Bab 2

1.5K 94 3
                                    

Sofea duduk bersenang lenang di atas sofa yang berhadapan dengan televisyen. Hidupnya aman hanya bila Kirana tak bangun tidur lagi. Kalau dia dah bangun, memang sofa depan televisyen ni, dia yang conquer.

Terimbau kembali dia di saat Encik Asyraf memberitahu bahawa akan berkahwin dengan seorang janda anak dua.

Flashback

Telefon pintar yang dihadiahkan oleh Encik Asyraf sempena mendapat keputusan cemerlang SPM digodek-godek tanpa tujuan. Bosan!! Getus hatinya.

Masak dah siap. Kerja rumah pun dah siap. Nak kerja, abah pulak yang tak bagi. Jawapannya, mereputlah dia sorang-sorang dekat rumah ni bila Encik Asyraf pergi kerja. Dia mengeluh lagi.

" Assalamualaikum. Abah dah balik. " Ujar Encik Asyraf sebelum memasuki ke dalam rumah.

" Awal abah balik hari ni. " Dinara memandang jam di dinding. Baru pukul 1.30 p.m. Selalunya Encik Asyraf akan pulang sekitar jam 5 kerana mempunyai kelas tambahan dengan anak muridnya.

" Ha'ah. Kelas cancel harini. Budak-budak banyak yang tak datang sekolah. Rugilah kalau abah buat jugak. Nanti yang lain datang, abah nak kena ulang balik. Baik abah cancel dan buat hari yang semua orang datang sekolah." Jelas Encik Asyraf yang merupakan seorang guru matematik di sekolah menengah yang terletak di bandar.

" Hmm... "

" Abah ada nak cakap sikit ni. "

Dinara menoleh memandang Encik Asyraf yang masih berpakaian pejabat. Pelik dia bila Encik Asyraf kelihatan seperti sedang gelisah.

" Cakap apa, bah? "

" Abah... nak kahwin. "

Dinara terpempan. Dia memandang wajah Encik Asyraf dengan lama.

" Kenapa tiba-tiba? "

" Abah sunyi. Abah tahu Fea pun sunyi kan duduk dalam rumah ni sorang-sorang? "

" Sunyi memanglah sunyi. Tapi tak kan lah sampai nak kahwin, bah? "

" Sofea okay kalau abah kahwin? "

Dinara mengeluh perlahan. Hendak membantah, dia kesian akan Encik Asyraf yang sudah lama berseorangan. Akhirnya, dia mengangguk sebagai jawapan kepada soalan abahnya.

" Terima kasih, anak abah! Nanti abah bawa Fea jumpa mak cik Kartini dengan anak-anak dia eh? "

Dinara rasa hendak tercekik. A-anak-anak?

" Anak-anak? Fea ingatkan bakal isteri abah tu takde anak. "

" Adalah. Dua orang. Seorang perempuan, seorang lelaki. Yang perempuan tua 2 tahun daripada Fea. Yang lelaki muda 4 tahun daripada Fea. " Terang Encik Asyraf berkenaan bakal keluarga baru mereka itu.

" Tapi, bah. Fea tak suka dapat adik-beradik tiri. Tak boleh ke kalau abah kahwin dengan orang yang takde anak? "

" Abah nak buat macam lagi kalau MakCik Kartini tu ada anak? Barulah Fea tak sunyi sebab lepas ni dapat adik dengan kakak kan? " Pujuk Encik Asyraf dengan lembut. Hendak bercakap dengan anak manjanya ini, memang kena guna ton suara yang lembut bak sutera. Kalau tidak tak jalan!

" Yelah-yelah. Abah kahwin jelah dengan Makcik tu. Fea dah tak kisah kalau Makcik tu ada 10 orang anak sekali pun. "

End Flashback.

Dia mengeluh perlahan bila mengingatkan kisah di mana Encik Asyraf meminta izin untuk berkahwin lain. Dia memandang pintu rumah yang terbuka. Keluarlah!

🐑

Basikalnya dikayuh perlahan-lahan. Kenapa tak naik motor? Dia mana reti naik motor. Dipandang sawah dikiri dan kanannya. Sawah padi di kampungnya tidaklah sebanyak di Kedah dan Perlis.

Di berhenti tidak jauh daripada sebuah pondok yang terletak di tepi sawah. Dipandang orang yang sedang melepak di bawah pondok kayu itu. Ada beberapa orang lelaki dan ada Kirana. Dia tak terkejut Kirana ada di situ sebab memang pondok tu port teman lelaki Kirana. Yang dia pelik, Kirana bangun awal hari ini. Ingatkan tengah tidur dekat rumah lagi.

Apa-apa jelah. Basikal dikayuh dan ketika hendak melintasi pondok itu, Kirana menahannya.

" Eh jap-jap! "

" Kenapa? " Dinara bersuara malas.

" Kau nak pergi mana? "

" Mana-mana jelah. "

" Biadap eh kau! Aku tanya elok-elok kan? " Marah Kirana.

Dinara mengerling ke arah 4 orang lelaki di pondok itu. Heh! 4 orang lelaki dan seorang perempuan. Kirana ni nak mati ke apa?

" Dah la. Kalau tak ada apa-apa, aku nak balik dulu. "

" Kau jangan bagitahu ibu yang aku ada dekat sini eh. Kalau tidak nahas kau! "

" Tak takut pun! Werk! " Dia menjelirkan lidahnya kepada Kirana dan terus mengayuh basikalnya meninggalkan pondok itu.

🐑

" Sofea... Lepas makan pergi tunggu dekat ruang tamu. Abah ada nak cakap sikit. " Arah Encik Asyraf ketika di meja makan.

Dinara hanya mengangguk. Kusyuk menikmati kari udang dengan buah belimbing hasil air tangannya sendiri. Sedap. Pandai dia masak! Hehehe. Tak salah kan puji diri sendiri?

" Ada apa bah? " Soalnya kepada Encik Asyraf. Dijeling Kirana yang duduk di ruang tamu itu juga. Sibuk je nak tahu hal orang!

" Dah ada syarikat yang panggil Fea interview? "

" Takde lah, abah. Bukan rezeki lagi kot. " Hmm, mesti abah kecewa.

" Hmm, baguslah kalau macam tu. "

Eh? Dinara mengerutkan dahinya. Sepatutnya abah sedih sebab anak dia tak dapat kerja lagi. Ini macam seronok je.

" Kenapa bagus pulak, bah? " Tanya nya hairan.

" Abah nak Sofea kahwin. Lagipun abah dah terima pinangan pihak lelaki. "

" What?! Kahwin?! No, Sofea tak nak." Bantahnya. Gila!! Dia baru 23 tahun kot.

" Abah tak kira, Sofea kena kahwin jugak. Jangan nak membantah cakap abah. " Tegas suara Encik Asyraf berkata. Dia bangun lalu beredar meninggalkan Dinara seorang diri di ruang tamu.

" Tch, kahwin? Memang tak lah! " Dia merengus perlahan. Kirana yang sedang memandangnya sinis dijeling tajam.

🐑

So far, okay tak? Kalau okay, please vote and share dekat kawan ii wattpad korang. Heheheh.

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now