Bab 17

1.3K 84 1
                                    


" Okay, dah sampai." Ujar Nadien tatkala kereta yang dipandunya sudah sampai di tempat kerja Dinara.

" Thank you abang sebab hantar Ara. "

" Don't thanks to me. Memang tanggungjawab abang kan?" Ujar Nadien sambil membuka seatbeltnya. Dia kemudiannya bergerak merapati Dinara.

" Abang nak buat apa ni?" Dinara semakin merapatkan badannya pada seat kereta apabila Nadien semakin merapatinya.

Klakk!!

Kedengaran bunyi seatbelt dibuka. Nadien memandang Dinara lama dan seketika kemudian, dia mula tersenyum nakal.

" Sayang fikir abang nak buat apa?"

" Err... Hehe." Kepala yang tidak gatal itu digaru perlahan. Dia tersengih kekok apabila mengenangkan fikiran kotornya itu. Tangannya cepat-cepat dihulurkan kepada Nadien.

" Nak salam."

" Hah, nak lari laa tu. Nakal eh sekarang, fikir benda yang bukan-bukan." Sakat Nadien lagi namun huluran tangan Dinara tetap disambutnya.

" Mana ada lah! Ara tak cakap pun yang Ara tengah fikir abang nak cium Ara!" Ujarnya dengan laju sebelum menutup mulutnya dengan mata yang terbuntang luas. Macam mana boleh terlepas cakap ni?!

" Ye lah tu. Memang sayang tak terfikir macam tu pun kan?" Perli Nadien sambil tergelak kecil.

Dinara menghela nafas dengan kuat apabila mendengar perlian daripda Nadien itu.

" Dah-dah. Kang lambat pula sayang masuk kerja nanti. " Nadien mengusap perlahan kepala Dinara yang berbalut tudung itu sebelum satu kucupan kecil dihadiahkan pada dahi si isteri.

" Kerja elok-elok. Jangan naughty-naughty and jangan pandang lelaki lain walau sebelah mata pun. "

Dinara ketawa kecil apabila mendengar pesanan Nadien itu. Dan dia agak lega apabila Nadien tidak memanjangkan topik awal tadi.

" Macam mana tak nak tengok. Bos Ara kan lelaki. Nanti kang tak tengok dia, dia cakap Ara sombong pulak."

" Yelah. Tapi bos je sayang boleh tengok. Itu pun sekejap je, tak boleh lama-lama. "

" Eye-eye, husband! Bye , Ara pergi dulu." Dinara membuka pintu kereta sambil melambai-lambai kecil kepada Nadien.

" Bye, i love you."

" Love you too."

🌸

" Hello grandpa." Sapa Nadien selepas mengangkat panggilan daripada Tengku Adnan Mustafa.

" Malam ni balik rumah. Bawa isteri kamu sekali. Ada benda yang grandpa nak bincang." Beritahu Tengku Adnan Mustafa dengan serius.

Nadien mengerutkan dahinya.

" Nak bincang tentang apa tu grandpa? Macam penting je."

Kedengaran Tengku Adnan Mustafa menghela nafas berat di sebelah sana.

" Pasal mummy kamu." Balas Tengku Adnan Mustafa pendek.

" Pasal mummy? Yelah kalau macam tu. Malam ni Adien balik." Putusnya. Lagipun sejak mereka pulang ke Korea selepas bernikah, mereka masih lagi tidak pergi melawat Tengku Adnan Mustafa yang tinggal di rumah besar itu.

" Balik. Jangan tak balik pulak. Grandpa hang up dulu. Ada kerja sikit nak buat."

" Okay grandpa. Assalamualaikum."

" Waalaikumsalam." Tutt... Panggilan dimatikan.

Nadien semakin mengerutkan dahinya. Apa lagi yang tak kena dengan mummy ni. Tak lain tak bukan, mesti berita tentang perkahwinannya sudah sampai ke telinga mummy-nya itu.

Tanpa sedar, satu keluhan terlepas daripada bibir Nadien. Satu bala dah datang!

🌸

" Grandpa apa khabar? Sihat?" Tanya Dinara kepada Tengku Adnan Mustafa.

" Alhamdulillah, sihat. Sofea pergi lah naik bilik dulu, berehat. Lepas isyak nanti baru turun. Kita makan sekali nanti." Ujar Tengku Adnan Mustafa.

" Sayang naik dulu eh. Abang ada benda nak cakap dengan grandpa kejap." Tangannya yang sedari tadi menggenggam tangan Dinara itu dilepaskan.

Dinara mengangguk. Senyuman kecil dihadiahkan buat Tengku Adnan Mustafa sebelum melangkah naik untuk ke bilik Nadien yang berada di tingkat dua.

" Kenapa dengan mummy, grandpa? Ada apa yang tak kena lagi? " Soal Nadien sesudah kelibat Dinara hilang di sebalik tangga.

" Kita cakap dalam office grandpa. Cakap dekat sini tak berapa nak sesuai." Tengku Adnan Mustafa menepuk bahu Nadien dan mereka berdua mula bergerak memasuki office milik Tengku Adnan Mustafa.











Pendek kan untuk chapter malam ni? 😞Maklumlah, saya kekurangan idea hehehe. Walaupun saya kekurangn idea, saya ttp akan kerahkan otak ni untk bg muncul juga idea. Maklum lah, saya kena habiskan story ni cepat ii sebab saya nak edit story Misi Memikat Miss CEO pulak. Jalan cerita dia serabut teruk🙂. Entah apa laa yg saya tulis dlm story tu😂 Saya nak edit bg jalan cerita story tu smooth, tk memeningkan kepala reader ii sekalian. So, doa lah byk ii supaya saya ada idea untuk hbiskan Oppa, I'm in love! ni😝 Eh, panjg pulak saya membebel kt sini.

Btw, happy reading and jgn lupa vote dan share story ni tau!😆 Bye, jumpa esok pulak🥰

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now