Bab 29

1.2K 95 0
                                    

Ting Tong!! Ting Tong!!

Terhincut-hincut Dinara berjalan ke pintu apartment-nya apabila loceng berbunyi. Pintu dibuka dan susuk tubuh Farhan yang sedang mendukung Aira terpapar.

" Thank you tau Farhan sebab tolong ambil dan hantar Aira ke sini." Ucap Dinara.

Farhan tersenyum saja lalu menurunkan Aira dari dukungannya. Dahinya berkerut tatkala melihat pergelangan kaki Dinara yang agak bengkak dan lebam kebiru-biruan.

" Kenapa dengan kaki awak?"

" Tadi terpelecok sikit dekat tempat kerja." Dinara tersengih kecil. Langkah Aira yang terkedek-kedek masuk ke dalam dipandang. Risau pulak kalau jatuh nanti. Aira tu bukannya cekap lagi berjalan.

" Betul ni? Bukan suami awak yang buat awak jatuh?" Farhan memandang Dinara dengan pandangan curiga.

" Eh taklah. Mana ada. "

" Dah pergi klinik?" Farhan bertanya prihatin. Risau pulak dia. Macam mana lah Sofea nak jaga Aira dengan kaki yang terhincut-hincut macam tu.

" Dah. Suami saya bawak tadi."

" Ouhh... Awak dah berbaik dengan suami awak?"

" Erm... Sekarang belum lagi. Mungkin nanti." Keningnya digaru perlahan.

" Yelah kalau macam tu. Saya balik dulu. "

" Okay hati-hati bawak kereta."

" Ya... Awak tu pun, hati-hati sikit kaki tu, nanti kang makin teruk pula." Pesannya kepada Dinara.

" Ya tahulah saya jaga kaki saya. "

" Hmm... saya pergi dulu."

Dinara mengangguk saja. Dia menunggu di hadapan pintu sehingga bayang Farhan hilang barulah dia masuk ke dalam. Aira yang sedang cuba untuk memanjat sofa dihampiri. Tubuh kecil itu diangkat dan diletakkan di atas ribanya.

" Sayang nak tengok cartoon?"

Mengangguk saja kanak-kanak kecil itu.

" What do you want to see? My little pony or upin ipin?" Dinara bertanya lagi sambil tangannya ligat menekan remote TV.

" Onii!!! " Jerit Aira sambil mengangkat kedua tangannya. Suka sangat lah tu orang nak bukakkan dia My Little Pony.

" Okay. Aira tengok diam-diam tau. Mama nak masak dekat dapur. "

Dia menggeleng kecil apabila Aira langsung tidak memberi respon terhadap soalannya. Kusyuk sangat tengok kartun.

🌸

" Kaki you dah okay?"

Terangkat sedikit bahunya kerana terkejut dek teguran itu. Dia yang sedang mengacau air di dalam mug berpusing untuk memandang gerangan siapakah yang menegurnya.

" Err... T-tengku." Entah kenapa, setiap kali dia memandang Nadien, dia akan berasa gugup. Mungkin kerana dia masih tak biasa dengan Nadien yang baru ini.

" Kaki you dah okay?" Nadien mengulang sekali lagi soalannya. Kaki Dinara yang tersarung heels berwarna hitam itu dipandang.

" Ohh, err... Dah okay Tengku." Dinara menggigit bibirnya perlahan.

" Baguslah. " Nadien melabuhkan duduk di salah satu kerusi di pantri itu.

" Tengku nak air?" Pelawanya.

" Boleh juga."

" Coffee boleh?"

Nadien mengangguk. Matanya langsung tidak lepas daripada memandang Dinara. Dari awal wanita itu membancuh air sehinggalah air sudah siap dibancuh.

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now