Bab 43

1.5K 97 8
                                    

             " I jumpa Farhan tadi." Beritahu Nadien pendek.

" Farhan? Dia buat apa datang sini?" Dinara mengerutkan dahinya. Buat apa Farhan datang hospital?

" Entah. Katanya ada urusan."

" Ouhh..."

" You tak nak masuk tengok mummy? Mummy dah sedar tu." Soal Nadien ketika mereka sudah sampai di hadapan ward Tengku Rosalinda.

Dinara menggeleng. Matanya dilarikan daripada memandang mata Nadien. Dia tahu Nadien tidak suka akan keputusannya itu.

" Abang pergilah masuk. Ara tunggu luar."

" Kenapa tak nak masuk? Masuklah, jumpa dengan mummy. Lagipun mummy tak pernah lagi jumpa you." Nadien cuba untuk memujuk Dinara. Dipegang lembut tangan isterinya itu.

" Tak nak." Dinara menggeleng perlahan.

" Dinara Sofea..." Nadien menyeru penuh nama Dinara. Geram dengan sikap isterinya yang tiba-tiba sahaja memberontak.

" Abang jangan paksa Ara boleh?"

" Kenapa? Kenapa tak nak masuk? You ada masalah apa dengan mummy sampai tak nak jumpa mummy? " Nadien menyoal tidak puas hati.

" Tak ada apa lah."

" You jangan degil boleh tak?"

" Abang tu yang degil. Ara cakap Ara tak nak masuk, means Ara tak nak masuk lah."

Nadien berdecit kasar.

" Fine. Tak nak masuk sangat kan? You tunggu lah dekat luar ni sampai I keluar ." Kata Nadien dan berlalu memasuki ward Tengku Rosalinda.

🌸

" Kenapa kak Sofea tak masuk sekali?" Soal Tengku Farah yang baru tiba dengan kembarnya iaitu Tengku Akira.

" Kak Sofea tak nak masuk."

Tengku Farah mengeluh kuat.

" Memang patut dia tak nak masuk pun." Omelnya perlahan sambil memandang Tengku Rosalinda yang sedang tidur.

" Dah berapa lama Kak Sofea dekat luar tu?" Soalnya lagi.

" Entah. Dah nak dekat sejam mungkin."

" What?! Along biarkan kak Sofea dekat luar sampai lama macam tu?" Terjegil sedikit biji mata Tengku Farah.

" Akira, kau pergi bagitahu kak Sofea suruh dia balik dulu." Arah Tengku Farah kepada adiknya, Tengku Akira.

" Farah jangan nak memandai suruh kak Sofea balik."

" Farah tak kira. Farah ada benda nak bincang dengan along. Lagipun Farah kesian dekat kak Sofea tercongok dekat luar tu tunggu abang. Dah, Akira pergi bagitahu kak Sofea."

Nadien memandang tajam adiknya itu.

" Farah nak bincang apa dengan along?"

🌸

" Kak Sofea balik lah dulu." Kata Tengku Akira dengan serba salah.

" Kenapa?"

" Err... Along lambat lagi nak balik. Akak balik dulu eh? Lagipun kesian dekat Aira tinggal dia lama-lama dekat rumah pengasuh."

Dinara memandang Tengku Akira lama sebelum mengangguk akur. Sampai hati Nadien biar dia balik seorang diri. Lorong yang dilaluinya itu terasa kosong meskipun riuh dengan para jururawat dan doktor.

Bermacam-macam perkara yang sedang bermain di fikirannya ketika ini. Adakah Nadien akan meninggalkannya lagi seperti dahulu? Hatinya tiba-tiba berasa sebak apabila mengenangkan perkara tersebut.

" Eh? Kak Sofea! Akak nak pergi mana ni?" Sapa Tengku Radien apabila terserempak dengan Dinara.

" Radien... Er, akak nak balik rumah."

" Ouhh... Along mana?" Tengku Radien cuba mencari kelibat Nadien, tetapi tidak ada.

" Along tak balik. Along jaga mummy kot."

Tengku Radien terdiam sebentar. Matanya memandang wajah muram kakak iparnya itu sebelum satu senyuman tipis diberikan.

" Kalau macam tu biar Radien je lah yang hantar akak." Pelawanya mesra.

" Tak susahkan Radien ke?"

" Mana ada susah. Radien suka lagi adalah. "

" Kalau macam tu Radien hantar je akak pergi rumah pengasuh. Sebab akak nak ambil Aira."

" Bagus sangat lah tu. Radien pun teringin sangat nak jumpa anak buah Radien tu." Kata Radien dengan teruja.

Dinara tersenyum dengan keletah Tengku Radien itu. Menghiburkan betul.

🌸

" F-farah tak t-tipu along kan?"

Tengku Farah mengeluh kuat. Dahinya dipicit perlahan sebelum matanya naik bertemu dengan mata Nadien.

" Buat apa Farah nak tipu along? Yang penting sekarang, along balik dekat kak Sofea. Hal mummy, along jangan risau."

Nadien merasakan bahawa dunianya telah berubah kelam. Patutlah, Dinara seperti tidak mahu berjumpa dengan Tengku Rosalinda.

Telefon pintar dicapai sebelum pintu ward dituju.

' Sofea... I minta maaf.' Monolognya di dalam hati.

Keluar sahaja daripada ward yang dihuni Tengku Rosalinda, kepala tiba-tiba sahaja diserang rasa sakit. Nadien berhenti berjalan dan berpaut pada dinding.

Sakit di kepalanya semakin mencengkam.

' Mummy yang halau Kak Sofea pergi dari hidup along. '

Nadien jatuh terduduk. Rambutnya dicengkam kuat apabila rasa sakit bercampur dengan kata-kata Tengku Farah.

' Adien sure mummy akan ikut cakap Adien kali ni. Lagipun, this is for me and my wife sake. Kalau Adien terus ikut cakap mummy, mungkin Adien tak akan dapat bersama Dinara lepas ni.'
.
.
.
' Marah lahh. Abang tak kisah pun. Sebab bila sayang marah, sayang nampak makin seksi.'

Buat kali pertamanya, Nadien menangis teresak-esak kerana seorang perempuan yang sangat dicintainya. Dia kesal. Dia kesal kerana telah melupakan seorang perempuan yang begitu bermakna di dalam hidupnya.

'Jangan sakit selalu, sayang. It make my heart feel very pain.'
.
.
.
'Okay-okay. Ara janji. Ara tak akan putus asa terhadap abang. Walau apa pun yang terjadi, Ara akan terus berjuang untuk pastikan abang sentiasa akan jadi milik Ara seorang.'
.
.
.
' Sayang abang! '

Satu persatu ingatannya yang hilang kembali terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Nadien mengerang sedikit. Air matanya yang semakin banyak menuruni pipinya tidak dihiraukan olehnya.

" A-ara... Abang mintak maaf." Ujarnya perlahan sebelum pandangannya berubah kelam.

Oppa, I'm in love! ✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant