Bab 33

1.3K 86 2
                                    

" Abang okay?" Dinara bertanya risau.

" Hmm." Gumam Nadien. Tangan naik mengurut perlahan kepalanya yang masih terasa sedikit pusing. Dengan rasa sakit kepala dan bercampur pula dengan secebis memori yang muncul di kepalanya itu telah membuatkan dia tidak mampu untuk bersuara.

" Ara tolong picitkan." Kata Dinara dan mula memicit kepala Nadien.

Terpejam-pejam mata Nadien menerima urutan daripada Dinara.

" Sofea..." seru Nadien sebelum menarik tangan Dinara. Tubuh Dinara didudukkan ke atas ribanya.

" Ab-abang. Abang kan tak sihat." Dinara cuba untuk bangun daripada ribaan Nadien.

Nadien memeluk erat pinggang Dinara. Tidak dihiraukan Dinara yang cuba untuk bangkit daripada ribanya itu. Leher Dinara dikucup lembut.

" Lepas ni you dengan Aira tinggal dekat rumah I." Dagunya ditongkatkan pada bahu Dinara. Direnung sisi wajah Dinara dalam-dalam.

" Kenapa pulak?" Dia menyoal tidak puas hati. Tiba-tiba je ajak tinggal serumah.

" Please... I dah tak nak berpisah dengan you dan Aira. Pindah rumah I eh?" Pujuk Nadien perlahan. Risau jugak kalau Dinara tidak setuju dengan cadangannya itu.

" Hmm yelah." Dinara hanya mampu mengalah. Lagipun, tak salah bukan kalau diorang tinggal serumah?

" Okay. Petang nanti kita bawak masuk barang-barang you dan Aira dalam rumah kita."

" Rumah kita?" Dinara menoleh ke tepi dan membuatkan wajahnya bertentangan dengan wajah Nadien.

" Ha'ah, rumah kita." Balas Nadien pendek sebelum satu ciuman dihadiahkan di pipi Dinara.

🌸

" Suka tak?" Soal Nadien sesudah mereka sampai di rumah banglo tiga tingkat miliknya itu.

" Love it! Bila abang beli rumah ni?" Dinara memandang Nadien dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

" Around two years ago. "

" Ouhh..."

" Jom I bawa you tengok sekeliling rumah ni." Nadien memeluk bahu Dinara sebelum melangkah memasuki rumah mereka itu.

" So, ni bilik Aira." Bilik yang bertemakan warna pink itu ditunjukkan kepada Dinara.

" Aira ada bilik sendiri?" Aira yang sudah terkedek-kedek berjalan ke arah teddy bear di dalam bilik itu dipandang lama.

"Mestilah. Tak kan lah dia nak tidur dengan kita sampai ke besar kan?"

" Tak apa ke? Aira kan kecil lagi." Risau pulak dia nak biarkan Aira tidur sorang-sorang.

" Sofea... We have to teach her to be independent. Kalau sekali sekala je nak tidur dengan kita boleh lahh. Tapi bukan tiap-tiap hari. Okay?"

" Hmm okay."

" Jom pergi tengok bilik kita pulak."

🌸

" Eh Kak Farisha. Bila sampai?" Tegur Tengku Farah yang baru keluar daripada dapur.

" Baru je. Aunty mana?" Tanya Farisha sambil melemparkan senyuman kepada Tengku Farah.

" Mummy dari tadi lagi tunggu akak. Mummy ada dekat taman luar tu." Beritahu Tengku Farah lalu memuncungkam bibirnya ie arah taman mini di luar rumah mereka.

" Okay. Thank you."

Farisha berjalan keluar ke taman mini yang dikatakan oleh Tengku Farah itu. Kelihatan Tengku Rosalinda sedang memberi makan kepada ikan di dalam kolam yang dihiasi air pancut.

" Aunty..."

" Eh dah sampai. Duduklah." Pelawa Tengku Rosalinda. Bekan yang terisi makanan ikan ditutup rapat lalu melabuhkan duduk di hadapan Farisha.

" So, ada apa nak jumpa aunty? "

" Erm... Farisha nak bagitahu aunty sesuatu."

" Yes, what's it is?"

" Pasal Nadien... " Farisha berjeda sebentar.

" Kenapa dengan Nadien? "

" Dia tak nak kahwin dengan Farisha. Dia nak batalkan perkahwinan kitorang." Ujarnya perlahan. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Enggan memandang riak wajah Tengku Rosalinda.

" You tak bagitahu dia yang kita akan stick dekat plan yang asal?"

" Dah. Farisha dah bagitahu. Tapi Nadien tetap nak batalkan perkahwinan kitorang sebab..."

" Sebab apa Farisha?" Tengku Rosalinda mengertap giginya rapat.

" Sebab Nadien cakap yang dia dah suka orang lain."

" What?! Siapa perempuan tu?" Terjegil sedikit mata Tengku Rosalinda mendengar tentang perkara itu.

Farisha menggeleng perlahan.

" It's okay. Farisha jangan risau. Aunty tetap akan kahwinkan Farisha dengan Nadien. Aunty kan dah janji dengan Farisha."

" Tak apa lah Aunty. Farisha tak nak."

" But why?" Tengku Rosalinda memandang Farisha keliru.

" Apa gunanya kitorang kahwin kalau hati Nadien ada dekat orang lain? Selama ni, Farisha ingat Nadien sukakan Farisha, cintakan Farisha. Rupanya tak. Farisha tak nak bila Farisha kahwin dengan Nadien nanti, Farisha menyesal. "

" But—"

" Aunty, it's okay. Kalau aunty nak jugak kahwinkan Nadien, aunty boleh cari calon yang lain untuk Nadien. Farisha balik dulu lah, aunty." Farisha bangun dari duduknya sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tengku Rosalinda.

Tubuh Farisha yang sudah memasuki kereta itu dipandang. Satu rengusan terbit daripada bibirnya apabila mengenangkan Nadien yang membuat perangai itu.

" You dah pandai nak buat keputusan sendiri sekarang eh Nadien? You tunggu, once mummy dapat tahu siapa perempuan tu, siaplah you." Ujarnya dengan perlahan.

🌸

" Abang nak makan apa malam ni?" Tanya Dinara sambil membelek-belek beberapa jenis rempah kari daging.

" I tak kisah. I makan je apa yang you masak. But barang dapur ni, you beli terus untuk stocks satu bulan. So, lepas ni tak payah susah-susah datang beli lagi."

" Okay."

" Lepastu kejap lagi kita bawak Aira beli baju baru and toys baru."

" Abang... Haritu kan dah beli banyak. "

" Tak apa. I nak ganti balik semua yang sepatutnya I bagi dekat you and Aira sepajang tiga tahun lepas. " Nadien senyum kepada Dinara.

Dinara terdiam sebentar. Kalau dia tak bagi Nadien beli, mesti Nadien akan rasa kecewa. Hmm, biar jelah.

" Kalau abang cakap macam tu, yelah. Tapi jangan banyak sangat. Kang naik lemak pula Aira ni." Dipandang Aira yang berada di dalam dukungan Nadien sebelum satu cubitan lembut singgah di pipi kecil itu.

" Aira naik lemak? Mesti lah tak kan? Anak papa ni kan baik. " Pipi si kecil itu digomol-gomol tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

Dinara hanya mampu menggeleng sahaja melihat keletah Nadien dan Aira itu.










Di sini saya ingin memberitahu bahawa Farisha bukanlah watak antagonis yg sebenar. Watak antagonis yg sebenar adalah Tengku Rosalinda dan...

Jeng jeng jeng! Rahsia🤪
Jgn lupa vote!😝

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now