Bab 38

1.2K 85 0
                                    

           " Dia ada dekat sini dan dia juga bekerja di Paradise Lake Hotel... Dinara Sofea, can you come to me and our daughter? "

Dinara menundukkan pandangan apabila hampir kesemua orang di dalam ballroom itu memandang ke arahnya.

Alissa mencuit perlahan bahu Dinara.

" Pergilah naik. Tengku dah panggil kau tu." Suruh Alissa sambil menjuihkan bibirnya ke atas pentas.

" Aku tak nak lah."

" Kau nak malukan suami kau sendiri, Sofea? Apa kata orang nanti kalau kau tak pergi dekat Tengku? Dah, pergi-pergi." Bahu Dinara ditolak perlahan.

Mahu tak mahu, Dinara terpaksa juga menggagahkan kakinya untuk melangkah naik ke atas pentas. Wajahnya dirasakan cukup panas ketika ini kerana sedang menahan malu.

" Ouh... Pandai Tengku dengan isteri Tengku simpan rahsia. Apapun, tahniah dengan perkahwinan Tengku. " Ujar emcee yang sedang bertugas.

Nadien senyum sahaja. Sebelah tangannya mendukung Aira dan sebelah lagi menggenggam tangan Dinara. Dia mendekatkan mulutnya pada microfon.

" I hope you guys boleh terima kenyataan ini. That's all for tonight. Please enjoy your dinner."

🌸

" Kenapa abang tak bagitahu Ara dulu pasal ni?"

" Sorry. I terlupa." Jawab Nadien selamba.

Dinara menghela nafasnya dengan kasar. Pandangannya dialihkan kepada Aira yang sedang tidur pulas di dalam baby crib. Wajah Nadien langsung tidak dipandang olehnya.

" You tak suka I bagitahu orang tentang hubungan kita?"

" Bukan tak suka. Cuma... Semua ni terlalu mengejut. Abang sepatutnya bagitahu Ara dulu." Dinara bermain-main dengan jarinya.

" Okay-okay. I mengaku itu salah I. "

" Janji tak buat lagi macam tu?" Dinara merenung dalam anak mata Nadien.

" I janji."

" Janji tak akan tinggalkan Ara lagi lepas ni?"

" I janji, I tak akan tinggalkan you." Nadien tersenyum melihat keletah isterinya itu.

Dinara tersenyum bahagia. Kekura tangan Nadien dicium perlahan sebelum diusap lembut.

Nadien menarik perlahan tubuh Dinara ke dalam pelukannya. Ubun-ubun isterinya itu dikucup berkali-kali.

" I promise you, walau apa pun yang akan terjadi, I tak akan tinggalkan you lagi. I tetap akan pilih you dan anak-anak kita, sampai bila-bila..." Ucap Nadien romantis.

Dinara melepaskan pelukan. Wajah Nadien dipandang hairan.

" Anak-anak?"

" Yelah. Anak-anak. Tak kan lah anak kita Aira seorang je kan? Kenapa? You tak nak ada anak dah dengan I?" Nadien mengangkat keningnya sedikit.

" Eh tak! Bukan macam tu maksud Ara." Dinara sudah gelabah.

" Habistu?"

" Err... " Dinara menggaru kepalanya perlahan.

" Should we make it tonight?"

" Make what?"

" Our second baby? " Kata Nadien dengan senyuman nakal terhias di bibirnya.

🌸

" Sofea! Sofea! "

Dinara berpaling tatkala namanya dipanggil.

Kirana memegang bahu Dinara dengan kejap. Nafasnya turun naik dek kerana mengejar langkah Dinara.

" Kau... nak pergi mana ni?" Tanya Kirana.

" Aku dengan Nadien nak bawak Aira jalan-jalan. Kenapa?" Dinara mengerutkan dahi memandang Kirana.

" Ouh... Aku nak ikut, boleh?"

" Buat apa pulak kau nak ikut. Tak payah lah. Kau nak pergi, kau pergi sendiri." Kata Dinara dan berlalu meninggalkan Kirana. Dia menghampiri Nadien yang sedang bersandar di kereta menunggu ketibaannya dengan Aira.

" Kenapa tu?" Tanya Nadien merujuk kepada Kirana.

" Entahla dia. Tiba-tiba je nak ikut kita sekali."

" Ouh... Dah la, jom kita pergi." Nadien membukakan pintu kereta buat Dinara.

Ketika Nadien hendak menggerakkan kereta, pintu kereta di bahagian belakang tiba-tiba sahaja dibuka lalu terjengul wajah Kirana.

" Kakak you ikut sekali ke, sayang?" Nadien memandang Dinara dengan hairan.

" Mana ada." Dinara menoleh ke belakang untuk melihat Kirana.

" Kau buat apa ni, Kira?"

" Aku bosan. Jadi, aku nak ikut kau pergi jalan-jalan."

" Tak boleh! Kalau kau bosan, kenapa kau datang sini? Baik kau balik kerja."

" Eh suka hati aku lah kalau aku nak datang bercuti sekalipun. Bukan ada kena mengena dengan kau pun." Becok mulut Kirana menjawab.

" Tak ada kena mengena kau cakap? Habis—"

" Ssayang. Dah, biarlah dia. Janji dia tak kacau kita okay? I tak suka you gaduh-gaduh macam ni." Ujar Nadien lembut.

" Fine!" Dinara menjeling tajam Kirana sebelum membetulkan duduknya.

🌸








Tak ada double update harini. Hehe, sebb saya ada byk homework nak kena siapkan dan cikgu nk tgok esok huaaa😭 Btw, harap korang suka this chapter and jgn lupa vote!😘

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now