Bab 44

1.5K 91 3
                                    

            " Abang..." Rintih Dinara dalam tangisan perlahannya. Tangannya menggenggam erat tengan Nadien sebelum mukanya disembamkan pada tilam. Lama-kelamaan, lena mula menjemput dirinya.

Nadien membuka matanya dengan perlahan. Tangannya yang digenggam oleh Dinara dirungkaikan sebelum naik mengelus lembut kepala Dinara.

" Sayang..." Serunya lembut.

" Abang! " Dinara mengangkat wajahnya dengan terkejut sebelum memeluk erat tubuh Nadien yang sedang berbaring itu.

" Abang jahat. Abang tidur sampai dua hari, langsung tak fikirkan Ara yang tengah risaukan abang ni." Ujarnya perlahan.

" I'm sorry. Abang mintak maaf."

" Tak apa. Janji abang dah sedar. Abang nak air?" Tanya Dinara lembut.

" Ara..."

Dinara yang baru sahaja hendak menggapai jug berisi air kosong itu terus terhenti gerakannya. Dia memandang Nadien.

" Abang panggil apa tadi?"

" Abang panggil Ara." Nadien tersenyum.

Mata Dinara sudah terasa panas. Pandangannya terasa sedikit kabur dek kerana terhalang oleh air mata yang bertakung.

" Ab-abang dah ingat?"

Nadien mengangguk. Dia tersenyum sebelum mendepakan tangannya untuk memeluk Dinara.

" Abang mintak maaf. Sebab tak ingat Ara. Abang mintak maaf sebab tinggalkan Ara, sorang-sorang besarkan anak kita. I'm really sorry."

" It's okay. Abang dah ingat Ara ni pun, dah cukup untuk Ara. Ara sayang abang!" Dinara semakin mengeratkan pelukan mereka. Air matanya dengan perlahan menitis ke dada Nadien.

" Abang pun sayangkan Ara."

Abang dah ingat Ara...

🌸

" Buat apa Nadien bawak perempuan tu datang sini?!" Tengku Rosalinda melenting marah. Panas sungguh hatinya apabila Nadien datang melawatnya bersama Dinara.

" Mummy!! Perempuan yang mummy cakap ni isteri Nadien. "

" I don't care! Yang mummy tahu sekarang, mummy nak Nadien berpisah dengan dia. Mummy tak suka perempuan ni jadi menantu mummy!"

" Mummy!!"

Serentak dengan itu, pintu ward dibuka. Terpampang kelibat Tengku Khairil dan Tengku Radien di muka pintu.

" Apa bising-bising ni, Nadien?" Soal Tengku Khairil serius.

" Awak bawak keluar perempuan ni sekarang! Saya tak nak tengok muka dia. " Tempik Tengku Rosalinda kepada Tengku Khairil.

Tengku Khairil menghela nafas dengan kasar. Dipandang tajam bekas isterinya itu.

" Sampai bila awak nak macam ni hah?! Anak-anak dah besar tahu tak? Diorang berhak untuk buat keputusan diorang sendiri!"

" No! Semua hal berkaitan diorang, semua saya yang tentukan. Awak jangan cuba-cuba nak halang saya."

" Mummy. Nadien bukan nak melawan mummy. Tapi Nadien mintak maaf. Nadien tak akan ikut lagi cakap mummy. Nadien dah ada tanggungjawab Nadien sendiri. Nadien harap mummy faham." Suara Nadien sudah berubah tegang. Tangannya pantas menepis bantal-bantal yang dibaling oleh Tengku Rosalinda.

" How dare you, Nadien!! Mummy tetap tak izinkan. Nadien cerai dengan perempuan tu sekarang jugak! "

Nadien menggeleng kepalanya perlahan. Pening dengan sikap Tengku Rosalinda yang semakin menjadi-jadi itu. Tangan Dinara ditarik menuju ke arah Tengku Kharil.

" Daddy, Adien dengan Sofea balik dulu. Aira dah lama sangat tinggal dekat rumah pengasuh."

" Yelah. Pasal mummy kamu tu, jangan difikirkan sangat. Biarkan je dia."

Nadien mengangguk. Tangannya dihulur untuk bersalaman dengan Tengku Kharil dan diikuti dengan Dinara.

" Jangan ambil hati dengan apa yang mummy cakap eh?" Ujar Tengku Khairil kepada Dinara.

Dinara tersenyum memandang bapa mertuanya itu. Kepala diangguk perlahan sebelum mengikuti Nadien keluar daripada ward itu. Tengku Rosalinda yang sedang menggila itu langsung tidak dihiraukan oleh mereka.

🌸

Kirana menghempaskan beg sandangnya sebelum berbaring di atas katil. Telefon pintar yang berbunyi nyaring diangkat dengan perasaan malas.

" Hello ibu. Ada apa ni?" Soalnya sedikit malas. Mulut yang terbuka luas kerana menguap ditutup.

" Kira dah makan?"

" Dah..."

" Ibu telefon Kira ni sebab ibu nak bagitahu yang ibu nak keluar daripada rumah ni." Beritahu Puan Kirana.

Kirana yang mendengar kata-kata Puan Kartini itu terus terbangun daripada berbaring.

" Ibu cakap apa ni?!"

" Ibu dah tak sanggup. Ibu rasa serba salah sangat dekat Sofea."

Kirana berdecit kuat.

" Ibu duduk je lah situ. Sofea tu bukannya halau ibu pun. Kalau ibu keluar, ibu nak pergi duduk dekat mana?"

" Ibu ingat ibu nak balik duduk dekat kampung lama kita."

" Tak payah. Ibu duduk je dekat rumah tu. "

" Ta-tapi Kira—"

" Ibu boleh tak dengar cakap Kira? " Soal Kirana dengan tidak puas hati.

" Kalau macam tu tak apa lah. Ibu letak dulu. Assalamualaikum." Puan Kirana terus meletakkan talian.

Kirana merengus kasar. Dia berjalan ke arah meja soleknya dan sekeping kertas iaitu cek yang diberi oleh Tengku Rosalinda diambil. Direnung lama cek itu sebelum cek itu direnyuk olehnya.

" Tak guna kau, orang tua! Kau bagi aku cek palsu. Disebabkan kau, abah mati. Kau... dah perbodohkan aku, kau tunggu balasan dari aku nanti." Kirana berkata perlahan. Kedua belah tangannya digenggam dengan kuat.

Matanya merenung beberapa keping gambar Tengku Rosalinda dengan penuh rasa benci. Kau tunggu orang tua!!

🌸










Ha ha ha hambar kan? Hmm, saya pun tk tahu kenapa saya semakin malas nk update. Huhuhu😩

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now