TEASER

3.9K 115 10
                                    

DINARA SOFEA. Seorang yang manja dan merupakan anak tunggal. Dia hanya dibesarkan oleh abahnya sahaja. Namun, di saat dia berumur 17 tahun, abahnya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan janda anak dua.

Mujurlah ibu tirinya tidak seperti ibu tiri seperti di dalam dongeng cinderella. Cuma, kakak tirinya, Kirana Batrisya, sahaja yang tidak berpuas hati dengannya.

" Sofea, duduk dekat sini kejap. " Panggil Encik Asyraf sambil menepuk kusyen sofa di sebelahnya.

" Ada apa, abah? "

" Abah nak Sofea kahwin. Lagipun abah dah terima pinangan pihak lelaki. "

" Kahwin?! No, Sofea tak nak. "

" Abah tak kira, Sofea kena kahwin jugak. Jangan nak membantah cakap abah. " Tegas suara Encik Asyraf berkata. Dia bangun lalu beredar meninggalkan Dinara seorang diri di ruang tamu.

" Tch, kahwin? Memang tak lah! " Dia merengus perlahan.

🐑

Tabung ayam yang sedikit berhabuk itu dilap perlahan. Tabung ayam itu sering diletakkan baki duit sekolah sejak dia berumur enam tahun lagi. Bismillah disebut sebelum tabung ayam itu dilepaskan ke atas lantai. Bertaburan segala duit syiling dan duit kertas di atas lantai.

Di kira-kira duit yang dia dapat daripada dalam tabung ayam itu.

Dua ratus.

Lima ratus.

Lapan ratus.

Seribu lima ratus.

" Tak sangka, banyak jugak duit dalam tabung ayam ni eh? " Katanya perlahan. Serpihan tabung ayam yang sudah berderai dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah.

Almari baju dikuak dan buku bank yang terselit di celahan baju ditarik keluar. Dibuka dan ditelek dengan penuh teliti kandungan buku bank.

" Lima ribu ringgit. Campur duit tadi, jadi enam ribu lima ratus ringgit. Okay nice! Cukup sangat ni. " Senyuman penuh makna diukir.

🐑

" Saya mintak maaf, Hashim. Saya tak tahu mana Sofea pergi. Tahu-tahu je dah takde dalam bilik pagi tadi. Baju dia pun takde. Saya minta maaf sangat-sangat, saya terpaksa tolak balik lamaran Hashim. " Ujar Encik Asyraf serba salah. Fikirannya rungsing memikirkan dimana keberadaan Dinara.

" Tak apa lah. Dah takde jodoh diorang berdua. Kalau macam tu, saya balik dululah. " Pamit Pak Hashim, ayah kepada lelaki yang datang meminang Dinara.

🐑

Dinara mendepakan tangannya sesudah keluar daripada Incheon Airport, Seoul Korea. Udara di situ dihirupkan sedalam-dalamnya. Dia tersenyum. Finally, sampai juga dia di bumi Korea itu.

" Malaysian? " Sapa seseorang secara tiba-tiba.

" Aaa yes. Why? " Dia memandang lelaki itu aneh. Pelik sebab tiba-tiba je lelaki tu tegur dia. Orang Korea pulak tu!

" Nak berangan pun, boleh berdiri dekat tepi sikit kot. Orang nak lalu. " Nadien berkata sinis.

Dinara tergamam. Mulutnya ternganga sedikit. Wah, orang Korea boleh cakap Melayu lah.

" Are you Korean? Tapi... kenapa awak cakap bahasa Melayu? " Dinara menggaru sedikit kepalanya yang dibaluti tudung.

Nadien menghela nafas lemah. Tak sangka, dia boleh jumpa orang Malaysia yang agak lembab di bumi Korea itu.

" Kau memang lembab eh? Aku cakap bahasa Melayu, dah sah-sah la aku orang Melayu. Haish... Dah lah. " Dan Nadien terus berlalu meninggalkan Dinara termangu-mangu.

🐑

" Dinara Sofea... Will you marry me?" –Nadien Adyan.

" Mummy, tolonglah jangan pisahkan Sofea dengan Nadien. Sofea sayang suami Sofea, mummy... " – Dinara Sofea.

" Who are you? Have we meet somewhere before this? " –Nadien Adyan.

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now