Bab 3

1.4K 87 4
                                    

Dinara menghempaskan punggungnya di atas katil. Tangannya menumbuk bantal berkali-kali.

" Arrghh!!! Stress nya! " Dia menjerit kecil bila mengenangkan rancangan abah yang hendak dia berkahwin. Tiba-tiba, satu idea gila muncul di kepalanya. Dengan pantas, laptop berjenama hp itu diambil lalu dibuka google. Ditaip, harga tiket kapal terbang dari Malaysia-Seoul, Korea.

Dan berderet-deret keluar laman sesawang yang menunjukkan harga tiket penerbangan ke Korea. Harga tiket kapal terbang semuanya RM 1500 keatas. Macam tak menjadi je rancangan dia. Dia mana ada duit banyak sampai macam tu.

Telefon yang berdering tanda menerima panggilan dipandang kosong. Dengan perasaan malas, dia berjalan menuju ke almari solek untuk mengambil telefon pintarnya. Tangan yang hendak mencapai telefon terhenti apabila matanya terpandang sesuatu.  Sesuatu yang mungkin akan membuatkan rancangan gilanya berjaya. Sesuatu itu adalah tabung ayam!

Tabung ayam yang berhabuk itu diambil. Dia menggoncang sedikit tabung itu. Berat juga ni. Dilap habuk yang melekat di tabung ayam itu menggunakan sapu tangan.

Bismillah disebut sebelum tabung ayam itu dilepaskan ke atas lantai. Bertaburan segala duit syiling dan duit kertas di atas lantai. Harap-harap tiada siapa lah yang dengar bunyi deraian tabung itu.

Di kira-kira duit yang dia dapat daripada dalam tabung ayam itu.

Dua ratus.

Lima ratus.

Lapan ratus.

Seribu lima ratus.

" Tak sangka, banyak jugak duit dalam tabung ayam ni eh? " Katanya perlahan. Serpihan tabung ayam yang sudah berderai dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah. Tak sia-sia dia pecahkan tabung ayam kesayangannya itu.

Almari baju dikuak dan buku bank yang terselit di celahan baju ditarik keluar. Dibuka dan ditelek dengan penuh teliti kandungan buku bank.

" Lima ribu ringgit. Campur duit tadi, jadi enam ribu lima ratus ringgit. Okay nice! Cukup sangat ni. " Senyuman penuh makna diukir. Tubuh kurusnya dibaringkan ke atas katil sambil bibirnya tidak henti-henti mengukirkan senyuman.

🐑

Mi goreng yang baru siap digoreng, disenduk ke dalam mangkuk besar lalu diletakkan dia atas meja makan. Air teh yang sudah dibancuh dituang ke dalam 4 biji cawan. Yelah, hari ini anak bongsu Puan Kirana merangkap adik tirinya pulang ke rumah. Jarang-jarang dia dapat balik kerana menyambung pelajaran di unimap Perlis.

" Sedapnya bau. Pandai kak Fea masak. " Puji Shahrul yang baru turun ke dapur.

" Ye la tu. Belum rasa lagi dah cakap sedap. "

" Mesti sedap punya ni. Jaranglah masakan Kak Fea tak sedap. Lainlah kalau ni masakan Kak Kira. Kak Kira tu, goreng telur pun hangus. " Tergeleng-geleng kepalanya bila bercakap mengenai kakak sulungnya itu.

" Biarlah dia. Nanti dia dah nak kahwin, tahu lah dia belajar masak. "

" Ohh ya, Shah dengan akak dah nak kahwin. Betul ke? "

Dinara tersenyum hambar.

" Shah tak tahu cerita sebenar, tapi Shah dengar daripada ibu, akak tak kenal bakal suami akak tu kan? " Soal Shahrul lagi.

" Hmm, pilihan abah. "

" Kalau Shah jadi akak, Shah bantah habis-habisan tau. Tak nak Shah kalau kahwin dengan orang yang kita tak kenal. Cuma akak je baik sangat ikut cakap abah. "

Dinara tersenyum dalam diam. Kau ingat akak kau ni baik sangat ke, Shah oi... Tunggu sikit je lagi, rancangan abah nak kahwinkan akak dengan lelaki yang entah datang mana tu, mesti akan terbatal. Tapi kalau biar Kirana ganti tempat dia pun okay jugak. Bisiknya nakal di dalam hati.

" Shah tahu akak sedih. Mungkin semua ni dah tertulis untuk akak. " Pujuk Shahrul apabila kakak tirinya mendiamkan diri tanpa menjawab soalannya.

" Mungkin. " Balasnya sepatah. Perbualan mereka terhenti apabila Encik Asyraf dan Puan Kirana turun ke dapur untuk menikmati sarapan pagi.

🐑

Jam di dinding dijeling sekilas. 2 pagi. Bagasi yang sudah diletakkan siap-siap di tepi pintu, di angkat perlahan bagi mengelakkan sebarang bunyi terhasil.

Pintu bilik dibuka sedikit, cukup untuk matanya melihat kepada di luar sahaja. Nice, semua dah tidur agaknya. Dia berjalan terjengket-jengket ke arah pintu rumah dan fuh!! Berjaya jugak dia keluar dari rumah itu tanpa menghasilkan sebarang bunyi.

Kasut flat disarung dan dia terus berlari-lari anak ke arah kereta yang sedia menunggunya di hujung jalan. Nasib baiklah ada pemandu grab yang sudi berkhidmat di waktu begini. Dan paling membuatnya lega, pemandu grab itu ialah perempuan. Tidaklah dia rasa takut sangat.

" Akak, jalan cepat kak. " Arahnya. Takut jugak kalau ada orang nampak kelibat dia yang dah macam perompak itu.

Kirana bersandar di pintu rumah sambil tersenyum sinis melihat segala pergerakan Dinara. Siaplah kau esok, Sofea!

🐑

Dinara meregangkan badannya usai turun daripada teksi. Yelah, dari Perak naik bas sampai Kuala Lumpur, lepastu dari stesen bas ambil teksi datang terus ke KLIA. Sakit belakang dia sebab duduk lama sangat.

Suasana di KLIA itu diperhati. Pagi-pagi macam ni pun orang ramai eh? Baru pukul 7 pagi. Flight dia pukul 8 pagi. Sempatlah kalau nak breakfast dulu. Luggage ditarik dan bergerak ke arah food court yang disediakan.

🐑

Ladies & Gentlemen, now we're approaching Seoul where the local time is 15:00 p.m.  At this stage you should be in your seat with your seatbelt firmly and fastened.  Personal television screens, footrests and seat tables must be stowed away and all hand luggage stored either in the overhead lockers or under the seat in front.  Please ensure all electronic devices including laptop computers and computer games are turned off.

Dinara mendepakan tangannya sesudah keluar daripada Incheon International Airport, Seoul Korea. Udara di situ dihirupkan sedalam-dalamnya. Dia tersenyum. Finally, sampai juga dia di bumi Korea itu. Dalam kelekaannya menghirup udara sejuk negara Korea, dia disapa oleh seorang lelaki.

" Malaysian? "

" Aaa yes. Why? " Dia memandang lelaki itu aneh. Pelik sebab tiba-tiba je lelaki tu tegur dia. Orang Korea pulak tu!

" Nak berangan pun, boleh berdiri dekat tepi sikit kot. Orang nak lalu. " Terus sahaja lelaki itu berbahasa Melayu dengannya.

Dinara tergamam. Mulutnya ternganga sedikit. Wah, orang Korea boleh cakap Melayu lah. Kata-kata biadap lelaki itu tidak dihiraukan dek kerana terpana apabila orang Korea pandai cakap bahasa Melayu.

" Are you Korean? Tapi... kenapa awak cakap bahasa Melayu? " Dinara menggaru sedikit kepalanya yang dibaluti tudung. Bukan sebab gatal, tapi sebab hairan.

Nadien menghela nafas lemah. Tak sangka, dia boleh jumpa orang Malaysia yang agak lembab di bumi Korea itu. Dipandang lama wajah perempuan itu. Melayu sangat muka. Sebab muka melayu itulah dia berani tegur tadi.

" Kau memang lembab eh? Aku cakap bahasa Melayu, dah sah-sah la aku orang Melayu. Haish... Dah lah. " Dan Nadien terus berlalu meninggalkan Dinara sedang termangu-mangu.

Dinara mendengus kasar. Orang Melayu rupanya. Biarlah dia! Dan dia terus menarik senyuman yang ceria sambil menahan salah satu teksi untuk ke hotel yang sudah ditempahnya.







Here we go!!! Please vote and share if you like it😜💗

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now