Bab 20

1.3K 75 2
                                    


" So, harini kita nak pergi mana dulu princess?" Tanya Nadien sambil memandu kereta. Memandangkan hari ini mereka berdua cuti, mereka mengambil keputusan untuk meluangkan masa dengan berjalan-jalan di luar rumah.

Dinara diam sebentar untuk berfikir. Sesaat dipandang wajah Nadien sebelum satu senyuman terukis di wajahnya.

" How about kita tengok wayang?" Cadangnya.

" Hmm, wayang?"

" Ha'ah."

" Tapi abang tak rasa macam nak tengok wayang lah hari ni." Nadien berpura-pura tidak berminat.

" Alaaa, please..." Rayu Dinara.

" Okaylah. Tadi tu, abang gurau je. So, sayang nak tengok movie apa? "

" Erm... How about bad boy for life?"

" Serious? Sayang layan movie action?" Dia agak terkejut dengan kenyataan bahawa Dinara menyukai action movie. Ingatkan layan drama je isterinya itu.

" Of course! Favourite kot."

" Ingatkan sayang suka tengok drama Korea je." Ujarnya sambil tersengih.

" Werk!! Itu maknanya, you still don't know a lot of thing about me."

" Fine. I'll study a lot of thing about you lepas ni. Jangan menyesal kalau rahsia sayang pun abang tahu."

" Well, itu pun kalau abang dapat jumpa lah rahsia Ara tu." Dinara berkata dengan angkuh.

" Elehh... Abang tahu, Ara tak ada rahsia pun kan?" Muka Nadien diseriuskan.

" Kenapa abang cakap macam tu pula?" Bertaut kening Dinara apabila mendengar ujaran daripada Nadien itu.

" Yelah. Sayang kan bila cakap mulut tu main lepas je. Mesti kalau ada rahsia habis terbongkar sebab mulut kecik ni kan?" Nadien menjongket keningnya nakal. Sengaja hendak mengusik Dinara.

" Eeii... Suka hati je cakap orang macam tu!" Dinara menjeling Nadien dengan tajam dan secara kebetulan kereta yang mereka naiki sudahpun elok terparkir. Tanpa menunggu Nadien, Dinara terus keluar dari kereta dan memasuki mall seorang diri.

" Eh sayang! Tunggu lah abang."

" Tak nak!!"

🌸

" Auch!!! Sstt... sakitnya." Desis Dinara perlahan.

Nadien memandang Dinara sambil tersengih.

" It was just a fake." Ujarnya pada Dinara.

" Orang tahu lahh." Balas Dinara sambil matanya tidak lepas memandang skrin yang sedang menunjukkan scene Mike dikerumuni orang ramai kerana ditembak.

" Dah tu, kenapa reaksi sayang macam sakit sangat je?"

" Eeii... Diamlah."

" Okay-okay. Abang diam." Tumpuan Nadien kembali kepada skrin besar di hadapan mereka. Namun, tumpuan pada skrin itu hanyalah seketika sebelum Nadien mula menyakat Dinara kembali.

" Tolong ambilkan abang popcorn tu." Ujar Nadien sambil merujuk kepada popcorn yang berada di sebelah Dinara itu.

Dinara hanya mengambil popcorn itu tanpa banyak suara dan menghulurkan kepada Nadien. Hanya tangannya sahaja yang bergerak manakala matanya tetap tidak terkalih daripada skrin besar itu.

Nadien berdecit tidak puas hati. Dia mengungging senyuman nakal apabila mendapat satu idea. Dengan perlahan-lahan, dia melintangkan badannya di hadapan Dinara. Konon-kononnya hendak mengambil air yang terletak di sebelah Dinara.

" Abang!! Boleh tak duduk diam-diam?" Bentak Dinara apabila tubuh Nadien menghalang pemandangannya daripada melihat skrin.

Nadien tersenyum puas tatkala dia berjaya menarik tumpuan Dinara kembali.

" Hmm, abang bosan lah."

" Tidurlah kalau bosan. Kejap lagi kalau dah habis, Ara kejutkan abang." Dinara mengusap perlahan kekura tangan Nadien dan kembali menumpukan perhatiannya pada wajah Will Smith yang terpapar di skrin.

Nadien akhirnya mengalah. Badannya disandarkan pada kusyen di belakangnya. Kepalanya ditoleh ke arah Dinara dan dipandang lama wajah yang sedang kusyuk menonton itu.

'Apa Will Smith tu lagi handsome daripada aku ke sampai tak berkedip mata tu tengok?' Omel Nadien di dalam hati. Geram pula tengok isterinya itu dan kerana kegeraman itu, pipi Dinara dikucup olehnya bertalu-talu.

" Eeii... abang! Apa ni? Kita dalam panggung wayang kot." Marah Dinara sedikit. Dia memerhati ke sekeliling, risau kalau ada sesiapa yang melihat adagen Nadien itu tadi. Nasib baik seat mereka duduk itu ialah couple seat.

Nadien hanya tersengih. Pipi Dinara dikucup lagi.

" Ara marah lagi kang?!"

" Marah lahh. Abang tak kisah pun. Sebab bila sayang marah, sayang nampak makin seksi." Nadien mengenyit matanya nakal.

" Eeii... Bencilah abang ni." Bentak Dinara perlahan. Akhirnya, filem Bad boy For Life itu hanya dapat ditonton separuh kerana Nadien beriya-riya mengajaknya keluar dari panggung.

Huh!! Sabar je lah dapat suami yang macam ni.

🌸

" Where do you want to go, Tengku Radien?" Memetir suara itu menyoal ke tentang destinasi anak lelaki bongsunya itu.

Radien mengeluh. Dia menyerabutkan sedikit rambutnya yang tersisir rapi itu. Wajah mummy-nya yang berdiri di hujung tangga itu dipandang.

" Mummy, Radien nak keluar lepak dengan kawan kejap. Tak kan tak boleh kot?"

" No!! Tak boleh!! Kan mummy dah cakap, jangan kawan dengan budak-budak yang tak ada masa depan tu. Why you so stubborn, hah?!" Keras suara Tengku Rosalinda menyoal.

" This is my life, mummy. Lagipun, mana mummy tahu yang kawan-kawan Radien tu tak ada masa depan?" Radien mengertap giginya rapat. Masih cuba untuk bersabar dan tidak mahu menaikkan suara kepada mummy-nya.

" Of course mummy tahu. Kawan yang you nak pergi lepak ni, semua tak sambung belajar. Seorang kerja makenik, seorang menganggur. Haihh... Mummy just tak nak your life jadi macam diorang."

" Mummy, diorang tu kawan sekolah Radien. Tak kan lah Radien nak putuskan hubungan baik kami semata-mata sebab diorang tak ada pekerjaan tetap?"

" Once I said stop being friends with them, then stop! Dah, pergi naik bilik. Malam ni, jangan keluar." Arah Tengku Rosalinda dan terus berlalu tanpa memandang anak lelakinya itu.

Radien menggenggam kuat tangannya. Dia mengeluh lagi dan akhirnya melangkah naik juga ke tingkat atas untuk ke biliknya.










Dah nampak kan macam mana perangai queen control Tengku Rosalinda aka mummy Nadien? Tapi, tu baru sikit. And, conflict Nadien dgn Dinara pun terjadi disebablan Tengku Rosalinda jugak.

Hmm... votelahh!😢

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now