Bab 15

1.3K 100 4
                                    

Nadien mencuci gelas yang baru digunakan olehnya lalu ditiarapkan di dalam bakul di tepi singki. Apabila dia berpusing ke belakang, dia dikejutkan dengan kelibat Kirana yang sedang berpeluk tubuh.

Tangannya di lap perlahan. Kirana yang berada di hadapannya itu dibuat-buat tidak nampak.

" Macam mana you boleh kahwin dengan Sofea?" Tanya Kirana tiba-tiba.

Nadien mengerutkan dahinya. Pelik bila kakak tiri Dinara itu bertanyakan soalan yang pelik-pelik.

" Jabat tangan dengan tok kadi, lafaz akad nikah and kitorang officially kahwin." Balas Nadien bersahaja.

" Tch... I tak sangka yang you ni pandai bergurau." Kirana ketawa kecil. Hujung rambutnya di pintal-pintal sambil merenung Nadien dengan penuh rasa minat.

" No. I'm not making a joke right now." Kata Nadien tanpa senyuman.

Muka Kirana berubah serta merta apabila mendengar balasan daripada Nadien. Dia berdehem untuk menghilangkan rasa malunya.

Nadien berjalan untuk melangkah keluar daripada ruangan dapur itu. Malas nak melayan perangai gedik Kirana. Lagipun dia risau kalau Dinara mencarinya nanti jika dia tiada di bilik mereka.

" You tahu tak yang Sofea tu bukan perempuan baik-baik?" Ujar Kirana lagi. Dia tersenyum senget apabila melihat Nadien yang seperti tertarik denngan soalannya itu.

" Apa maksud kau?" Nadien mengertap giginya rapat.

Kirana ketawa kecil. Dia mula berjalan menghampiri Nadien.

"Nadien... Nadien... Nampaknya you memang dah kena tipu dengan Sofea. Kalau you nak tahu, Sofea tu selalu tukar-tukar boyfriend. And... I tak tahu lah sama ada dia tu masih dara ataupun tak." Kirana memperlahankan suaranya. Konon-konon tidak mahu orang lain mendengar percakapannya itu.

Nadien menggepal penumbuknya kuat. Kirana yang sedang bersandar di peti sejuk itu dipandang dengan tajam.

" Kau jangan nak fitnah isteri aku. Aku kenal siapa Sofea. Aku tahu dia bukan perempuan macam tu. Tapi kalau kau..." Nadien tergelak sinis sebelum menyanbung bicaranya.

" ...mungkin aku percaya. Dengan pakaian kau yang dah macam perempuan lorong ni. Please, tengok diri kau tu dulu sebelum kau nak buruk-burukkan orang lain. " Dia menjeling Kirana yang sudah terpaku itu sebelum melangkah menuju ke bilik Dinara.

Kirana mengertap giginya kuat sambil matanya menyorot mengikuti langkah kaki Nadien.

" Tak guna! Laki bini sama je perangai. Dua-dua menyakitkan hati aku." Gerutunya perlahan. Niatnya untuk memburukkan Sofea tidak menjadi malah dia pulak yang diburukkan oleh Nadien.

🌼

" Awak pergi mana lama sangat?" Soal Dinara sebaik sahaja Nadien memasuki bilik mereka.

" Keluar minum air kejap tadi. Lepas tu terserempak dengan kakak kau." Nadien melabuhkan duduk di tepi Dinara.

" Kirana?" Dianara menyoal hairan. Setahunya, Kirana tidak berada di rumah ketika dia masuk ke bilik tadi. Hmm, mungkin baru balik kot.

" Ha'ah. Kakak kau memang perangai macam tu eh?" Tanya Nadien tanpa selindung.

Dinara menghela nafasnya berat.

" Abaikan ja eh apa yang dia cakap. Perangai dia memang macam tu."

Nadien diam tidak membalas. Matanya tunak merenung lengan Dinara yang terdedah itu. Tidak dinafikan, hanya dengan memandang lengan itu sahaja sudah mampu menggetarkan imannya, apatah lagi kalau di hahagian lain.

Perlahan-lahan, tangannya naik mengusap lengan putih melepak itu.

" A-awak nak b-buat apa ni?" Tanya Dinara tergagap-gagap. Seram pula dengan perangai Nadien yang tiba-tiba saja berubah itu.

" Why? Salah ke kalau seorang suami nak buat isteri dia macam ni? Hmm?.." Nadien merenung dalam anak mata Dinara.

Perlahan-lahan, bibirnya didekatkan pada wajah Dinara sehingga menyentuh pucuk hidung gadis itu. Tangannya naik mengusap pipi gebu milik isterinya.

" Can I kiss you?" Soal Nadien dengan penuh sensual. Dengan suara yang kedengaran seperti berbisik itu, sudah membuatkan bulu roma Dinara naik mencacak.

" I'll take your silent as yes." Dan serentak itu, nafasnya terasa diragut oleh bibir milik si suami. Lama kelamaan, dia juga turut hanyut dengan belaian lembut daripada Nadien pada seluruh anggota badannya itu.









Holla guys!! First of all, nak cakap selamat hari raya aidilfitri untuk u'all semua🥰 So, saya buat keputusan untk smbung story ni setelah di hiatus selama beberapa bulan. Sebab apa saya hiatus? Saya hiatus sbb kebelakangn ni saya agk sibuk dgn class online. Now, saya dh mcm free sikit, so boleh la smbg balik story ni. Btw, happy reading and jgn lupa vote tau!!😍💙

Oppa, I'm in love! ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora