Bab 40

1.4K 85 0
                                    

Encik Asyraf memakai kaca matanya untuk melihat isi sampul surat yang baru tiba di rumahnya. Beberapa keping gambar dikeluarkan olehnya.

Matanya terbuntang tatkala melihat gambar-gambar tersebut. Lantas nama Puan Kartini dipanggil dengan kuat.

" Tini! Tini!"

"Ada apa ni bang? " Tanya Puan Kartini.

Encik Asyraf melempar gambar-gambar tersebut ke atas lantai.

" Tu! Apa benda tu?!" Jari telunjuknya dihalakan pada gambar yang bertaburan di atas lantai.

Puan Kartini mengutip gambar itu satu-persatu sebelum tubuhnya jatuh melorot ke atas lantai. Matanya memang tidak silap. Itu memang Kirana, anak perempuannya. Gambar Kirana dan juga beberapa orang lelaki itu direnyuk olehnya.

" Abang..." Matanya naik merenung Encik Asyraf apabila dia terjumpa sekeping gambar Kirana yang memeluk lengan Nadien. Gambar tersebut diserahkan kepada Encik Asyraf.

" Ya Allah, apa yang anak awak dah buat ni, Tini?!" Marah Encik Asyraf. Dadanya yang tiba-tiba terasa sesak ditekan kuat. Dia jatuh terduduk di atas sofa.

Puan Kartini terkedu apabila Encik Asyraf semakin sukar untuk bernafas. Tangannya terketar-ketar menghubungi ambulan.

Encik Asyraf semakin menekan kuat dadanya. Mukanya merah menahan rasa sesak di dadanya. Sudah terbayang wajah Dinara di hadapan matanya sebelum air mata mulai jatuh ke pipi.

" Abang! Bangun bang!" Panggil Puan Kartini apabila Encik Asyraf sudah terkulai layu di atas sofa.

🌸

" Sofea!"

" Eh Farhan. Buat apa dekat sini?" Tanya Dinara terkejut. Setahunya tempat Farhan bekerja bukan di area sini.

" Saya tadi ada kerja sikit dekat kawasan ni. Pastu datang nak singgah makan dekat sini, tak sangka jumpa awak." Farhan tersengih. Teruja sebab jumpa Dinara.

" Ouh... Kalau macam tu kita lunch sekali lah." Pelawa Dinara. Dia kemudiannya berjalan ke arah satu meja yang kosong.

" Boleh-boleh. Kebetulan pula, saya ada nak kenalkan seseorang dekat awak."

" Seseorang? Siapa? " Dinara mengangkat keningnya.

" Adalah. Nanti dia datang saya kenalkan dekat awak."

" Yelah..."

" So, Aira apa khabar? Saya dah lama tak jumpa dia. Busy sikit dengan kerja lately ni." Dipandang wajah Dinara yang nampak semakin berseri.

" Aira okay, Alhamdulillah sihat. Tak apa, saya faham kerja awak."

Perbualan mereka terhenti apabila telefon pintar Farhan berdering.

" Kejap eh?" Ujar Farhan lalu mengangkat panggilan.

Dinara mengangguk sahaja. Air yang baru diletakkan oleh pelayan tadi diisap sedikit.

" Hello..."

" Saya dah ada dekat sini. Dengan kawan yang saya cakap nak kenalkan dengan awak tu." Farhan diam. Mungkin sedang mendengar balasan orang di dalam talian.

" Okay, saya tunggu."

" Waalaikumsalam." Farhan tersenyum lebar sesudah menamatkan panggilan.

" Kejap lagi dia sampai. " Beritahunya kepada Dinara.

" Okay... I smell something fishy here. Girlfriend awak eh?"

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now