenung mata Adam.

Qaylisha mahukan jawapan buat soalan itu tetapi dia kuburkan saja niatnya untuk bertanya.

"Saya minta untuk awak jangan tanya kenapa saya ceraikan awak setahun yang lepas." Adam tiba-tiba bersuara sambil merenung iPad di tangan. Tubuh Qaylisha mengeras mendengar bait kata Adam yang kedengaran agak dingin. Macam mana... Adam boleh tahu apa yang ada dalam hatinya?

"Sebab saya mandulkan? Easy."

"No. It was my foolness. It's not your fault."

"Tapi ayat yang keluar dari mulut awak itu masih segar dalam fikiran saya. Awak gelar saya mandul. Dan saya tak marahkan awak tentang hal itu. Betul kata awak. Saya memang mandul. Jadi awak yakin nak memperisterikan saya lagi? Saya tak nak kalau kita rujuk semula kita akan bercerai buat kali kedua kerana asbab yang sama," bidas Qaylisha tegas. Adam mengetap kuat rahangnya.

"Awak. Tak. Mandul." Adam juga tak kalah tegas, menekan setiap perkataannya. Matanya merenung tajam mata hazel milik Qaylisha.

"Yakinnya awak. Macam mana kalau saya cakap saya dah cek kesuburan saya dan memang betul saya ini mandul."

"Then kalau macam itu bukan rezeki kita untuk dapatkan anak. I don't care about child. I only want you," ujar Adam tegas dan melemparkan pandangan yang membunuh pada Qaylisha. Habis hilang mood Adam sekarang. Terus dia mencabut tali pinggang dan berlalu pergi dari tempat duduk meninggalkan Qaylisha sendiri.

Qaylisha menghantar pemergian Adam dengan pandangan yang sayu. Tanpa sedar air matanya menitis akibat topik pertengkaran mereka sebentar tadi yang amat sensitif bagi Qaylisha.












QAYLISHA tidak penat mencuri pandang Adam yang masih tidak bersuara dari tadi. Hanya fokus pada iPadnya tanpa memandang Qaylisha langsung. There you go... We got our Nathaniel Hadrey Anderson here! Pendiam. Dingin. Stoic. Duhh...

Sekarang Qaylisha sudah rasa pelik ya amat. Tak akanlah Adam marah dia pula? Sepatutnya dia yang marah sekaligus merajuk! Topik mereka di dalam private jet tadi sangat sensitif baginya.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now