Bab 46

2K 97 4
                                    

                 Tengku Rosalinda tersentak tatkala pintu ward-nya dibuka oleh seseorang. Kepala diangkat dan dia tersenyum sinis apabila wajah Kirana menjadi tatapannya. Buku yang dipegang olehnya tadi diletak ke tepi.

" Apa kau nak datang sini?"

Kirana tersenyum lebar. Dia berhenti di tepi katil Tengku Rosalinda.

" Aku datang nak melawat kau lah, orang tua..." Ujarnya dengan suara yang agak berbisik. Cukup untuk dia dan Tengku Rosalinda sahaja yang mendengar.

" Tchh! Perempuan murahan macam kau ni, langsung tak layak untuk datang melawat aku. Kau sama je dengan adik tiri kau tu!" Cemuh Tengku Rosalinda.

" Kau masih nak sombong kan dengan keadaan kau yang macam ni? Kau tak takut kalau aku buat apa-apa dekat kau?" Kirana mengelus lembut pipi Tengku Rosalinda.

Tengku Rosalinda mengertap giginya rapat sebelum menepis tangan Kirana yang berada di pipinya.

" Kau berani kau buatlah. Kau ingat kau boleh selamat kalau aku menjerit?" Ugut Tengku Rosalinda dengan bongkak.

Kirana tergelak besar. Kepalanya digelenglan perlahan tanda tidak tahan dengan lawak yang dibuat oleh Tengku Rosalinda.

" Kau bodoh? Sekarang dah pukul 3 pagi. Dekat luar tu mana ada sesiapa. Jururawat satu pun takde. Doktor? Lagilah tak ada. Nak harapkan guard yang jaga dekat pintu lift tu? Kau jeritlah kuat mana pun, dia tak kan dengar. Sebab apa? Sebab aku dah... pengsankan dia." Kata Kirana lagi.

Tengku Rosalinda meneguk liurnya kesat. Pakaian Kirana dipandang. Semuanya berunsurkan warna hitam dan perkara itu semakin membuatkan bulu romanya meremang.

" Apa kau nak hah?!"

" Aku nak bunuh kau!!! Kau pergunakan aku untuk bunuh bapak aku! Kau tipu aku!!!" Kata Kirana dengan kuat. Tangannya naik mencengkam rambut Tengku Rosalinda.

" A-aku minta maaf. Aku janji, k-kalau kau lepaskan aku, aku akan bagi duit tu dekat kau." Tengku Rosalinda sudah mengalirkan air mata dek kerana cengkaman kuat tangan Kirana di rambutnya.

" Pergi mampus dengan janji-janji kau tu! Sekarang ni, aku nak kau rasa apa yang aku rasa. Aku nak hidup kau hancur macam mana hidup aku dah hancur!"

" Lepaskan aku!! Kau nak buat apa dekat aku hah bodoh?! Lepas!!!" Jerit Tengku Rosalinda sambil meronta-ronta untuk melepaskan rambutnya daripada cengkaman tangan Kirana.

" Eeii orang tua ni. Dah nak mampus pun still tak sedar diri. Kau nampak botol ni?" Kirana menayangkan botol yang bersaiz sederhana kepada Tengku Rosalinda.

" A-asid? K-kau nak bust apa ni?! Jangan buat aku macam ni!!!"

" I'm sorry but it's to late. Good bye to your face, Tengku Rosalinda." Serentak dengan itu, Kirana terus mencurahkan asid tersebut pada muka dan tangan Tengku Rosalinda.

🌸

" Sayang! Bersiap cepat. Kita kena pergi hospital." Beritahu Nadien dengan tergesa-gesa.

Dinara yang baru selesai mencuci pinggan itu mengelap tangannya.

" Kenapa ni abang?"

" Mummy. Mummy kena serang semalam. Ada orang simbah asid dekat muka mummy. "

" Ya Allah! Kejap-kejap, Ara pergi tukar baju." Kelam-kabut Dinara melepaskan apron yang terikat pada badannya.

" Ha'ah. Cepat tau." Pesan Nadien. Tangannya terketar-ketar mencari nombor telefon Tengku Khairil untuk diberitahu tentang perkara itu.

" Ya."

🌸

" Macam mana dengan keadaan mummy saya, doktor?" Soal Nadien apabila doktor yang merawat Tengku Rosalinda keluar daripada bilik rawatan.

" Hampir 99% muka dan tangan Tengku melecur and itu sahaja yang saya boleh bagitahu setakat ni." Beritahu doktor lelaki itu.

"Doktor. How about we do a plastic surgery?" Tanya Tengku Farah dengan nafas yang masih tersekat-sekat akibat daripada menangis tadi.

Doktor lelaki tersebut menggelengkan kepalanya.

" I'm sorry to say this but saya tak sarankan Tengku buat plastic surgery. Sebab plastic surgery sangat berisiko bagi orang yang sudah berumur macam Tengku. Ia mungkin akan membahayakan kesihatan Tengku and the worst thing is mungkin akan menyebabkan kematian."

Tangisan Tengku Akira semakin kuat kedengaran setelah mendengar penjelasan doktor itu. Tubuh Tengku Farah dipeluk erat bagi melepaskan kesedihan.

Dia yakin, Tengku Rosalinda pasti tidak akan menerima kenyataan bahawa wajahnya sudah rosak kerana selama ini Tengku Rosalinda sangat mementingkan penjagaan wajahnya.

" Tak apa lah kalau macam tu, doktor. Terima kasih." Ujar Tengku Khairil yang cuba menahan sebak selepas mendengar perkabaraan daripada doktor itu.

" Baiklah. Saya harap keluarga Tengku bertabah dengan ujian ni. Saya minta diri dulu."

Dinara menyentuh bahu Nadien lalu diusap-usap perlahan.

" Abang okay?"

Nadien yang daripada tadi menunduk terus mengangkat kepalanya lalu memeluk Dinara.

" I'm not okay. A-abang tak sangka perkara ni akan jadi dekat mummy. " Adu Nadien perlahan.

Dinara hanya mendiamkan diri. Tangannya masih lagi setia mengusap belakang Nadien.

" Abang tak tahu macam mana nak bagitahu mummy pasal ni nanti. Mummy mesti sedih sangat."

" It's okay. Nanti kita pujuk mummy. Ara yakin, lama-kelamaan nanti, mummy akan terima jugak. Abang sabar okay? Ara ada dengan abang." Pujuk Dinara. Sungguh dia tidak sangka yang perkara seperti ini akan terjadi pada keluarga suaminya sendiri.

🌸

" Rakaman CCTV menunjukkan susuk tubuh seorang wanita. Tinggi sekitar 156 cm. Dan kami dapati pemilik cap jari pada botol asid yang ditinggalkan adalah milik Kirana Maisarah binti Mazlan." Jelas pegawai polis yang terlibat dalam siasatan kes Tengku Rosalinda itu.

" Kirana Mairasah binti Mazlan?" Nadien mengerutkan dahinya. Terasa seperti pernah mendengar nama itu.

" Ya. Dan saya dapati Kirana Maisarah binti Mazlan ini adalah kakak tiri kepada isteri Tengku, Puan Sofea."

Nadien tergamam apabila mendengar perkara itu. Tangannya memicit perlahan pelipisnya yang terasa sedikit pening.

' Apa hubungan mummy dengan Kirana yang aku tak tahu sebenarnya? ' Desisnya di dalam hati.

" So, sekarang macam mana? Dah dapat track belum kedudukan suspek?" Soal Tengku Khairil.

" Buat masa ni, kami masih lagi mencari location suspek. Apa-apa info nanti, kami akan terus hubungi pihak Tengku."

" Okay baiklah. Terima kasih."

🌸










Mula-mula kan, I ingt nak buat Kirana tu bunuh je terus si Tengku Rosalinda tu. But, I kesian dekat Kirana sebb kalau dia bunuh nnti dia akan dikenakan hukuman gantung. So, yeah. Kita bagi Tengku Rosalinda menderita sikit dgn wajah baru dia okay?😉

Ohh ya by the way, next chapter adalah epilog. So, do vote kalau nak baca pengakhiran cerita ni. Okay bye😆

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now