Bab 28

1.2K 84 10
                                    

" Maaf. Erm... First, I want to tell you guys that I will introduce myself in 4 languages." Ujarnya dengan suara yang agak gugup.

" Okay, interesting. But, we know that all of you major in Malay and English, so can you just proceed with other language." Kata salah
seorang interviewers itu.

Dinara menarik nafas dalam-dalam. Figura Nadien langsung tidak dilihatnya supaya tidak mengganggu fokusnya. Nafas dihela perlahan sebelum memulakan bicaranya.

" Annyeonghaseyo—" Dia mula memperkenalkan dirinya dengan bahasa Korea dahulu dan kemudiannya disusuli dengan bahasa Italy.

🌸

Dinara menghembus nafas lega apabila sudah berjaya keluar daripada ruangan interview itu. Senyuman diberikan kepada Alissa yang berjalan melintasinya untuk memasuki ruangan interview. Mungkin sudah sampai gilirannya pula.

Langkah kakinya terhenti pada lobi di aras yang sama dengan ruangan interview tersebut. Sofa yang disediakan menjadi tempatnya untuk melabuhkan duduk. Pelipisnya dipicit perlahan sebelum satu keluhan lemah terbit dari bibirnya.

Dia tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan Nadien secepat ini. Niatnya pada mulanya, dia hendak bekerja dia hotel ini selama beberapa hari, baru dia akan berjumpa dengan Nadien. Tak sangka pulak yang Nadien terlibat dalam interview hari ini.

Tali beg diperkemaskan dan dia melangkah masuk ke dalam lif untuk turun ke lobi aras satu. Biarlah, dia masih tidak bersedia lagi untuk berhadapan dengan Nadien.

🌸

" Aira kejap tau. Mama nak angkat telefon." Kata Dinara kepada Aira apabila telefonnya yang berada di bilik berbunyi nyaring.

" Hello..." Jawabnya sesudah mengangkat telefon pintarnya.

" Hello. Betul ke ni Puan Dinara Sofea Binti Asyraf?"

" Ya saya. Betullah tu."

" I am pleased to inform that you have been accepted to work in our Hotel as an interior designer. Congratulations for you. So I want to ask, are you ready to go to work this Monday? "

Dinara menutup mulutnya teruja. Tidak menyangka yang dia mendapat pekerjaan sebagai interior designers di Paradise Lake Hotel milik Nadien.

" Yes. I'm ready. Thank you for this call."

" Welcome and again, congratulations."

" Thank you so much!"

🌸

" Sofea. Nak ikut kitorang pergi lunch tak?" Tanya Alissa yang duduk di meja berhadapan dengan mejanya. Kebetulan, Alissa yang menegurnya ketika hari mereka interview juga diterima kerja di Hotel itu.

" Tak kot. Aku ada bawa bekal hari ni." Satu senyuman tipis diberikan kepada Alissa.

" Ouh okaylah kalau macam tu."

Dinara meraup mukanya apabila aras yang didudukinya itu kosong. Aras itu memang dikhaskan untuk para interior designer Hotel itu. Jadi, memandangkan interior designers hanya mempunyai 6 orang, aras yang tersangat besar itu memang kelihatan kosong pada waktu lunch.

Kelima-lama rakan kerjanya semua keluar untuk pergi lunch dan tinggallah dia berkeseorangan di aras itu. Sebenarnya, dia agak kesal dengan dirinya yang masih lagi tidak berjaya untuk bertemu dua mata dengan Nadien walaupun sudah sebulan dia bekerja di hotel itu.

Selesai menghabiskam bekalnya, bilik air dituju untuk mencuci tangan. Saat dia melintasi emegency door iaitu pintu yang menempatkan ruangan tangga, dia terdengar seperti suara Nadien yang sedang bercakap. Dengan pantas, pintu kecemasan itu dibuka. Kakinya yang memakai heels itu semakin laju melangkah apabila kelibat Nadien sudah berjalan menuruni tangga.

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now