Bab 35

1.3K 89 1
                                    

" Kau bagitahu aku semua, aku malas nak baca." Arah Tengku Rosalinda kepada Hanafi, lelaki yang diupahnya untuk mencari tahu perihal keluarga Dinara.

Hanafi merengus kasar. Mengada-ngada pulak orang tua ni.

" Bapak dia Asyraf bin Mahmud. Mak dia Farina binti Akbar, tapi dah meninggal. Bapak dia kahwin lain waktu dia umur 17 tahun dengan janda anak dua. Mak tiri dia nama Kartini binti Mansur. Kakak tiri dia Kirana Maisarah binti Mazlan dan adik tiri dia Shahrul Aiman bin Mazlan. " Hanafi berhenti sekejap. Semput dia nak terang dekat orang tua ni. Dijeling sekilas Tengku Rosalinda.

" Bapak dia cikgu tapi dah pencen. Mak tiri dia tak kerja. Kakak tiri dia sekarang kerja pelayan di salah satu kelab malam yang terkemuka di Kuala Lumpur. Adik tiri dia tengah sambung degree dekat unimap perlis. "

" Wait. Kakak tiri dia ada dekat KL sekarang ni? "

" Yup. Macam yang aku cakap tadi, dia kerja dekat salah satu kelab malam yang terkemuka dekat KL ni. Ohh ya, bapak Sofea tak tahu pasal pekerjaan Kirana."

Tengku Rosalinda menguntumkan senyuman penuh misteri. Satu idea licik muncul di kepalanya.

" Kau boleh balik." Katanya kepada Hanafi.

" Eh duit aku kau tak bagi lagi. Haritu cakap nak bagi cash." Ujar Hanafi tidak puas hati. Jus oren dihadapannya diteguk kasar. Panas pula duduk dengan orang tua ni.

" Yelah... Aku lupa. Nah, dua puluh ribu ringgit kau."

Hanafi menyambut envelope yang berisi duit itu. Duit dikeluarkan sedikit lalu dicium sedikit bau duit itu.

" Okay ahh. Aku balik dulu." Katanya lalu berlalu keluar daripada rumah Tengku Rosalinda.

🌸

Kirana menunduk mencari kunci rumahnya di dalam beg tangannya sebelum mulutnya terasa ditekup oleh satu tangan dan diseret oleh seseorang. Nafasnya kian sempit apabila bauan klorofom semakin menusuk ke dalam hidungnya. Akhirnya, dia terkulai layu tidak sedarkan diri.

" Apa korang nak hah?!" Tempiknya sesudah sedarkan diri. Matanya memerhati ke sekeliling bilik sebelum terhenti pada dua orang lelaki di hadapannya.

" Aku yang suruh diorang bawak kau ke sini." Ujar satu suara.

Kirana merenung tajam susuk tubuh wanita yang baru sahaja memasuki bilik itu. Dia tidak dapat mengecam wajah tersebut akibat cahaya yang samar-samar.

" Apa kau nak dari aku?" Tanya Kirana kasar.

" Simple. Aku nak kau kerja dengan aku." Tengku Rosalinda memeluk tubuhnya.

" Tchh! Kau siapa nak arah-arah aku?"

" Aku siapa? Aku Tengku Rosalinda. Kalau kau berjaya buat kerja yang aku suruh ni, aku akan bayar kau seratus ribu ringgit." Ujar Tengku Rosalinda dengan penuh angkuh.

Kirana menelan liurnya apabila mendengar jumlah wang itu. Banyak tu.

" Kau ingat senang-senang aku nak percayakan kau?"

" Up to you. Kalau kau terima job ni, sekarang jugak aku akan bagi sepuluh ribu ringgit dekat kau sebagai wang pendahuluan. Aku bagi kau masa lima minit untuk buat keputusan."

" Kerja apa kau nak aku buat?"

" Kerja ni senang je. Aku nak kau goda anak aku sampai dia berpisah dengan isteri dia."

" Kau gila ke apa nak hancurkan rumah tangga anak kau?" Mencerlung mata Kirana memandang Tengku Rosalinda. Memang sah si Tengku ni gila.

" Itu bukan masalah kau. Kau ada masa lagi tiga minit untuk berfikir."

Kirana terdiam sebentar. Tangannya naik meraup wajahnya perlahan sebelum wajah Tengku Rosalinda dipandang.

" Aku setuju." Putusnya.

" Good choice. " Kata Tengku Rosalinda sambil tersenyum puas. Rancangan kini hampir menjadi.

" Esok kau datang jumpa aku. Aku akan bagitahu dekat kau rancangan yang seterusnya."

" Duit aku mana?"

Tengku Rosalinda tergelak sinis. Dia berjalan mendekati Kirana dan mengelus perlahan wajah itu sebelum sekeping cek dilempar kasar ke wajah itu.

" Perempuan mata duitan. Ingat! Jangan sesekali kau cuba nak lari dengan duit tu. Orang-orang aku akan sentiasa memerhati gerak-geri kau. " Tengku Rosalinda memberi amaran dan terus berlalu keluar daripada bilik itu.

🌸

Dinara berjalan perlahan ke arah balkoni. Langsir berwarna putih yang sedang beralun ditiup angin diselak perlahan. Bibirnya automatik menarik senyum apabila ombak pantai terpapar di hadapan matanya.

Senyumannya semakin lebar apabila pinggangnya dipeluk pleh sepasang tangan dari belakang.

" Suka?"

" Ara suka sangat! " Balasnya teruja. Dia memusingkan badannya ke belakang dan membuatkan dia berhadapan dengan Nadien. Ketika itu mereka tidak ubah seperti saling berpelukan.

" Baguslah you suka." Nadien mengelus lembut pipi Dinara.

" Thank you." Dinara mengucup pipi Nadien sekilas.

" Ooo dah pandai eh?" Nadien tersenyum nakal.

" Biarlah. Erm... boleh Ara tanya sesuatu?"

" Apa?" Nadien menggoyangkan tubuh mereka berdua ke kiri dan kanan.

" Abang... sayang Ara?" Dinara merenung mata Nadien. Namun lain pula jadinya apabila Nadien kembali merenung matanya. Dia melarikan matanya apabila terasa gugup dengan pandangan mata Nadien.

" Of course I sayang you."

" Abang cintakan Ara?" Soalnya lagi.

Nadien terdiam sebentar. Dia mencium lama dahi Dinara sebelum memegang pipi Dinara dengan kedua-dua belah tangannya.

" I sayang you, I cintakan you." Ucap Nadien dengan penuh ikhlas.

" Walaupun abang tak ingat Ara?"

" Mungkin ingatan I lupa pasal you, tapi hati I tak pernah lupakan you."

" Tapi kenapa abang masih bahasa diri abang I? "

" I'm sorry. I tak ready lagi pasal tu. Sorry..." Kata Nadien perlahan. Risau sekiranya Dinara berkecil hati terhadapnya.

" Tak apa. Ara faham."

Nadien mendekatkan wajahnya pada Dinara. Apabila bibirnya hampir bersentuhan dengan bibir Dinara, dadanya terasa ditolak oleh sepasang tangan milik Dinara.

" Why?" Nadien bertanya tidak puas hati.

" Mandi dulu." Dinara tersengih.

" Mandi sekali dengan I."

" No! Nanti Aira siapa nak jaga?" Dinara cuba untuk mencipta alasan.

" Tak apa. Aira tidur." Balas Nadien tidak mahu mengalah.

" Tak nak lah abang. Pergi mandi eh? Busuk!" Dinara menjelirkan sedikit lidahnya sebelum berjalan memasuki bilik yang diinapi mereka.

" Busuk? I'll catch you and I akan pastikan you yang kena mandikan badan I yang busuk ni." Kata Nadien dengan sedikit kuat sebelum berlari mendapatkan tubuh Dinara.

" No, tak nak! Abang! Don't you dare."

🌸








Saya tahu Nadien semakin gatal😆Btw, apa rancangn Tengku Rosalinda sebenarnya ni? Kalau nk tahu tunggulah bab yg akan datang and jgn lupa vote🥰

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now