Bab 5

1.5K 103 2
                                    

" Kau datang sini buat apa? Belajar? Aku tak rasa kau datang travel sebab kau cari bilik sewa. " Ujar Nadien sewaktu mereka sedang berjalan mencari bilik sewa yang diperlukan oleh Dinara.

" Saja. Saya teringin nak hidup di bumi Korea ni. " Jawabnya dengan penuh selamba.

" Seriuslah kau ni. Sorang-sorang without parent pulak tu. " Nadien memandang Dinara tidak percaya.

" Hei, saya dah besar lah. Saya dah boleh hidup sendiri. " Getusnya tidak puas hati. Dibetulkan tudungnya yang sedikit senget itu.

" Tapi kau tak patut datang negara orang sorang-sorang. Bahaya untuk kau. Berapa lama kau nak tinggal dekat sini? "

" I don't know. Bila saya rasa nak balik Malaysia, saya balik lah. "

" Ikut suka kau lah, budak. "

" Saya bukan budak lah. I'm 23 years old. " Balas Dinara sedikit kasar. Kepalanya didongak untuk memandang wajah kacak milik Nadien.

" Hmm... Bagi aku, kau masih lagi budak-budak yang tak berfikiran panjang sebelum buat keputusan. "

" Ergh... Whatever! Umur awak berapa? "

" 25. "

" Tua dua tahun daripada saya. Should I call you Oppa? " Matanya di kelip-kelip beberapa kali dengan senyuman comel terhias di bibirnya.

" Kau tak payah nak acah orang Korea sangat. Panggil nama sudah, Umur kita bukannya beza jauh sangat pun. " Katanya dengan tona suara yang biasa sedangkan hatinya sedikit gugup bila melihat gelagat comel Dinara.

" Yelah. "

Mereka berdua diam sebentar.

" Nadien. Lambat lagi ke nak sampai bilik sewa yang awak cakap tu? "

" Sikit je lagi nak sampai. Kenapa? " Dipandang sekilas Dinara yang sedang berjalan longlai di sebelahnya itu.

" Saya lapar. Boleh kita makan dulu?" Perutnya digosok perlahan.

" Okay. Depan tu ada restoran muslim. "

" Yeay... Awak belanja? "

" Kenapa aku pulak? " Nadien menyoal hairan.

" Mana lah tahu awak nak belanja saya sempena kita jadi kawan. " Dinara menarik sengih.

" Tak ada maknanya. And one more, bila masa kita berkawan? " Nadien mengerutkan dahinya. Sengaja nak mengusik Dinara sebenarnya.

" Kita tukar-tukar nama tadi tu maknanya kita kawan lah kan? "

" Tch. Pandai-pandai je kau ni. "

" Saya tak kira. Kita tetap jadi kawan jugak. " Bentaknya perlahan.

" Haih... Macam mana lah budak-budak macam kau ni boleh terlepas datang Korea sorang-sorang. "

🐑

" Boleh saya tanya awak satu soalan?" Ujar Dinara sambil tangannya sedang menggulung-gulung ramen yang di pesannya.

Puas dibebel oleh Nadien tadi kerana telah meng order ramen. Katanya di Malaysia pun boleh makan Ramen. Masalahnya, ramen Malaysia dengan ramen Korea tak sama.

" Apa benda? "

" Awak ada mix Korean eh? Sebab muka awak macam orang Korea. "

" Ha'ah. Daddy aku half Malay-Korean. Which is atuk aku orang Malaysia and nenek aku orang Korea. Tapi itu lah, kuat sangat aura nenek aku sampai muka aku ni boleh dikatakan 80% Korean look. " Laju saja Nadien menjawab pertanyaan Dinara.

" Ouhh... Patutlah. " Terangguk-angguk kepala Dinara mendengar penjelasan daripada Nadien.

" Makan lah cepat. Kita nak pergi tengok bilik sewa kau pulak. "

" Okay. "

🐑

" Okay tak bilik ni? "

Dinara menganggukkan kepalanya sambil mata tidak berhenti memandang dekorasi bilik yang akan disewanya itu.

" Kalau macam tu, kau boleh bayar deposit dulu. Lepas tu baru start bayar bulan-bulan. "

" Okay. Rumah awak dekat mana? " Soalnya ingin tahu.

" Dekat-dekat sini je. "

" Serius? Wahh, senanglah saya lepas ni. " Dia melihat Danien dengan penuh bercahaya. Kalau dalam anime, mesti mata dia dah bertukar jadi Bintang. Heh!

" Kenapa pulak? "

" Yelah. Lepas ni, kalau saya tak tahu apa-apa, saya boleh lah minta tolong awak. Hehehe! "

" Banyak lah kau. Lepas ni kau nak pergi mana? " Tanya Nadien sambil memandang Dinara yang tak habis-habis tersenyum.

" Urm... Saya nak balik hotel terus kot. Esok pagi baru nak check out and terus datang sini. Kenapa? " Dinara mengangkat keningnya sedikit.

" Nak aku hantarkan? "

" It's okay. Saya boleh balik sendiri. Lagipun, kan awak dah buatkan kad transport untuk saya. "

" Okay. Aku balik dulu lah. " Kata Nadien dan terus keluar daripada bilik yang bakal disewa oleh Dinara itu.

Dinara berdecit kecil. Macam tu je? Sombong!

🐑

Gigih Dinara menarik bagasinya yang besar itu ke hulu hilir. Paling susah sekali, waktu nak naik bas lah. Nak kena angkat sebab ada tangga waktu nak naik tu. Nadien pun satu, kot lah nak datang tolong dia. Sampai hati, kan diorang dah jadi kawan. Kawan mestilah tolong menolong. Bebelnya di dalam hati. Tudung yang sudah sedikit senget tidak dihiraukan lagi kerana rasa penat yang datang menerpa.

Huh! Satu keluhan dilepaskan bila punggung dilabuhkan di atas satu kerusi panjang di tepi jalan. Mata dipejam rapat. Tidak dihiraukan orang yang sedang lalu lalang di hadapannya. Yang penting, dia dapat melepaskan rasa lelahnya itu sedikit.

" Oitt. Kau tidur ke apa? "

Dinara mencelikkan matanya apabila terasa dahinya di jentik perlahan.

" Hmm. Penat. " Adunya dan mata dipejam kembali. Malas nak layan Nadien yang tiba-tiba je muncul dekat tepi dia.

" Penat sangat ke? Lain kali, dah tahu bawak luggage besar, kau ambil lah teksi. Tak payah lah susah-susah naik turun bas ni. " Nadien memerhati wajah Dinara yang terbias kepenatan itu.

" Biarlah. " Jawabnya pendek. Padahal dia cuba untuk tidak mengetuk kepalanya sendiri kerana tidak terfikir langsung untuk mengambil teksi. Haihh...

" Dah jom. Aku bawakkan luggage kau. Lagipun, bilik sewa kau dah nak sampai. " Nadien bangun dan memegang luggage Dinara.

Dinara menggeleng lemah.

" Kejap lagi lah. Saya penat. Kita duduk dulu. " Ujarnya kepada Nadien Yang sudah berdiri.

" No! Lagi cepat kita sampai bilik sewa kau, lagi cepat kau boleh berehat. Aku tak nak duduk dekat sini. Cepat bangun. "

" Tak nak... "

Nadien mengeluh perlahan. Degil betul budak ni! Tanpa berlengah, lengan Dinara ditarik sehingga membuatkan tubuh kecil itu berdiri di hadapannya.

" Eeii, orang nak berehat kejap je. Dah la, jom! " Bentak Dinara dan menonong sahaja dia berjalan meninggalkan Nadien bersama luggagenya.

" Tch, macam budak-budak betul! " Getus Nadien perlahan.








Kenapa story ni macam tk dapat sambutan je? 😢

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now