Bab 22

1.1K 82 0
                                    

" Abang, may I ask you something? "

Nadien menghela nafas perlahan. Dia melabuhkan duduk di sebelah Dinara dan memusingkan tubuh Dinara supaya berhadapan dengannya.

" Tell me, apa yang sayang nak tahu?" Ujar Nadien lembut. Rambut Dinara yang jatuh ke dahi diselitkan ke belakang telinga.

" A-abang tahu yang mummy abang t-tak restu hubungan kita?" Tanya Dinara dengan teragak-agak.

Perlahan-lahan, Nadien menjatuhkan kepalanya.

" Tapi kenapa abang tak pernah bagitahu dekat Ara?"

" Kalau abang bagitahu Ara, Ara rasa Ara masih nak lagi ke kahwin dengan abang?"

" Abang!! Kenapa abang cakap macam tu? Abang tahu kan yang Ara cintakan abang?" Ujar Dinara. Dia memeluk erat suaminya itu.

" Abang tahu..." Balas Nadien.

Mereka berdua berjeda sebentar. Tiada sebarang suara yang keluar dari mulut mereka. Hanya menikmati saat-saat mereka bersama.

" You now what... Sebelum ni, abang tak pernah buat tindakan sedrastik ni."

Dinara menongkat dagunya pada dada Nadien. Kepalanya terdongak sedikit untuk memandang wajah Nadien.

" Maksud abang? " Dinara memandang Nadien tidak mengerti.

" You know, married with you. Itu keputusan drastik yang pertama kali abang pernah buat. Sebelum ni, abang tak pernah ingkar cakap mummy."

Riak wajah Dinara berubah kelam.

" Abang... menyesal kahwin dengan Ara?"

" No, sayang. Bukan tu maksud abang. Keputusan abang untuk kahwin dengan sayang adalah perkara terindah yang pernah jadi dalam hidup abang. Abang tak pernah rasa happy macam ni sekali. " Dan dia sangat bersyukur, kerana Allah telah menghadirkan Dinara Sofea buat melengkapi dirinya.

" Hmm? Sebelum ni abang tak happy? Dengan family abang?"

" Sebelum umur abang 15 tahun, memang semua berjalan macam biasa. We were one happy family. Tapi, lepas je mummy lahirkan Radien, adik bongsu abang, mummy terus berubah. " Nadien mula membuka pekung di dadanya.

" Berubah?" Tanya Dinara kurang mengerti.

" Mummy dah kurang spent time dengan kami adik beradik. She always go outside with her friends. Sejak daripada tu, memang daddy yang uruskan semuanya. Hal sekolah kami, makan pakai kami. That time, family abang tak ambil pembantu rumah. Mummy langsung tak ambil tahu pasal kami. Mummy terlalu leka dengan kawan-kawan dia. Shopping, event, macam-macam lagi lah." Muka Dinara, disembamkan ke dadanya. Tidak ingin isterinya itu melihat raut wajahnya yang sudah berubah muram.

" Daddy tak cuba slow talk dengan mummy?" Suaranya agak tenggelam dek kerana wajahnya yang tersembam di dada Nadien. Dia kemudiannya menyelesakan kepalanya di dada Nadien.

" Macam-macam cara dah daddy cuba buat, sayang. Tapi mummy... tetap pilih kawan-kawan dia. Abang sebagai anak sulung, kesian dengan adik-adik abang terutamanya Radien. Dia kecil lagi masa tu, but mummy jarang-jarang susukan dia."

Dinara speechless. Tidak menyangka bahawa hidup Nadien ketika kecil sebegitu.

Nadien tersenyum saja melihat reaksi isterinya itu. Ubun-ubun Dinara dikucup sekilas sebelum menyambung bicaranya.

" And sampai lah satu hari ni, daddy bawa balik sorang perempuan. Bertudung labuh. And daddy said he want to marry that woman. Daddy cakap, kalau mummy tak nak bagi kasih sayang dia dekat kami adik-beradik, daddy akan cari ibu baru yang boleh bagi kami kasih sayang yang secukupnya. Daddy cakap, dia kesian tengok Radien yang asyik minum susu formula. Kebetulan, that woman baru lepas keguguran akibat kemalangan yang mematikan suaminya. Jadi, dia yang susukan Radien."

" Apa reaksi mummy bila dapat tahu yang daddy nak kahwin lain?" Dinara menyoal ingin tahu.

" Obviously, mummy marah. Mummy mengamuk. Sebulan mummy tak balik rumah. Isteri baru daddy yang jaga kami selama tu. Then, mummy balik. She said, she want to get divorced with daddy and want to take us with her. Tapi daddy tak nak. Daddy masih sayangkan mummy. And since then, mummy start control hidup kami. Mummy takut kami akan ikut jejak daddy yang tinggalkan dia."

" Daddy tak tinggal dengan abang dah sejak tu?"

" Yeah... Since mummy pun suruh daddy bawak isteri baru daddy keluar dari rumah tu. Sejak tu, mummy dah tak pedulikan daddy seolah-olah daddy bukan lagi suami dia."

" Macam mana hubungan abang dengan daddy and isteri baru dia sekarang?"

" Abang dengan daddy okay. Also with his new wife. Kami panggil dia ummi. Hujung minggu, daddy datang lah ambil kami adik beradik pergi tinggal dekat rumah dia kejap."

" Daddy tak ada anak dengan isteri baru dia?"

" Tak ada. Sebab rahim ummi cedera teruk waktu kemalangan dulu. Rahim ummi kena buang. Sebab tu, ummi sangat sayangkan kami adik beradik terutamanya Radien. "

Dinara merenung wajah Nadien. Cuba untuk mencari sebarang riak di wajah itu, namun hanya riak kosong yang terdapat di wajah itu. Dinara mengeratkan lagi pelukan di badan Nadien.

" Don't worry abang. Ara akan sentiasa ada dengan abang. Ara akan sentiasa bahagiakan abang." Ucap Dinara cuba untuk menceriakan Nadien.

" Really?" Nadien melebarkan senyumannya. Terpujuk sedikit hatinya apabila mendengar ucapan Dinara itu.

" Yeah... Abang cakap je abang nak Ara buat apa, Ara akan ikut."

" Kalau macam tu, abang nak anak. Boleh?"

Dinara terkedu sebentar sebelum satu senyuman terukir di bibirnya.

" Kalau itu yang boleh bahagiakan abang. Ara akan lahirkan anak abang, sebanyak mana yang abang nak."

" Umm... how about five?" Nadien menjongket keningnya nakal.

" Ohhoo!! Banyaknya."

" Of course. The more the merrier, right?"

" Err... Ha'ah, betullah tu." Dinara menggaru pipinya perlahan.

" So, how about we make our baby now?"

" N-now? Tapi Ara tak masak lagi." Alahai... menyesalnya dia bukak topik ni tadi.

" It's okay. Kita makan luar hari ni." Senang saja Nadien membalas.

" T-tapi—"

" No but, sayang. " Serentak itu, Nadien terus mencempung tubuh Dinara untuk kamar bagi melayari hari-hari indah mereka.











Ada yg belum follow saya? Kalau belum, boleh la follow. Jgn risau, kalau nk suruh saya followback, mintak je dekt message board, okay? Nnti saya followback awak😉 so, ni username saya @rosebiru12

Pstt... Jgn lupa vote and share tau😘

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now