Bab 19

1.2K 85 1
                                    


" Tambah lagi Sofea. Makan kenyang-kenyang." Ujar Tengku Adnan Mustafa ketika mereka bertiga sedang menikmati makan malam di rumah besar itu.

Dinara tergelak perlahan. Air dihadapannya di ambil lalu diteguk sedikit.

" Ni dah kali kedua tambah grandpa. Sofea dah kenyang." Balas Dinara. Matanya dikerling ke arah sebelah untuk melihat Nadien yang berdiam diri daripada tadi. Bahu Nadien di sentuh sedikit.

" Kenapa tak makan?" Soalnya apabila makanan di dalam pinggan hanya dimainkan dengan kutleri oleh Nadien.

" Tak ada apa lah. Sayang makanlah. Abang tak ada selera." Senyuman diukir bagi menyedapkan hati si isteri.

" Makan lah sikit. Nanti perut abang masuk angin." Dinara menyuakan sesudu nasi ke mulut Nadien.

" Aaa??" Dia membuat isyarat supaya Nadien membuka mulut dan dia tersenyum puas apabila Nadien menerima suapannya.

Tengku Adnan Mustafa tersenyum sahaja apabila melihat pasangan itu.

" So Sofea, abah kamu apa khabar? Sihat?"

" Alhamdulillah, sihat grandpa. Mujurlah ada ibu yang boleh tengokkan abah, kalau tidak risau Sofea."

" Good for them. Next time, boleh ajak family Sofea datang sini. "

Mata Sofea sudah bersinar teruja. Memang menjadi angannya untuk membawa abah dan ibu datang ke bumi Korea ini.

" Betul ke grandpa?" Soalnya tidak percaya.

" Betullah. Kalau diorang nak datang nanti, suruh je diorang tinggal sini dengan grandpa. Lagipun, rumah ni cukup besar untuk terima tetamu."

" Sayang nak bawa abah dengan ibu datang sini?" Sampuk Nadien secara tiba-tiba. Tiba-tiba sahaja dia menjadi berminat dengan topik yang sedang dibincangkan oleh isteri dan datuknya itu.

" Ha'ah. Boleh ke abang?" Soal Dinara meminta keizinan.

Nadien akhirnya membalas selepas berdiam diri selama beberapa minit.

" Boleh. Dua bulan lagi abang dah nak grad. Boleh la suruh abah dengan ibu datang waktu abang grad nanti. "

" Betul ni?"

" Betul sayang..." Ujar Nadien meleret. Kepala Dinara diusap perlahan. Nampaknya mood Nadien sudah membaik.

Dinara menepuk tangannya teruja. Bibir merahnya tidak henti-henti mengukirkan senyuman gembira.

" Nanti Ara call abah bagitahu pasal ni. Sayang abang!"

Nadien tersenyum senang melihat reaksi teruja isterinya itu. Dia beralih memandang Tengku Adnan Mustafa dan dia mengangguk tanda dia akan menjelaskan tentang perkara itu sebentar lagi.

🌸

" What do you mean suruh family Sofea datang waktu kamu grad nanti?"

Nadien menghela nafasnya perlahan dan angin malam itu dihirup dengan tenang. Matanya ternunak pada air pancut di tengah kolam yang dihuni oleh beberapa ekor ikan itu.

" Salah ke keputusan Adien tu?"

" Adien tahu kan yang mummy kamu memang akan datang waktu kamu grad nanti?"

" Adien tahu."

" Then?"

" Adien dah tak nak berdiam diri lagi dah. Adien dah tak nak mummy tentukan hidup Adien lagi. And... Mungkin waktu Adien grad nanti waktu yang sesuai untuk kenalkan Dinara and her family dekat mummy."

" Adien tak takut?"

" Kalau sebelum ni memang Adien takut, tapi sekarang... Adien dah tak takut. Adien dah besar and Adien berhak tentukan jalan hidup Adien sendiri. Bagi Adien, mummy is too much and Adien dah tak nak ikut telunjuk mummy lagi."

" Are you sure you boleh bantah your mummy? Yeahh, I mean your mummy was really a drama queen. She will do anything as long as you and your sibling obey her. "

" Adien sure mummy akan ikut cakap Adien kali ni. Lagipun, this is for me and my wife sake. Kalau Adien terus ikut cakap mummy, mungkin Adien tak akan dapat bersama Dinara lepas ni."

" I'm proud of you, grandson. Apa pun keputusan Adien, grandpa akan sokong. Cuma jangan terlalu cepat berputus asa, okay?"

Nadien mengangguk.

" Thank you, grandpa."

" You're welcome. This is nothing since you're my beloved grandchildren."

Nadien tersengih seketika. Dia tahu dalam banyak-banyak cucu Tengku Adnan Mustafa, dia lah yang paling rapat sekali dengan lelaki tua itu. Selepas itu, topik perbualan ditukar oleh mereka dan ruang itu mula dihiasi dengan gelak tawa mereka berdua.

🌸

Nadien menutup perlahan pintu bilik dan berjalan ke arah katil. Dia tersenyum apabila melihat Dinara yang sudah pun tertidur pulas di atas katil itu. Dengan buku yang masih terbuka dan terdampar di atas dada, kaca mata yang sudah sedikit senget pada batang hidung kecil itu cukup membuatkan isterinya kelihatan sangat comel.

Dengan perlahan, duduknya dilabuhkan di tepi Dinara. Tangannya naik mengusap lembut ubun Dinara.

" Ehh abang." Terpisat-pisat Dinara bangun apabila merasa sentuhan pada kepalanya.

" Abang dah habis borak?"

" Dah. Sayang mengantuk?"

" Hmm..." Gumamnya sambil menggosok mata.

" Tidurlah dulu. Abang nak pergi tukar baju kejap."

" Kenapa dengan baju abang?"

Nadien memandang Dinara dengan aneh. Memang kebiasaannya kalau hendak tidur, dia akan menukar pakaiannya kepada seluar pendek dan t-shirt nipis. Setahunya, Dinara sudah cukup arif tentang perkara yang satu itu.

" Ni bukan baju yang abang selalu pakai kalau nak tidur." Jelas Nadien sambil memegang sedikit hujung bajunya.

" Ohh..."

Dinara kenggaru kepalanya sedikit dan kembali berbaring di atas katil. Tidak sampai seminit, tidur sudah mula menjemputnya kembali.

' Mamai lagi lah tu.' Getus Nadien perlahan.
Tergeleng-geleng dia melihat keletah isterinya itu. Haihh, Ara...Ara...










Vote lahh please...🥺Share lah story ni, please...🥺❤️

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now