Bab 31

1.2K 82 4
                                    

" Mummy mana, Kira?" Soal Nadien kepada Tengku Rosalinda. Rasanya dah nak dekat satu jam dia balik rumah, tapi kelibat Tengku Rosalinda langsung tidak kelihatan.

" Mummy? Tak tahu. Dalam bilik lah kot." Jawab Tengku Akira acuh tak acuh. Dia kemudiannya kembali fokus pada telefon pintar di tangannya.

" Radien?"

" Along tak tahu?" Tengku Akira menutup telefon pintarnya. Perhatian sepenuhnya diberikan kepada Nadien.

" Tahu apa?" Nadien bertanya hairan.

" Radien dah lama tak balik rumah ni. Dah nak dekat sebulan Radien tinggal dengan Daddy."

" Kenapa along tak tahu pun?"

" Along nak tahu macam mana, along balik rumah ni pun sebulan sekali je." Perli Tengku Akira.

" Mummy buat apa lagi dekat Radien?" Tanya Nadien lagi tanpa menghiraukan perlian Tengku Akira itu.

Tengku Akira melepaskan keluhan.

" Mummy suruh Radien tukar course. Along pun tahu kan yang Radien tu dah nak habis belajar bidang ICT tu? Tiba-tiba mummy pulak suruh tukar, memang dia mengamuk lahh. Lepastu mummy cakap kalau Radien tak nak tukar jugak, jangan balik sini lagi. That's why dia tak balik." Cerita Tengku Akira dengan bersungguh-sungguh.

" Haihh... Mummy ni lah. Along naik dulu lah, nak pergi jumpa mummy."

" Hmm..."

🌸

" Mummy?"

" Ohh Adien. Lama dah sampai?" Terus tersenyum bibir Tengku Rosalinda saat melihat Nadien memasuki kamarnya.

" Dah nak dekat satu jam dah mummy. "

" Sorry mummy tak perasan Adien balik."

" It's okay. Adien nak tanya mummy ni. Kenapa mummy suruh Radien tukat course? Mummy tahu kan, Radien minat sangat course ICT?"

" Mummy tak suka dia ambil course tu. Mummy kalau boleh, nak dia ambil course macam Adien. Business." Kata Tengku Rosalinda. Penanda buku diambil lalu diselitkan pada buku yang dibacanya tadi.

" Mummy. Adien lain, Radien lain. Kalau dia tak minat business nak buat macam mana kan? Biar je lah dia pilih course yang dia suka." Nadien cuba memujuk lagi.

" Mummy tetap tak suka. Course ICT tu, apa lah sangat. Mummy malu tau bila kawan-kawan mummy tanya Radien belajar course apa and mummy nak kena bagitahu ICT. Sedangkan anak kawan-kawan mummy belajar course perundangan, business."

Nadien mengeluh lagi. Pelipisnya dipicit perlahan. Pening dengan perangai mummy-nya itu.

" Oh yaa, mummy lupa nak bagitahu Nadien. Sebenarnya, aunty Khalida bagitahu mummy yang Farisha nak korang bertunang bulan depan. You okay tak?"

" Bulan depan? Kenapa tiba-tiba nak ubah tarikh pula ni? Dah elok kan rancang nak tunang tahun depan? " Nadien bertanya terkejut.

" Sebab... Farisha nak kahwin dengan kamu cepat-cepat. Rancangan untuk tahun depan tu, kita cepatkan ke tahun ni. Maksudnya, bulan depan bertunang then tiga bulan lepas tu korang terus kahwin." Tengku Rosalinda melebarkan senyumannya. Bahagia rasanya kerana telah berjaya membuat perancangan sebegitu kepada anaknya.

" Apa ni mummy? Boleh tak kalau bincang dulu dengan Adien?" Nadien cuba untuk menahan amarahnya daripada terhambur.

" Kan mummy tengah bincang dengan Adien sekarang ni?" Balas Tengku Rosalinda selamba.

" Adien minta maaf. Tapi Adien tak nak. "

" Boleh tak Adien ikut je cakap mummy? Apa mummy nak bagitahu Aunty Khalida kalau Adien tak nak?" Postur badan Tengku Rosalinda sudah berubah. Daripada duduk bersandar pada belakang kerusi kini telah duduk tegak dek kerana keputusan Nadien itu.

" It's okay. Nanti Adien bagitahu Farisha sendiri. Mummy tak payah runsing macam nak fikir untuk bagitahu aunty Khalida."

" Tengku Nadien Adyan!" Keras suara itu memanggil nama penuh Nadien.

" Mummy. Adien dah besar tau. Adien bukan Radien yang mummy boleh ugut-ugut. Sedangkan Radien pun tak termakan dengan ugutan mummy, inikan pula Adien."

" How could you say that to me? To your mummy?"

" Kali ni mummy yang kena ikut cakap Adien or else, waktu hari pernikahan nanti pengantin perempuan je yang ada. " Ujar Nadien serius sebelum melangkah keluar daripada bilik Tengku Rosalinda.

🌸

" Okay nice. I lebih suka this design. Nanti apa-apa you terus discuss dengan Encik Khalid lah."

" Baik Tengku. Kalau macam tu saya keluar dulu lah Tengku."Kata Dinara ingin meminta diri.

" Eh wait. I ada nak bagitahu you something. You tunggu kejap." Kata Nadien sebelum memasuki satu lagi pintu yang bersambung dengan officenya.

Dinara mengangkat bahunya. Sekeliling pejabat Nadien diperhatikan. Dia tersentak apabila telefon Nadien yang berada di atas meja berdering. Telefon pintar itu dicapai dan nama yang tertera dibaca.

" Farisha?"

Tanpa berfikir apa-apa, panggilan itu terus diangkat olehnya.

" Hello Nadien. Kenapa you tak setuju dengan rancangan yang I dah aturkan dengan mummy you—"

Dinara tergamam tatkala telefon yang berada di telinganya dirampas oleh Nadien.

Nadien memandang Dinara dengan tajam. Talian yang masih bersambung dimatikan.

" You buat apa ni?"

" S-saya cuma angkat panggi—"

" Sofea!!! You boleh tak jangan nak masuk campur hal I? Jangan ingat you isteri I, you boleh masuk campur urusan I. Siapa bagi kebenaran untuk you angkat panggilan tu?!" Memetir suara Nadien memarahi Dinara. Mujur sahaja office Nadien itu kalis bunyi. Kalau tidak mesti mereka berdua telah menjadi tumpuan hari ini.

" S-saya mintak ma-maaf Tengku. My fault." Kata Dinara perlahan. Matanya yang terasa berhabuk dikelipkan beberapa kali.

" Itulah you. Kerja menangis, menangis, menangis! You keluar dari office I sekarang!" Nadien menghalakan jari telunjuk pada pintu office-nya.

Dinara menggemam bibirnya dan fail-fail di atas meja Nadien diambil lalu tanpa sedikitpun memandang wajah Nadien, Dinara terus melangkah laju, keluar daripada office itu.











Hmm, entahla korang💆🏻‍♀️ Jgn lupa vote!😜

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now