Bab 41

1.4K 94 2
                                    

Nadien memeluk bahu Dinara perlahan. Tubuh lemah itu diangkat supaya berdiri.

" Sayang... Kita balik ya? Dah lewat ni, kesian Aira dekat rumah cari kita nanti." Ujar Nadien perlahan.

Dinara menggeleng perlahan. Matanya tetap terhala ke arah tanah kubur milik Encik Asyraf yang masih merah.

Nadien mengeluh perlahan. Dia merenung Dinara sebelum air mata di pipi itu dikesat lembut.

" Kita balik okay? Tak baik meratap. Tak tenang arwah abah nanti kalau tengok you macam ni." Pujuknya lagi meskipun dia juga berasa terkilan kerana tidak sempat mengenali bapa mertuanya itu dengan lebih dalam.

Dinara mengangguk lemah. Kain baju kurung diangkat sedikit bagi mengelakkan daripada terkena tanah merah. Mereka berdua mula berjalan keluar daripada tanah perkuburan itu.

🌸

" Kenapa kamu buat macam ni, Kira?! Kamu tak kesiankan abah dan adik kamu ke?!" Memetir suara Puan Kartini memarahi Kirana.

Dinara dan Nadien yang baru sahaja tiba di rumah itu berasa agak pelik dengan suara Puan Kartini yang kuat itu. Mereka berpandangan sebentar sebelum memasuki rumah.

" Ibu? Kenapa ni?" Soal Dinara hairan. Suaranya kedengaran serak dek kerana menangis terlalu lama.

Puan Kartini dan Kirana tergamam apabila melihat Nadien dan Dinara yang sudah memasuki rumah.

" T-tak ada apalah, Sofea. I-ibu cuma nasihatkan Kirana ni sikit." Puan Kartini menjawab gugup.

Kirana memandang Puan Kartini dengan tidak percaya. Dia tidak menyangka yang Puan Kartini akan menyebelahinya. Dia menundukkan pandangan, enggan memandang wajah Nadien dan Dinara.

" Ouhh... Kalau macam tu, Sofea masuk bilik dulu lah."

" Y-ya. Aira ibu dah tidurkan tadi."

Dinara tersenyum. Dia mengangguk perlahan sebelum berjalan ke arah biliknya dan diikuti oleh Nadien dari belakang.

🌸

" Ibu masak apa pagi ni?" Tanya Kirana apabila memasuki dapur.

Puan Kartini memandang Kirana dengan tajam sebelum menyambung kembali kerjanya.

" Jangan tanya banyak. Pergi bancuh air." Arah Puan Kartini pendek.

" Ishh!! Ibu—" Bentakan Kirana terhenti apabila dipotong oleh Puan Kirana.

" Kamu masih nak melawan cakap ibu ke Kira? Lepas apa yang ibu dah buat untuk kamu? "

Kirana mengeluh kasar.

" Kenapa ibu buat macam tu? Kenapa ibu rahsiakan perkara ni daripada Sofea?"

" Sebab kamu anak ibu! Ibu tak nak keluarga kita hancur hanya disebabkan gambar-gambar kamu dengan Nadien yang dah menjadi penyebab kematian abah kamu."

Kirana terdiam apabila mendengar penjelasan Puan Kartini itu.

" Ibu janji tak akan bagitahu Sofea pasal benda ni?"

" Ibu janji." Puan Kartini memeluk erat Kirana. Rambut anaknya itu diusap perlahan.

" Kalau ibu tak nak bagitahu, biar Shah yang bagitahu!" Shahrul yang baru memasuki dapur memandang tajam ibu dan kakaknya itu.

" Shah... Ibu merayu, jangan bagitahu kak Fea. Ibu tak nak keluarga kita hancur." Puan Kartini memandang anak lelakinya dengan pandangan yang penuh berharap.

" Keluarga kita memang dah hancur pun ibu. Apa gunanya keluarga ni kalau kita rahsiakan perkara ni daripada kak Fea?! Ibu tak kesiankan kak Fea ke?"

Puan Kartini sudah mengalirkan air mata. Teresak-esak dia menangis. Dia sayangkan Kirana dan Sofea. Tapi dia terpaksa pilih di antara mereka berdua dan dia telah memilih anak kandungnya.

Sofea keluar perlahan-lahan dari sebalik dinding. Dia memandang sayu Puan Kartini.

" Sampai hati ibu buat Sofea macam ni kan? Apa salah Sofea dekat ibu selama ni?"

" S-sofea... I-ibu—"

" Sudahla ibu. Fea dah dengar semuanya ibu. Ibu dah tak perlu jelaskan apa pun lagi. Gambar yang ibu cakapkan tu pun Sofea dah tengok. Sofea tak sangka yang ibu sanggup buat Sofea macam ni."

" Sofea ambil mana g-gambar tu?"

" Shah yang bagi dekat kak Fea. " Beritahu Shahrul dingin.

" Shah?! Kenapa kau bagi gambar tu dekat Sofea?!" Terpekik suara Kirana.

" Kirana sudahla! Aku tak tahu apa motif kau dekat dengan suami aku. Yang aku tahu, mulai hari ni, aku tak nak tengok muka kau dalam rumah ni. Kau boleh pergi dari rumah ni."

" S-sofea! Jangan macam ni, nak. Kesiankan lah dekat Kira."

" Ibu yang tak kesiankan Fea. Dan ibu pun boleh keluar dari rumah ni kalau ibu nak." Ujarnya tanpa nada. Air mata dikesat perlahan sebelum mengajak Nadien untuk pulang ke Kuala Lumpur. Cukuplah setakat itu sahaja dia memandang wajah-wajah itu.










Sorry pendek😞 To unluck next chapter, i need 20 TV vote from you guys. Selagi tk cukup, saya tk kan update😝 lagipun cerita ni dh nk tamat🥰

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now