Bab 13

1.3K 84 0
                                    

[ Media: Nadien Adyan ]

🌼

" Assalamu'alaikum. Abah, Fea dah balik ni!! " Laung Dinara sedikit kuat sebaik sahaja dia menuruni kereta.

" Ya Allah, Fea anak abah! " Encik Asyraf melulu keluar daripada pintu rumah. Tubuh kecil Dinara dipeluk seerat yang mungkin bagi melepaskan rasa rindu.

" Sofea rindu abah. Sangat-sangat! " Kata Dinara perlahan dan tangan Encik Asyraf dicapai lalu diciumnya lembut.

" Kenapa Fea buat abah macam ni? Abah mintak maaf sebab paksa Fea kahwin. Abah janji lepas ni abah tak akan paksa-paksa Fea lagi. " Setitis air mata jatuh di pipi tua lelaki itu.

Dinara mengesat perlahan air mata di pipi Encik Asyraf. Dia tersenyum hambar. Tangan Encik Asyraf dicium berkali-kali.

" Fea mintak maaf. Fea janji tak kan buat macam tu lagi. Fea sayang abah." Teresak-esak Dinara melepaskan tangisannya di bahu Encik Asyraf.

" Abah dah lama maafkan Fea. Abah pun sayang anak abah ni. "

Tangisan Dinara terhenti. Dia melihat wajah Encik Asyraf sebelum tergelak kecil.

" Ibu mana? Kita buat drama air mata sampai lupa dekat ibu. " Dia tergelak lagi sambil mengelap sisa-sisa air mata di pipinya.

" Ibu ada dekat dalam. Rasanya ibu tak tahu yang Fea dah sampai. Eh, jom kita masuk. Ibu dah masak sedap-sedap dekat dalam tu. " Ujar Encik Asyraf gembira. Namun, langkah kaki Encik Asyraf terhenti apabila melihat kelibat Nadien yang sedang mengeluarkan bagasi dari dalam bonet kereta.

" Siapa tu Sofea? Kawan Fea ke? " Tanya Encik Asyraf dengan hairan.

Dinara tersenyum. Dikerling sedikit Nadien yang sudah berada di sebelahnya itu.

" Ha'ah. Kenalkan, ni Nadien kawan Fea. Nadien, ni lah abah saya. "

Nadien mengukirkan senyuman manis kepada encik Asyraf sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Dia tersenyum kekok apabila Encik Asyraf melihatnya tanpa berkelip.

" Abah! Tak nak jemput kawan Fea masuk dalam rumah ke? " Celah Dinara apabila perasan akan muka gelisah Nadien.

" Eh ha'ah lah. Meh Nadien, jom masuk. Mak cik dah masak sedap-sedap dekat dalam tu. " Kata Encik Asyraf dengan ramah sambil menepuk mesra bahu Nadien.

" Jom masuk. " Ajak Dinara sesudah Encik Asyraf memasuki ke dalam rumah.

" Tak apa ke? Abah kau macam tak suka aku je. " Bisik Nadien di telinga Dinara.

" Mana ada lah. Abah memang macam tu. Dah lah, jom masuk. " Dinara memegang bagasinya untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

" Biar aku yang bawak. " Pantas sahaja tangan Nadien mencapai pemegang pada bagasi milik Dinara.

" Yelah. "

Nadien memandang pintu rumah Dinara yang terbuka luas. Nafas ditarik sebelum dihembus dengan kuat. Dadanya ditepuk perlahan.

" You can do it, Nadien! " Bisiknya perlahan pada diri sendiri.

🌼

" Nadien asal dari mana ni? " Soal Encik Asyraf bagi memulakan perbualan.

" Kuala Lumpur, pakcik. " Pendek sahaja jawapannya.

" Habis tu, macam mana boleh terjumpa dengan Fea dekat Korea? "

" Saya tengah sambung belajar dekat sana. Sebab tu boleh kenal dengan Sofea. "

Terangguk-angguk Encik Asyraf mendengar penjelasan daripada Nadien. Encik Asyraf membuka mulutnya lagi untuk meneruskan pertanyaan kepada Nadien.

" Um- "

" Sudah-sudah lah tu, abang oii. Nadien tu dah tak senang duduk bila abang tanya dia macam-macam. Nadien, makan ye buah rambutan ni." Pelawa Puan Kartini setelah meletakkan beberapa rangkul buah rambutan di atas meja.

" Terima kasih, mak cik. " Nadien senyum lagi.

" Jangan segan-segan Nadien. Anggap je ni macam rumah Nadien. Apa sebenarnya hubungan Nadien dengan Fea? " Tanya Puan Kartini tanpa berselindung.

Nadien menghembus nafasnya perlahan. Dia memandang dua raut wajah yang berada di hadapannya itu.

" Sebenarnya pakcik, makcik, saya datang sini ada hajat. "

🌼

Dinara menepuk-nepuk bantalnya berkali-kali.  Patung unicorn miliknya di ambil lalu dicium dan dipeluk seerat yang mungkin.

" Rindunya dekat awak, cik unicorn." Ujar Dinara perlahan. Dia memerhati ke sekeliling biliknya. Tiada sedikitpun habuk di mana-mana. Pandai Puan Kartini mengemasnya.

Krekk...

Dinara berpaling apabila bunyi pintu dibuka kedengaran. Mukanya serta merta berubah bila melihat susuk tubuh Kirana yang muncul di sebalik pintu biliknya.

" Kau nak apa? "

Kirana mengukirkan senyuman sinisnya. Dia berjalan perlahan mendekati Dinara yang sedang duduk di atas katil.

" Kau memang tak tahu malu kan? " Kata Kirana sambil berpeluk tubuh.

Dinara mengeluh. Dahinya yang tidak sakit dipicit perlahan.

" Apa yang kau nak bagitahu aku sebenarnya ni? "

" Tch, aku cuma nak bagitahu yang kau ni memang anak tak tahu malu. Kau boleh balik sini dengan muka tak bersalah lepas kau lari dengan jantan? Kau memang muka tak tahu malu kan? "

" Ouh... So, kau lah yang fitnah cakap aku lari dengan jantan? Kau fikir aku kisah ke kalau kau nak fitnah aku macam tu? " Kata Dinara selamba. Wajah kelat Kirana di pandang sekilas.

" Kalau berita kau lari dengan jantan tak buatkan kau tergugat, apa kata kalau berita kau mengandung anak luar nikah tersebar dekat kampung ni? Aku rasa kau dah tak mampu nak tunjuk muka kau dekat kampung ni. Betul tak? "

Dinara memandang Kirana dengan tajam. Nafasnya sudah turun naik menahan amarah dirinya.

" Apa masalah kau ni hah?! Boleh tak kalau sehari kau tak kacau aku? "

" Kau memang selalu bagi masalah dekat aku. Kau tahu tak, berbulan-bulan kau tak ada dekat kampung ni, memang hidup aku aman sangat. Tapi kenapa kau mesti balik? Eh, aku muak lah tengok muka kau ni! "

Dinara menggengam tangannya dengan kuat. Kalau diikutkan kata hatinya, sekarang juga penumbuk kecilnya hinggap di wajah Kirana.

" Aku dah malas nak layan manusia macam kau ni. Aku tak kisah dah kau canang apa pun pasal aku dekat orang kampung. Tapi satu je aku nak ingatkan kau, tolong fikir abah dengan ibu sebelum kau fitnah aku. Boleh? Kalau aku dapat tahu apa-apa jadi dekat abah dengan ibu disebabkan fitnah kau tu, kau siap dengan aku. Kau tahulah apa aku nak buat nanti. Mark my word!! " Ujar Dinara keras sebelum berlalu keluar daripada biliknya.

Kirana memandang pintu bilik Dinara dengan tajam.

" Tak guna! Kau fikir aku takut bila kau cakap macam tu? Huh, memang tak lah! " Kata Kirana dengan penuh angkuh. Bagasi Dinara yang berada di tepi pintu disepak bagi melepaskan rasa geramnya terhadap Dinara.










Dua minggu tk update, dan inilah hasilnya. Sorry, sy busy skit lately. Idea pulk tk nk muncul. Hehehe. Btw, happy reading and jgn lupa vote and share this story! 💋💖

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now