Bab 6

1.4K 96 7
                                    

" Ouh ya, awak ada tahu tak dekat mana-mana yang ada kerja kosong? " Tanya Dinara sambil-sambil dia mengelap meja kecil yang agak berhabuk.

" Kau nak kerja yang macam mana? " Nadien menjongket kening.

Dinara berfikir sebentar. Kerja apa pun tak apa rasanya, sebab dia bukan seorang yang terlalu memilih.

" Apa-apa pun tak apa. Saya tak kisah, asalkan saya dapat kerja. " Putusnya tanpa banyak songeh.

" Tengoklah nanti. Kalau ada aku kasitahu kau. Kau ada sijil apa-apa tak? " balas Nadien sambil mengelap peluh di dahinya.

" Saya ada ijazah. Course reka bentuk dalaman. Kenapa? "

" Saja. Apa-apa nanti aku bagitahu kau. "

" Okay. Terima kasih awak! " Kata Dinara dengan gembira.

" Hurm... Aku nak pergi makan ni, kau nak ikut tak? "

" Awak tak payah lah makan dekat luar. Saya ingat nak masakkan untuk awak sebagai tanda terima kasih sebab dah tolong saya. "

" Kau pandai masak? Masakan Melayu? "

Dinara menganggukkan kepalanya.

" Okay. Aku nak nasi lemak. Boleh? "

" Boleh. Tapi ikan bilis tak ada. Ganti dengan ayam boleh? Nasi lemak ayam? "

" Boleh je. Kau masaklah. Aku nak keluar dulu. Nanti aku datang balik."

" Okay. Hati-hati. "

🐑

" Sedap tak? " Soal Dinara dengan teruja. Tak sabar nak tengok reaksi Nadien bila makan nasi lemak buatan dirinya sendiri.

" Sedap. " Tidak henti-henti suapan pada mulutnya. Tidak dinafikan, masakan Dinara sangat menepati cita rasanya.

" Ya? Baguslah kalau macam tu. Nanti kalau awak rindu nak makan masakan Melayu, awak suruh je saya masak. "

Nadien memandang Dinara dengan lama. Terdetik sesuatu yang tidak dapat diungkapkan di dalam hatinya.

" Mana kau belajar masak? "

" Dengan mak saya. Lepastu, Ada lah serba sikit saya belajar dengan ibu. "

" Kenapa ada dua? Mak dan ibu? " Tanya Nadien hairan.

" Mak tu arwah mak kandung saya. Ibu pulak, ibu tiri saya. Abah kahwin dengan janda anak dua. So, secara tak langsung, saya yang pada mulanya anak tunggal ni, terus dapat dua orang adik beradik. " Entah kenapa, laju sahaja mulutnya bercerita tentang keluarganya kepada Nadien. Padahal dia bukan seorang yang senang-senang membuka cerita peribadinya kepada orang luar.

" Ouh... " Dan dia meneruskan suapannya lagi.

" Awak datang sini buat apa? Awak tengah belajar ke? "

" Yup! Aku tengah sambung phd. " Ujarnya dengan sedikit bangga.

Dinara menggulingkan matanya. Dah mula dah perangai annoying dia tu.

" Awak makanlah. Saya nak basuh pinggan kejap."

" Hmm. "

🐑

Dinara menghela nafas lemah sesudah Nadien keluar daripada bilik sewanya. Fikirannya melayang mengingatkan abah di kampung.

" Abah sihat ke tak eh? " Omelnya seorang diri.

Tapi dia yakin yang ibu akan jaga abah baik-baik. Dan disebabkan dia tahu ada ibu yang akan jaga abah lah dia berani ambil keputusan begini. Sekurang-kurangnya, abah tak adalah sunyi sangat.

" Salah ke keputusan yang aku buat ni? " Desisnya perlahan. Telefon pintar dicapai dan contact dibuka. Nama 'abah💙' yang terpapar di skrin direnung. Skrin ditekan dan diletakkan di telinganya.

Tut... Tut...

" Hello? Siapa ni? " Suara Encik Asyraf kedengaran di corong telefon.

" Hello, abah. Ni Sofea. " Ujarnya perlahan. Talian di sebelah sana sunyi sebentar. Dinara sudah gelisah.

" S-sofea? Fea pergi mana? Fea balik lah, abah mintak maaf sebab suruh Fea kahwin. Fea balik, abah janji tak akan paksa-paksa Fea lagi. " Kata Encik Asyraf lirih. Betapa rindunya dia terhadap anak perempuannya itu.

" Abah sihat? Sofea rindu abah... Tapi, Sofea tak boleh balik lagi. "

" Abah sihat. Kenapa Fea tak boleh balik? Fea bagitahu abah, Fea ada dekat mana sekarang. Biar abah pergi ambil Fea. " Sebak kedengaran suara Encik Asyraf.

" Fea, jauh bah... Fea mintak maaf sangat-sangat. Tapi Fea tak boleh balik. Fea... dekat Korea sekarang. "

" K-Korea? Kenapa anak abah pergi jauh sangat? "

" Fea mintak maaf. Nanti bila Fea cukup duit, Fea balik. Kirim salam dekat ibu. Assalamualaikum abah. " Tanpa menunggu balasan daripada Encik Asyraf, terus ditutup talian tersebut.

Dia melepaskan esakan yang terasa sesak di dada. Air mata mebderu-deru jatuh ke pipinya.

Fea mintak maaf, bah. Cukuplah Fea tahu yang abah baik-baik je dekat kampung.

🐑

Dinara tersenyum apabila melihat pemandangan di Namsan Tower. Pad lock yang tersusun dengan banyak di tilik satu-persatu dan tangannya terhenti pada satu pad lock yang agak besar dan bertulisan Melayu.

' Semoga sampai di sini lagi. Love, Daleeya&Riyaz. '

" Sweet! " Komennya perlahan. Pad lock itu dilepas dan dia bergerak melihat pad lock yang lain pula sebelum...

Buk!!!

" Adoi!!! Sakitnya. " Dia menggosok perlahan dahinya.

" Eh?! "

" Apa eh, eh?! Kau buat apa sini sorang-sorang? " Nadien menyoal garang.

" Err... Saja, jalan-jalan. " Dia tersengih. Dada Nadien rupanya.

" Kau tahu tak bahaya kau keluar sorang-sorang ni. Kenapa tak bagitahu aku dulu yang kau nak keluar? "

" Saya bukan budak kecil lah! And kenapa pulak saya nak kena bagitahu awak? Awak bukannya suami saya pun! " Getus Dinara tidak puas hati. Tangannya disilangkan ke dada.

" Kena tunggu aku jadi suami kau baru kau nak ikut cakap aku ke? Dah jom balik! " Nadien sudah berura-ura untuk menarik tangan Dinara Yang tersarung kemas dengan sarung tangan tebal itu.

" Tak nak! Saya tak balik lagi. Saya tak puas nak jalan-jalan lagi lah! "

" Aku tak kira, kita balik jugak! "

" Awak pergi lah balik sorang-sorang. Saya tak nak balik lagi. Bye! "

Nadien yang memandangnya dengan tidak puas hati itu dihiraukan dan terus berjalan meninggalkan Nadien di belakang. Sibuk je nak suruh orang balik. Huh!

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now