Bab 34

1.2K 83 4
                                    

' Lunch dengan I hari ni.'

Dinara tersenyum sedikit apa membaca mesej daripada Nadien itu. Jarinya dengan pantas menekan-nekan skrin untuk membalas kembali mesej tersebut.

' Okay. Nanti Ara tunggu dekat kereta abang.'

Telefon pintar kembali diletakkan. Bibirnya masih lagi tidak lekang dengan senyuman manis. Gembira kerana hubungannya dengan Nadien semakin hari semakin mesra seperti pasangan suami isteri yang lain.

" Orang cakap, senyum sorang-sorang makruh." Tegur Alissa yang baru pulang daripada pantri. Di tangannya terdapat dua biji mug.

" Mana ada aku senyum sorang-sorang." Kata Dinara. Dia berpura-pura fokus terhadap lukisan-lukisan di atas mejanya. Pensel diambil lalu diconteng-conteng ke atas kertas yang kosong.

" Ye lah tu. Nah, aku buatkan kau air." Alissa menghulurkan satu daripada mug yang dibawanya tadi kepada Dinara.

" Thank you."

" Welcome. Eh Sofea. Hujung minggu ni kita keluar pergi shopping nak? Aku nak beli baju sikit sebab aku tak ada baju yang sesuai nak bawak pergi family day nanti." Memuncung bibir Alissa memberitahu tentang perkara itu kepada Dinara.

" Family day?" Dinara bertanya hairan. Kenapa dia tak tahu pun?

" Kau tak tahu? Dua minggu lagi Hotel Paradise Lake nak buat family day untuk semua staf-staf dia. "

" Oh ye eh? Dekat mana family day tu?"

" Kalau tak silap aku dekat Pulau Langkawi kot. Sebab dekat sana ada satu cawangan Hotel ni."

" Ouhh..."

" Boleh tak temankan aku shopping?" Soal Alissa ingin tahu.

" Boleh kot. Aku kena tanya husband aku dulu. Apa-apa nanti aku bagitahu kau lain eh?"

" Okay." Jawab Alissa dan mereka menyambung kembali kerja mereka.

🌸

" Abang tak bagitahu Ara pun yang dua minggu lagi ada family day. "

Nadien yang tadinya kusyuk menikmati makanan mengangkat kepalanya. Bibir Dinara yang sedikit comot dilap perlahan menggunakan jarinya.

" Why? You nak pergi ke?"

" Erm... Entah la. Alissa suruh Ara join tapi risau pula nanti kalau Aira merengek nak pergi dekat abang." Dinara menyuarakan kerisauan di hatinya. Aira dah la tak boleh langsung berenggang dengan Nadien sekarang ni.

" It's okay. Kita pergi." Balas Nadien pendek.

" Tak apa ke? Nanti kalau Ara merengek?"

" Tahulah I nak buat macam mana nanti."

" Okay."

" One more, kalau Alissa ajak tinggal sebilik, you tolak tau. Sebab you akan duduk sebilik dengan I." Ujar Nadien lalu menyedut perlahan airnya.

Berkerut dahi Dinara apabila mendengar arahan Nadien itu.

" Abang tak takut orang nampak?"

Nadien menghela nafas perlahan. Sudu dan garfu diletakkan ke atas pinggan tanpa menghasilkan sebarang bunyi pun.

" Dah tiba masanya untuk orang tahu yang you isteri I. Kalau tak, sampai bila nak macam ni? Nak lunch sekali pun kena pergi restaurant yang jauh. Just... ikut cakap I and I tahu nak buat macam mana nanti. Okay?" Nadien merenung lama mata Dinara. Cuba untuk melegakan rasa gundah di hati isterinya itu.

" Okay." Sahut Dinara perlahan. Dia masih lagi berasa risau dengan rancangan Nadien untuk memberitahu bahawa mereka suami isteri. Dia takut tentang penerimaan staf-staf hotel itu. Dia takut kalau Tengku Rosalinda dapat menghidu kepulangannya ke Malaysia.

" Sofea... Smile please. I tak suka tengok you monyok-monyok macam ni." Nadien berkata lembut. Matanya tunak memandang Dinara sambil tangannya menggenggam tangan isterinya itu.

" Everything will be okay, right?"

" Yes. I promise you, everything gonna be alright."

Dinara mengukirkan senyuman apabila berasa sedikit lega setelah mendengar pujukan daripada Nadien.

🌸

Tengku Rosalinda menarik senyuman sinis apabila orang yang ditunggu-tunggu olehnya tiba juga. Seorang lelaki barjaket hitam datang menghampirinya. Sekeping envelope dikeluarkan lalu diserahkan kepada Tengku Rosalinda.

" Good job." Ujar Tengku Rosalinda. Envelope yang berisi wang kertas diserahkan kepada lelaki itu.

" Ni upah kau. But make sure kau tutup mulut pasal ni."

" No hal lah. Janji payment aku, kau bagi macam yang aku mintak."

" Aku tak miskin lagi nak tipu kau pasal duit ni. Dah pergi." Tengku Rosalinda mencicip air cappuccino yang dipesannya.

Envelope yang diserahkan oleh lelaki tadi dibuka sesudah lelaki itu keluar daripada restoren. Beberapa keping gambar dikeluarkan sebelum matanya mencerlung marah. Bibir dikertap seerat-eratnya.

" Perempuan ni memang cari nahas betullah." Dengusnya perlahan. Gambar Nadien dan Dinara yang sedang makan dan berjalan bersama-sama itu dilempar kasar ke atas meja.

Telefon pintar diambil dari dalam beg tangannya lalu mendail seseorang.

" Find me an information about Dinara Sofea's family. " Arahnya sesudah panggilan diangkat.

" Bukan ke saya dah kasi dekat Tengku tiga tahun lepas?"

" Aku nak yang baru. Yang kau bagi dekat aku tu, aku dah buang. Aku bagi kau masa tiga hari."

" Boleh. Tapi payment lebih sikit lah. Dalam Rm 20000." Lelaki itu bersandar pada kerusi rodanya. Di dalam kepalanya sudah terbayang-bayang wang yang berkepuk-kepuk di dalam akaunnya nanti.

Tengku Rosalinda merengus perlahan. Kerja tak buat lagi dah cakap pasal duit. Huhh!

" Kerja kau settle, aku terus bagi duit tu dekat kau."

" Cun! Tiga hari lagi aku sampai rumah Tengku."

Tengku Rosalinda mematikan panggilan. Bibirnya menarik satu senyuman sinis.

' Kau memang tak serik-serik Sofea. Mungkin sebab aku tak buat betul-betul apa yang aku ugut kau tu.'

🌸








Lepas ni ada conflict sikit lagi and then baru tamat. Maybe tamat dalam bab 45 macam tu kot. Jgn lupa tekan bintang kecik tu byk ii tau.😉Semangat sikit saya nk update.🤭Yelah sekarang saya dh mula busy sbb my class online dh start balik. Huhuhu😢

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now