Bab 16

1.3K 100 2
                                    


" Nanti dekat sana, tolong jaga anak abah baik-baik." Encik Asyraf menepuk perlahan bahu Nadien.

Dia kemudiannya beralih memandang anak perempuannya pula.

" Fea dekat negara orang nanti, jangan buat perangai. Jangan susahkan suami pulak." Pesan Encik Asyraf kepada Dinara. Jelas kelihatan riak sayu pada wajahnya.

Dinara mengukirkan senyum. Cuba untuk menyedapkan hati Encik Asyraf. Tipu lah kalau dia cakap dia tak sedih. Tapi nak buat macam mana, Nadien suami dia dan semestinya dia kena ikut Nadien kerana seorang isteri harus sentiasa berada di samping seorang suami.

" Fea baik lah abah. Tak pernah lagi Fea buat perangai dekat sana. Kan awak?" Dinara mendongak sedikit untuk memandang Nadien.

" Betul tu, bah. Abah janganlah risau, Nadien janji Nadien akan jaga Ara baik-baik dekat sana nanti. "

Encik Asyraf mengangguk perlahan. Air mata sudah bergenang di birai matanya. Tangan tuanya digerakkan bagi mengesat air matanya itu.

Dinara yang terasa sebak melihat abahnya itu terus meluru untuk memeluk Encik Asyraf dengan erat.

" Fea mintak maaf kalau selama ni Fea dah banyak menyusahkan abah. Fea sayang abah... Sangat-sangat." Ujarnya sambil tersedu-sedan di dalam pelukan Encik Asyraf. Sudah tidak dihiraukan Nadien dan Puan Kartini yang juga berada di situ.

Dinara melepaskan pelukan Encik Asyraf dan memeluk Puan Kartini pula.

" Ibu tolong jaga abah baik-baik. Fea sayang ibu." Pesannya pada Puan Kartini dengan penuh harapan. Berharap agar ibu tirinya itu dapat menjaga abahnya dengan baik.

Puan Kartini mengusap air matanya sambil mengangguk.

" Ibu pun sayang dekat Fea." Balas Puan Kartini dengan rasa sebak yang terbuku di dada.

" Drama sangat kau ni Fea. " Sampuk Kirana yang baru keluar daripada rumah dan terus mematikan mood mereka yang berada di situ.

Dinara mengesat air matanya. Dia menjeling Kirana yang sedang menyarung selipar itu. Kacau je orang nak sayang-sayang dengan abah, ibu. Cemburu la tu.

" Kamu nak pergi mana pula ni, Kira?" Soal Puan Kirana tidak puas hati.

" Nak pergi jalan-jalan kejap." Kata Kirana selamba.

" Nak pergi jalan-jalan ke nak pergi melepak dengan jantan bawah pondok tu?" Bidas Puan Kartini geram. Geram dengan perangai anak perempuannya itu. Langsung tak ada rasa takut dengan lelaki.

" Ibu ni sibuk jelah. Biarlah Kira nak pergi mana pun." Kirana menghendak kuat kakinya sebelum menaiki motor.

Puan Kartini memandang sayu motor yang dibonceng oleh Kirana yang semakin menjauh itu.

" Sabarlah ibu. Fea yakin, suatu hari nanti Kira akan berubah juga." Pujuk Dinara. Dia mengusap-ngusap lembut bahu Puan Kartini.

" Eh, dah la. Kang lambat pula kamu berdua sampai airport nanti." Seloroh Puan Kartini cuba untuk menukar topik.

" Yelah. Kalau macam tu kami gerak dulu lah abah, ibu." Pamit Nadien sebelum menyalami tangan Encik Asyraf dan Puan Kartini dan kemudiannya di turuti oleh Dinara.

" Bye abah, ibu." Dinara melambai-lambai tangan sebelum memasuki kereta.

🌸

" Bilik sewa saya nanti macam mana?" Soal Dinara ketika mereka berdua sedang berehat di ruang tamu rumah Nadien yang sekarang ini menjadi rumah mereka berdua.

" Nanti aku pergi jumpa owner bilik tu, cakap yang kau dah tak duduk situ. Barang-barang kau esok kita pergi ambil."

Dinara mengangguk faham. Dia menoleh ke hadapan dan kembali memadang televisyen yang sedang menayangkan drama Korea itu.

" Sayang..." Panggil Nadien tiba-tiba.

" Sayang?" Dinara memandang suaminya itu aneh.

" Ha'ah. Sayang. Kau lah tu. Mulai dari sekarang, you have to call me abang and I'll call you sayang. Get it?"

" Tapi kenapa pula?"

" Kenapa apa pula? Mesti lah sebab kita dah kahwin. Suami isteri mesti ada panggilan yang sesuai. Kau nak panggil aku abang ke kau nak panggil aku honey? Pilih cepat." Nadien mengangkat keningnya nakal. Bahu Dinara dipeluk dan mengubah kedudukan Dinara yang tadinya menyandar di sofa kepada dada bidangnya.

" Eeii, memang tak lah nak panggil honey. Abang is better. "

" Good!! That's my wife. " Nadien menggosok perlahan rambut Dinara.

" Awak nak–" Percakapan Dinara terhenti apabila mulutnya ditekup lembut oleh tangan Nadien.

" Kenapa?" Dia menyoal hairan.

" Sekali lagi abang dengar sayang sebut awak, abang akan denda sayang." Nadien membuat riak wajah yang serius. Matanya tajam menikam wajah bersih milik isterinya itu.

" D-denda? Denda apa?" Wajah Dinara sudah bertukar pucat.

" Well, senang je denda ni sebenarnya. Once sayang sebut awak, you have to kiss me."

" Mengarutlah awak ni!" Bantah Dinara keras. Dia yang tadinya duduk bersandar di dada Nadien terus duduk menegak.

" See, sayang sebut lagi. Now, you have to kiss me."

" Tak nak!!" Bentak Dinara.

" Tak baik melawan cakap suami. Berdosa. Cepatlah." Gesa Nadien lagi.

Dinara menghembus nafasnya dengan kuat. Perlahan-lahan, pipi Nadien menjadi tempat bibirnya berlabuh.

Senyuman Nadien semakin lebar apabila Dinara menuruti katanya. Dia menolak Dinara supaya berbaring di atas sofa. Sikunya ditongkatkan di tepi kepala Dinara untuk menahan tubuhnya daripada menghempap Dinara.

" Lucky me sebab dapat sayang sebagai isteri abang. But..." Nadien meleretkan suaranya.

" But?"

" But I want more than that." Nadien menyenyit mata sekali dengan pakej senyuman nakalnya sebelum mengucup lama bibir Dinara.

Oppa, I'm in love! ✔️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum