Bab 21

1.1K 79 1
                                    

" Sayang... Tak nak lah merajuk macam ni. " Nadien cuba memujuk isterinya yang sedari tadi mogok tidak mahu bercakap dengannya.

" Please... Cakaplah dengan abang. Abang janji, nanti abang bawak sayang datang tengok movie tu lain eh?"

Dinara menjeling suaminya itu. Kedua belah tangan dibawa peluk ke tubuh.

" Abang ingat senang kita nak dapat cuti macam ni? Kalau Ara cuti, mesti abang ada kelas and kalau abang tak ada kelas pulak, mesti Ara kena kerja. So, cuba abang cakap, bilanya kita nak datang tengok lagi?" Hambur Dinara perlahan bagi menyuarakan rasa tidak puas hatinya.

Nadien menggaru kepalanya sedikit.

" Okay. Kalau macam tu, abang promise nanti kita tengok sama-sama dekat netflix. Please... Tak nak lah merajuk macam ni."

Dinara mengeluh kecil. Dipandang suaminya itu sebelum anggukan kecil diberikan.

Tersenyum lebar Nadien apabila melihat anggukan Dinara. Secara drastik, tangannya naik menggosok kepala Dinara tanpa menyedari bahawa dia akan merosakkan tudung si isteri.

" Abang!! Eeii, tengok ni habis rosak tudung Ara." Geramnya dia sekarang ni. Nadien tak tahu ke yang tudung ni adalah benda yang paling sensitif buat orang perempuan?

Nadien terkedu seketika. Rasanya tadi, dia menggosok kepala Dinara perlahan saja. Tapi macam mana boleh senget benget tudung Dinara dibuatnya.

" Dah lah! Ara nak pergi toilet kejap." Ujar Dinara dan terus berlalu ke tandas awam yang berdekatan.

' Nasib kau lah Nadien. Tadi dah elok-elok isteri tu terpujuk, kau buat dia merajuk balik. Padan muka kau!' Kutuknya di dalam hati.

" Hmm, I'm sorry sayang. Abang tak sengaja." Katanya perlahan sambil memandang langkah Dinara yang semakin laju menuju ke toilet itu.

🌸

" Marah lagi?" Soal Nadien ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

Dinara hanya diam membisu. Dijeling sekilas suaminya itu. Entah kenapa, mood-nya tidak berapa baik hari itu.

" Sayang... I'm sorry okay? Abang janji tak buat lagi." Nadien menggenggam tangan Dinara.

Hati Dinara tiba-tiba sahaja lembut apabila mendengar pujukan daripada Nadien itu.

" Tak lah. Ara dah tak marah."

Nadien tersenyum. Tangan Dinara yang berada di dalam genggamannya diramas lembut.

" That's my girl."

🌸

Dinara yang sedang leka membaca novel tersentak apabila mendengar bunyi nyaring yang datang daripada telefon pintar Nadien. Telefon pintar itu dipandang dan pintu bilik air yang tertutup dikerling seketika.

' Abang macam lambat lagi je nak keluar.' Omelnya perlahan. Telefon pintar Nadien dicapai dan terus diangkat tanpa melihat nama si pemanggil.

" Hello?" Sapanya.

Talian di sebelah sana sunyi sepi. Hanya kedengaran deruan nafas sahaja.

" Who is this? Ni telefon Nadien kan?" Tanya si pemanggil yang merupakan seorang wanita setelah beberapa saat berdiam diri.

" Aaaa yes. Ni memang telefon Nadien. Tapi Nadien tengah mandi sekarang and saya isteri dia. Ni siapa eh?"

Kedengaran suara wanita itu tergelak sinis.

" Nombor ibu suami kau sendiri pun kau tak tahu, eh?" Sinis wanita itu menyoalnya.

Dinara mengerutkan keningnya. Lantas, skrin telefon dipandang dan matanya terbuntang apabila melihat tulisan yang tertera.

' Mummy.'

" S-sorry mummy. S-sofea tak perasan yang call ni mummy." Ujar Dinara. Bibirnya digigit lembut tanda keresahan.

" Wait, who is your mummy huh?!"

Dinara terkedu. Dikerling lagi pintu bilik air dan bunyi shower masih lagi kedengaran.

" Yelah, mummy kan ibu mertua Sofea. " Ujarnya takut-takut.

" In your dream. Jangan pernah anggap aku sebagai ibu mertua kau. Hubungan kau dengan anak aku pun, aku tak akan restukan. Kau nak tahu kenapa? Sebab aku tak suka perempuan yang entah datang dari mana ni masuk dalam family aku."

" T-tapi mummy—" Belum sempat Dinara menyudahkan bicaranya, Tengku Rosalinda sudah memotong ayatnya.

" Don't you ever dare to call me mummy. Panggil aku Tengku." Dengan bongkak wanita itu berkata.

" B-baik T-tengku. "

" Sayang? Siapa yang call?" Tanya Nadien sebaik sahaja keluar daripada bilik air.

Dinara sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi. Telefon pintar itu diserahkan kepada Nadien. Tanpa menghiraukan pandangan hairan Nadien, tubuhnya dibawa keluar daripada bilik itu.

Nadien melihat skrin telefonnya sebelum satu carutan terbit daripada bibirnya.

" Mummy cakap apa tadi dekat Sofea?"

" Nothing much. Maybe... salam perkenalan daripada seorang ibu mertua buat menantunya?" Di akhir ayatnya, Tengku Rosalinda tergelak kecil. Seolah-olah perkara itu lucu buatnya.

Nadien mengertap giginya kuat. Dia pasti, Tengku Rosalinda telah berkata sesuatu yang tidak elok kepada Dinara.

" Mummy jangan nak berpura-pura boleh tak?"

" You know son, dalam empat orang anak I, you yang paling degil sekali. You tak pernah nak ikut cakap mummy."

" Really mummy? Lepas apa yang Adien dah buat selama ni, mummy masih anggap yang Adien tak ikut cakap mummy?"

" I'm sorry, son. But kali ni, mummy memang rasa di khianati oleh you. I've already told you yang mummy dah ada calon isteri untuk you. But look! What have you done? You kahwin dengan perempuan yang entah apa-apa asal usul dia tanpa pengetahuan mummy!"

" Sofea ada asal usul mummy. Malah, mungkin asal usul dia lebih baik dari asal usul kita mummy."

" Nadien!!! You jangan nak kurang ajar dengan mummy. " Marah Tengku Rosalinda. Naik turun nafasnya mengenangkan sikap Nadien itu.

Nadien hanya diam. Malas mahu melayan amarah mummy-nya itu.

" I'm done with you. Nanti waktu konvo Adien, kita jumpa and bincang lain tentang perkara ni." Putus Tengku Rosalinda dan terus mematikan talian.

Nadien menghela nafasnya lemah. Memikirkan Dinara yang berada di luar bilik mereka itu, lantas baju dan seluar disarung ke tubuh. Ruang tamu dituju bagi mencari tubuh Dinara.

" Sayang..." Satu helaan lega keluar dari bibirnya saat terpandangkan kelibat isterinya itu.

Dinara merenung wajah gusar suaminya itu. Satu soalan terpacul daripada mulutnya dan soalan itu telah membuatkan Nadien mati kata. Dia yakin yang Dinara hendak bertanya tentang Tengku Rosalinda.

" Abang, may I ask you something?"











Selamat membaca and jgn lupa tekan bintang kecil tu😘🥰

Oppa, I'm in love! ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora