Bab 14

1.3K 87 3
                                    

" Sofea!!! Cantiknya kau... Jealous aku tengok kau tau tak. " Ujar Munirah, sepupu Dinara.

" Tahu. Kau memang dari dulu tak puas hati dengan kecantikan aku ni kan? " Seloroh Dinara sambil menjongketkan keningnya kepada Munirah.

" Eeii, perasan je kau ni. Eh, duduk diam-diam sikit. Kang comot lipstik kau nanti. " Arah Munirah yang sedang mencalitkan lipstick pada bibir Dinara.

Dinara menjuihkan mulutnya sedikit.

" Eh, macam mana pak long boleh lepas anak perempuan kesayangan dia ni dekat Nadien eh? "

" Mungkin abah rasa dah tiba masanya untuk aku berumah tangga."

" Tapikan, aku tengok, pak long macam suka sangat dekat Nadien tu. Ilmu apa yang bakal suami kau tu pakai eh? "

" Ilmu apa, kau kena lah tanya dia sendiri. Mana lah tahu kalau-kalau ilmu dia tu boleh jadi tips untuk kau bila kau nak jumpa mak mertua kau nanti. " Dinara tergelak kecil apabila melihat wajah Munirah yang sudah berkerut tidak puas hati memandangnya.

" Aku ni boyfriend pun tak ada, macam mana nak kahwin. Lagipun aku muda lagi. Kau je yang gatal nak kahwin awal. "

" Dah nama pun jodoh. " Balas Dinara selamba. Dia membetulkan sedikit mutiara yang senget di atas kepalanya. Dia tersenyum apabila terkenangkan bahawa dia dan Nadien bakal disatukan dalam beberapa minit sahaja lagi. Teringat akan perbualannya bersama abah pada malam selepas Nadien meminta izin untuk berkahwin dengannya.

FLASHBACK

" Fea... Memang betul-betul sukakan Nadien? " Soal Encik Asyraf yang duduk berhadapan dengan Dinara.

Perlahan-lahan Dinara menganggukkan kepalanya.

" Tapi, kenapa cepat sangat nak kahwin? Fea ada buat benda tak elok dekat belakang abah? "

Pantas Dinara mengangkat kepalanya yang sedari tadi menunduk.

" Eh mana ada abah. Fea tak pernah buat benda yang tak elok belakang abah. Cuma... Nadien dengan Ara kena balik Korea cepat, sebab kitorang dapat cuti seminggu je. "

" Hmm, kalau dah macam tu keputusan Fea, abah ikutkan ajelah. " putus Encik Asyraf.

" Betul ni abah? Abah bagi Fea kahwin? Betul ni? Abah tak tipu kan? " Soalnya Dinara bertalu-talu.

" Yelah. Fea nak abah tarik balik ke kata-kata abah tadi tu? " Usik Encik Asyraf.

" Eh tak-tak. Thank you abah! Fea sayng abah, sangat-sangat! " Dinara memeluk erat batang tubuh milik Encik Asyraf.

" Abah pun sayang anak abah ni. " ujar Encik Asyraf sambil mengelus lembut rambut Dinara.

END FLASHBACK

" Oii, makcik!! Berangan teringat cik abang lah tu. " Munirah menepuk lembut bahu Dinara.

" Mana ada lah. Pandai-pandai kau je. Tampar kang. " Dinara menjeling.

" Eh jeling pulak dia. Jom lah keluar. Mak long dah panggil tadi tu. "

" Eh bila masa ibu datang panggil? " Dinara memandang Munirah dengan wajah keliru.

Munirah menghembuskan nafasnya perlahan. Sabar je lah dengan sepupu dia yang sorang ni!

" Itulah kau, berangan sampai maklong datang pun kau tak perasan. "

" Weh, Muni. Macam mana ni, aku takut lah." Dinara mengipas-ngipas mukanya yang terasa sedikit panas menggunakan tangan.

" Relaks lah. Bukan kau yang nak berjabat tangan dengan tok kadi. " Kata Munirah dengan bersahaja.

" Memang lah!! Cakap dengan kau, macam tak ada makna. Kau bukannya faham perasaan aku pun. " Getus Dinara perlahan.

" Memanglah aku tak faham. Aku mana pernah kahwin lagi. Aduhh kau ni! Dah jom lah keluar. Istigfar banyak-banyak. Barulah tak rasa sangat gementar tu. " Nasihat Munirah sambil memimpin Dinara keluar daripada bilik pengantin.

Dinara memejamkan matanya perlahan. Istighfar di baca perlahan sebelum mengukirkan senyuman manisnya buat para tetamu yang sedang memandangnya.

🌼

Bunyi kuakan pintu memeranjatkan Dinara yang sedang duduk termenung di atas katil.

" Kusyuk termenung. Ingatkan siapa tu? " Tegur Nadien sesudah sampai di sebelah Dinara.

" M-mana ada ingatkan s-sesiapa. " Jawab Dinara sambil menahan gentar.

Nadien ketawa sedikit sambil menggeleng kepala melihat aksi gelabah Dinara.

" Tolong bukakan butang baju Melayu aku. " Arah Nadein secara tiba-tiba.

Dinara mengundur ke belakang sedikit, apabila Nadien mendekatkan jarak mereka.

" Tak nak lah. Awak ada tangan kan?"

" Tak sampai sehari kahwin, kau dah melawan aku, hmm? " Kata Nadien dengan serius.

" Yelah, saya bukakan. "

Nadien tersenyum puas apabila jari-jemari Dinara mula bergerak membuka butang leher baju Melayunya.

" Awak dah nak tidur ke? " Soal Dinara.

" Belum. Kenapa, kau nak tidur dah ke? "

" Saya nak mandi dulu. "

" Baguslah. Aku nak manja-manja dengan kau dulu. " Serentak dengan itu, Nadien mencium pipi gebu Dinara.

Mata Dinara membulat besar apabila pipi dicukup oleh Nadien..

" Hey!!! "

" Apa hey, hey? Biarlah aku nak cium kau, kau kan dah jadi isteri aku. "

" But still, awak kena minta izin saya dulu. " Bentak Dinara perlahan. Dia memandang tidak puas hati ke arah Nadien.

" Aku tahu, kau sentiasa izinkan sebab kau seorang isteri yang baik kan? " Nadien menggeselkan hidungnya pada pipi Dinara.

" Eiii, dah lah. Pergi mandi lagi bagus. " Dinara bangun daripada katil dan melangkah ke arah alamri untuk mengambil tuala mandinya. Dia menoleh memandang Nadien yang sedang berbaring sambil tersenyum lebar itu. Kaki dihentak perlahan sebelum satu rengusan kecil keluar dari bibir mungilnya

" Nak aku temankan ke tak? " Nedian bertanya nakal.

" Tak payah!! " Dan Dinara terus berlalu memasuki bilik air yang disediakan di dalam bilik itu tanpa menghiraukan pandangan Nadien terhadapnya.

Oppa, I'm in love! ✔️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora