Bab 18

1.3K 88 1
                                    

Tengku Adnan Mustafa mencicip perlahan kopi panas yang baru sahaja dihantar oleh pembantu rumahnya. Cawan diletakkan kembali dengan berhati-hati dan wajah Nadien yang berada di hadapannya itu dipandang.

Kedua-dua belah tangannya disatukan dan diletakkan di bawah dagunya. Lagaknya tidak ubah seperti ketika dia sedang memikirkan masalah yang melanda syarikatnya.

" So, how your marriage life?"

Nadien mengeluh perlahan. Bukan itu yang dia hendak dengar daripada mulut datuknya.

" Good. And what's wrong with mummy?" Soalnya tanpa berdalih lagi. Dia sudah tidak mampu menahan rasa curiga yang bersarang di dalam kepalanya itu lagi.

" Hmm, your mummy dah tahu soal perkahwinan you dengan Sofia."

Mendengarkan kata-kata Tengku Adnan Mustafa itu, Nadien berdecit kuat.

" Adien tahu yang mummy akan tahu pasal benda ni, tapi kenapa cepat sangat? " Nadien bersuara tidak puas hati. Bukan niatnya untuk mengetepikan perasaan mummy-nya itu, namun dia terpaksa menyembunyikan perkahwinan ini daripada mummy-nya bagi mengelakkan sebarang masalah timbul.

" One of my bodyguards has backstabbing us. He works with your mummy to watch over you." Tengku Adnan Mustafa memberhentikam bicaranya seketika. Dia berdehem kecil sebelum kembali memulakan perbualan.

" And unfortunately, he saw Sofea come to this house with you. "

" Lepas tu, macam mana dia boleh tahu tentang perkahwinan Adien?"

" I don't know. Mungkin dia dengar perbualan kita soal perkahwinan Adien. "

Nadien memicit perlahan pelipisnya.

" Mummy won't do anything bad, right?" Tanyanya gusar.

" Grandpa tak tahu. Perangai mummy kamu semakin menjadi-jadi sejak your daddy kahwin lain. Mummy kamu sangat taksub untuk control you and your siblings life. " Tengku Adnan Mustafa menggeleng kesal mengenangkan perangai menantu perempuannya yang satu itu.

" Adien tahu soal tu. Mummy control our life sebab dia takut kehilangan kami sama macam dia kehilangan daddy. But grandpa, this is to much!" Nadien menghentak tangannya ke atas meja.

" Dia tak sepatutnya upah orang untuk perhatikan Adien. Come on Grandpa, Adien dah besar kot. Can you talk to her about this, please..."

" I've already talk to her about this. But you know, your mummy was really stubborn. Dia tak akan dengar nasihat dan pandangan grandpa. She will stick with her decisions no matter what."

" Mummy tak akan ganggu hubungan Adien dan Sofea kan?"

" Don't worry about that. Grandpa akan cuba cakap lagi dengan your mummy. You just have to protect your wife. Jangan terlalu fikirkan tentang perkara ni, okay?"

Nadien mengangguk perlahan kepalanya. Hidupnya sudah cukup tenang apabila dia melarikan diri ke negara ini, tapi dia tak sangka yang mummy-nya sanggup pasang mata-mata untuk perhatikan gerak gerinya.

🌸

Dinara tersentak tatkala pinggangnya dipeluk daripada belakang. Dia tersenyum apabila Nadien melabuhkan kepala pada bahunya. Tangan Nadien yang berada di perutnya itu diusap-usap lembut.

" Abang..." Tegur Dinara apabila sentuhan Nadien semakin meliar. Lehernya terasa agak geli apabila terkena jambang halus milik Nadien.

" Sekejap je please... I really need some energy right know." Rayu Nadien perlahan. Bauan yang terbit daripada tubuh Dinara dihidu sedalam yang mungkin. Rangkulan tangannya pada pinggang Dinara semakin dieratkan.

Dinara terdiam apabila mendengar rayuan Nadien itu.

" Abang tak shave ke muka abang?" Soal Dinara apabila lehernya terasa semakin geli dek kerana jambang halus yang meliti di wajah Nadien itu.

" Nope. Tak sempat. Abang sibuk sikit lately ni. Why?" Nadien mengangkat wajahnya daripada leher Dinara dan merenung wajah isterinya itu daripada tepi.

" Tak ada apalah. Cuma... Leher Ara geli kena jambang abang." Dinara memperlahankan suaranya ketika di hujung ayat.

" Hmm, sayang tolong shave-kan untuk abang nanti boleh?" Pinta Nadien lembut.

" Boleh." Balas Dinara dengan senang. Tak salah pun kalau kita manjakan suami sendiri.

Mereka berdua berdiam diri selama beberapa minit. Asyik menikmati pemandangan di luar balkoni bilik itu yang berlatar belakangkan bukit bakau. Keasyikan itu terganggu tatkala Nadien mengeluarkan suaranya.

" Promise me, walau apa pun yang terjadi, jangan pernah berputus asa terhadap abang." Pinta Nadien dengan penuh berharap.

" Why so sudden?" Dinara tergelak kecil apabila mendengar permintaan Nadien.

" Please... Promise me first."

" Okay-okay. Ara janji. Ara tak akan putus asa terhadap abang. Walau apa pun yang terjadi, Ara akan terus berjuang untuk pastikan abang sentiasa akan jadi milik Ara seorang." Ujar Dinara ikhlas. Dia mengelus lembut pipi Nadien. Entah kenapa, dia menjadi tidak suka apabila menatap anak mata Nadien yang dirasakan seperti sedang gusar itu.

" Thank you. I love you so much..."

Dinara hanya tersenyum mendengar luahan suaminya itu. Dia pasti... Mood Nadien yang sekarang ini pasti ada kena mengena dengan perbualan Nadien bersama Tengku Adnan Mustafa.

" Come! Ara shave-kan jambang abang." Tangan Nadien ditarik menuju ke bilik air. Nadien hanya diam menuruti langkah isterinya itu.

' Apa pun yang terjadi, Ara akan sentiasa cintakan abang dan Ara akan pastikan yang abang hanya milik Ara dan Ara hanya milik abang. I promise that! '











Again, ignore my broken english hehehe😝 Selamat membaca dan jgn lupa vote tau. Satu lagi, rajin-rajin kanlah tgn tu untk share story ni okay😙

Btw, saya cuma nk bagitahu, tinggal beberapa bab je lagi story ni nk smpi ke conflict besar. Get ready tau

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now