Bab 37

1.1K 94 2
                                    

            " So maknanya kau dah lama kenal lah dengan Tengku?" Alissa bertanya ingin tahu.

" Ha'ah."

" Tapi kenapa waktu first day kerja korang macam tak kenal je?"

" Ohh erm... Tu sebab kitorang takut orang tahu pasal hubungan kitorang." Dinara tersengih.

" Tu... Tengku tak takut ke orang tahu pasal hubungan korang? Main dengan Aira macam semua orang dah tahu hubungan korang." Alissa memuncungkan bibirnya pada Nadien yang sedang bermain dengan Aira di gigi pantai.

Dinara mengangkat bahunya. Dia pun tidak tahu apa yang sedang dirancang oleh Nadien. Matanya memandang lama dua orang kesayangannya itu.

" Eh, kejap eh. Daddy aku call." Kata Alissa apabila telefon pintarnya berdering minta diangkat.

" Ouhh okay. Jangan pergi jauh-jauh." Sempat dia memesan kepada Alissa.

Alissa mengangguk kepalanya dan mula berlari-lari anak ke suatu arah. Bukan tak nak cakap dengan daddy-nya di depan Dinara, tapi dia sengaja hendak pergi jauh kerana dia yakin sekejap lagi pasti Nadien akan memanggil Dinara untuk menyertai mereka bermain di air pantai.

🌸

" Sofea! Come join us." Nadien menjerit sedikit memanggil Dinara apabila kelibat Alissa sudah tidak kelihatan.

Dinara menggeleng perlahan tanda tidak ingin menyertai mereka berdua.

Nadien mengeluh perlahan. Tubuh Aira didukung dan dia mula berjalan ke arah Dinara.

" Jom lah. Aira nak main dengan you sekali."

" Tak nak lah. Nanti basah baju Ara."

" Tak apa. Hotel kita dekat depan tu je."

" N-nanti kalau orang nampak macam mana?" Dinara menggigit bibirnya perlahan. Sebenarnya, itu yang paling dia takuti. Dia takut kalau ada staf-staf Nadien ternampak mereka.

" Don't worry. Waktu macam ni diorang tak turun pantai lagi. "

" Mama. Antai..." Perbualan mereka disampuk oleh suara kecil milik Aira. Jari telunjuk kecil itu menunjuk-nunjuk ke arah pantai.

" Sayang... Aira ajak tu." Pujuk Nadien lagi.

" Ab-abang panggil Ara apa?"

" Sayang? Kenapa? You tak suka?"

Dinara tidak menjawab pertanyaan Nadien. Dia merenung Nadien dengan mata yang sudah berkolam.

" Nangis pulak dia... Dah, kita mula pelan-pelan ya? I'll try untuk jadikan hubungan kita macam dulu balik. Don't cry, okay?" Nadien mengelap lembut air mata Dinara.

Dinara mengangguk. Tangan Nadien di pipinya disentuh perlahan.

" Jom kita pergi situ. Aira dah tak sabar-sabar nak main air tu. Come!" Nadien menarik tangan Dinara dan mereka bertiga mula menuju ke gigi pantai.

🌸

" Auchh!"

" Eh sorry cik. Saya tak sengaja. " Ujar Nadien apabila dia terlanggar seorang gadis.

" It's okay. You ni... Nadien kan?" Tanya Kirana dengan senyuman yang terlata di bibir.

" I kenal you ke?" Berkerut-kerut dahi Nadien cuba untuk mengingati figura perempuan di hadapannya itu.

" Eh mestilah kenal. Erm... Ni siapa?" Soal Kirana lagi tetapi kali ini dia merujuk kepada anak kecil yang berada di dalam dukungan Nadien.

" Ouhh ni anak I. Kalau tak ada apa-apa I pergi dulu lah."

" Eh kejap lah. You tak nak tahu I ni siapa ke?" Rambut panjangnya di pintal-pintal.

" I tak nak tahu dan I tak nak ambil tahu. "

Kirana mengertap giginya geram. Tanpa memberitahu Nadien, Kirana terus merebut Aira yang berada di dalam dukungan Nadien.

" Hei! Bagi balik anak aku!" Mencerlung mata Nadien memandang Kirana. Aira cuba diambil kembali namun Kirana mengelak.

" Hai, Aira... From now on, you can call me aunty Kira. " Ujarnya kepada Aira.

Nadien merengus kasar apabila Aira mula merengek dan kemudiannya menangis teresak-esak. Tangan kecil itu tergapai-gapai untuk pergi kepada Nadien.

" Abang? Aira? Kenapa ni?" Tanya Dinara yang  baru datang bersama sebotol susu untuk anaknya. Gadis yang berada dihadapannya dipandang sebelum riak wajahnya bertukar terkejut.

" Kau buat apa dekat sini?"

" Sayang kenal dia?"

Dinara memandang Nadien lalu menganggukkan kepalanya.

" Dia kakak tiri Ara."

" Tch!! Sombong betul suami kau ni Ara. Sama je macam anak kau ni." Kirana menjeling sedikit Aira yang sudah diam itu.

" Selalunya Aira jarang buat perangai. Mungkin sebab dia tak suka kau kot." Ujar Dinara selamba.

" Eh mulut kau!"

" Abang, jomlah kita duduk sana. Ara nak susukan Aira. "

" Okay, jom." Dan mereka bertiga berlalu pergi meninggalkan Kirana seorang di situ.

Kirana menghentak kakinya. Dia merengus geram apabila pasir pantai masuk ke dalam kasut sarungnya. Ishh... Tak guna punya pasir!

🌸

" Anak siapa ni, bro? Dari semalam lagi aku nampak kau dengan budak ni." Tanya Tengku Kamarul iaitu salah seorang sepupunya yang bekerja di Paradise Lake Hotel.

" Kejap lagi kau akan tahu. "

Kamarul mengangkat bahunya tanda malas untuk mengambil tahu. Dia kemudiannya meneruskam suapan tanpa menghiraukan sekeliling.

Nadien memandang Dinara yang duduk di meja yang agak jauh dari mejanya. Memandangkan tempatnya dikhaskan di meja bersama dengan pagawai-pegawai tinggi yang lain, maka dia harus berpisah meja dengan Dinara. Aira pulak langsung tidak mahu berenggang dengannya.

" So, sebelum kita akhiri majlis makan malam ni, saya mempersilakan Tengku Nadien Adyan, CEO of Paradise Lake Hotel untuk memberi sedikit ucapan. Dipersilakan. " Kata-kata emcee yang mengetuai majlis makan malam itu disambut dengan tepukan yang gemuruh.

Nadien menghembus nafasnya perlahan sebelum melangkah naik ke atas pentas. Wajah-wajah hairan pekerjanya yang melihat dia naik bersama seorang kanak-kanak perempuan dipandang olehnya.

" Hai and Assalamualaikum. I'm Tengku Nadien Adyan, Chief Executive Officer of Paradise Lake Hotel. So, I'm here to thanks to all of you sebab sudi berkhidmat dengan this Hotel. And this event is one of my present for of all you. I hope you guys enjoy for this year family day."

" Ohh ya! I know, you guys mesti tertanya-tanya siapa budak dalam dukungan saya ni kan?"

Wajah Dinara sudah pucat lesi apabila mendengar pertanyaan Nadien. Dirinya sendiri tidak tahu bahawa Nadien perlu naik memberi ucapan malam ini. Kalau dia tahu, dia tak akan bagi Nadien membawa Aira.

" I actually have something to tell you guys. This child... is my my daughter." Nadien berhenti bercakap apabila staf-staf nya mula berbisik sesama mereka.

" Saya sebenarnya sudah berkahwin dan perkahwinan saya sudah mencecah ke tahun ketiga. "

" Tengku. May I know who is your wife?" Soal emcee yang tadinya terdiam sepi.

" Dia ada dekat sini dan dia juga bekerja di Paradise Lake Hotel... Dinara Sofea, can you come to me and our daughter?"










Cukupkan readers sampai 5k to unlock next chapter😬

Eh takde lah. Gurau jee😆 tunggu je lah esok, kalau saya rajin, saya update dua bab sekali gus. P/S: KALAU SAYA RAJIN LAH YERR... 🤪

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now