Bab 26

1.1K 81 3
                                    

3 tahun kemudian...

Kanak-kanak perempuan yang sedang dilatih untuk berjalan oleh seorang lelaki itu dipandang. Kadang-kadang, dia tergelak kecil apabila melihat keletah kanak-kanak perempuan itu.

Bibirnya mengukirkan senyuman tatkala kanak-kanak perempuan itu datang menghampirinya.

" Sayang mama dah pandai jalan lah. Meh sini dekat mama. " Ujar Dinara lalu mengangkat tubuh kecil anaknya itu. Pipi lembut kanak-kanak itu dicium bertalu-talu.

" Sayang penat? Ollolo, mama bagi minum air ye?" Dia mengacah kanak-kanak itu sebelum botol susu yang berisi air kosong disuakan ke dalam mulut.

" Sorry susahkan awak hujung-hujung minggu macam ni." Kata Dinara kepada lelaki yang bermain dengan anaknya tadi. Senyuman tipis diberikan kepada lelaki itu.

" Mana ada susahkan. Saya yang offer nak teman awak datang sini kan? Lagipun, saya suka layan kerenah Aira ni. " Jawab lelaki itu.

" Saya dah banyak kali susahkan awak, Farhan. " Ujar Dinara serba salah.

" Takpe. Saya tak kisah pun. Awak kan kawan saya?" Farhan mengagah Aira yang berada di pangkuan Dinara itu.

Dinara tersenyum apabila melihat Aira yang terkekek-kekek ketawa akibat di-agah oleh Farhan.

" Awak memang tak nak bawa Aira jumpa dengan papa dia?" Soal Farhan tiba-tiba.

" Biarlah. Saya malas lah nak fikir pasal ni." Kata Dinara sambil membuang pandang ke arah taman permainan yang dipenuhi dengan kanak-kanak itu.

" Saya tak tahu apa masalah awak dengan suami awak sampai awak datang sini sorang-sorang. Dan, saya tak nak ambil tahu sikit pun pasal tu. Tapi, sekurang-kurangnya awak kena fikirkan Aira. Aira semakin besar. Sekarang memang lah tak apa sebab dia kecil lagi, tapi cuba awak bayangkan bila dia dah besar nanti. Dia tanya mana papa dia, apa awak nak bagitahu dia nanti?"

" S-saya tak tahu lah, Farhan. Saya takut kalau suami saya tak terima saya dengan Aira."

" At least awak kena cuba. Demi kebaikan anak awak." Dipandang sekilas Aira yang baru berumur 2 tahun 3 bulan itu.

Dinara hanya diam sahaja. Dia cukup buntu untuk memikirkan tentang perkara ini.

" Minggu depan, saya dah nak balik Malaysia. Saya risau awak sorang-sorang dengan Aira dekat sini nanti. Awak dengan Aira ikut saya balik, eh? Lagipun tak kan awak tak rindu family awak Sofea?" Farhan cuba lagi memujuk Dinara. Bukan mereka tidak pernah berbicara tentang hal ini sebelum ini, tapi hati Dinara terlalu keras dengan pendiriannya yang tidak mahu pulang ke Malaysia.

Dinara mengeluh lemah. Diusap lembut wajah kecil milik anaknya itu.

" Tengoklah nanti macam mana. Kalau saya nak ikut awak, saya bagitahu awak nanti." Putus Dinara.

" Macam tu lah kawan saya. "

🌸

Frame gambar yang berada di atas almari kecil di tepi katil itu diambil. Wajah Nadien yang sedang tersenyum itu ditatap lama. Kemudian, diusap-usap perlahan. Seketika kemudian, satu keluhan kecil keluar daripada bibirnya.

" Perlu ke aku balik Malaysia?" Dia berkata perlahan.

Aira yang sedang tidur itu dipandang lama sebelum telefon pintarnya diambil. Nombor Farhan didail lalu diletakkan ke telinganya.

" Hello Farhan. S-saya setuju nak ikut awak balik Malaysia." Katanya sebaik sahaja Farhan mengangkat panggilannya.

" Really?! " Farhan menyoal terkejut. Nampaknya , pujukan dia kali ini berhasil.

" Ya, betullah." Dinara menggigit kukunya. Betul ke keputusan yang dia buat ni?

" Macam ni baru betul, Sofea. Mesti Aira dah tak sabar nak jumpa papa dia. " Ujar Farhan teruja.

" Erm..."

" Pasal tiket, rumah awak dekat sana nanti awak jangan risau, semua saya akan uruskan. Yang penting, awak ikut saya balik Malaysia."

" Farhan... Kenapa awak baik sangat dengan saya?"

Farhan terdiam sebentar. Memikirkan jawapan yang paling terbaik untuk diberikan kepada Dinara.

" Sebab saya dah anggap awak macam adik saya, Sofea. " Balas Farhan perlahan.

" Thank you. Kalau tak ada awak, mesti hidup saya susah sekarang ni." Balasnya terharu. Bersyukur dipertemukan dengan lelaki sebaik Farhan.

" It's okay. Now, awak cuma perlu get ready untuk berhadapan dengan suami dan family awak, okay?"

" Okay. Good night, Assalamualaikum."

" Waalaikumsalam."

Telefon kembali diletakkan dan dia mula berbaring di atas katil bersebelahan dengan anaknya. Rambut Aira dielus lembut sebelum berkata,

" Anak mama sabar okay? Tak lama lagi, mama bawak Aira jumpa papa."

🌸

" So, this is your key apartment. Perabot semua dah complete dalam tu. " Kata Farhan sambil menyerahkan segugus kunci kepada Dinara.

" Thank you, Farhan. Satu lagi saya nak minta tolong, awak tolong carikan saya kereta boleh? Cari yang kecil-kecil sudahla. Myvi ke, axia ke." Dia berharap Farhan dapatlah menolongnya untuk mencari kereta. Senang nanti dia nak bergerak pergi kerja apa semua.

" Okay boleh. Nanti bila saya dah jumpa saya bagitahu awak. Okay lah, saya dah nak kena balik ni. "

" Yelah. Hati-hati drive."

" Uncle balik dulu Aira. Esok uncle datang lagi tau. Bye." Dahi kanak-kanak itu dikucup sekilas. Senyuman dihadiahkan buat Dinara sebelum memasuki ke dalam keretanya kembali. Hon dibunyikan dan dengan perlahan-lahan kereta milik Farhan bergerak meninggalkan kawasan apartment itu.

🌸










Hmm, hero baru??

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now