Bab 25

1.2K 76 8
                                    

Dinara menggenggam erat kedua tangannya. Nafas dihembus perlahan sebelum satu senyuman manis terukir di wajahnya.

" You can do this, Sofea!" Ujarnya bagi menaikkan semangat buat dirinya.

Rancangannya pada pagi ini adalah untuk bertembung dengan Tengku Adnan. Dia tahu, hanya Tengku Adnan sahaja yang dapat membantunya ketika itu. Semalam, dia cuba untuk menelefon Tengku Adnan namun, semua panggilannya ditolak. Jadi, dia yakin itu semua kerja Tengku Rosalinda.

Dia berjalan ke arah wad Nadein. Sesungguhnya dia berharap dia tidak akan berjumpa dengan Tengku Rosalinda. Pintu wad Nadien dihampiri dan dibuka. Matanya terbuntang apabila melihat Nadien sudah sedarkan diri. Kelihatan gadis semalam sedang menyuap Nadien makanan ketika itu.

" Abang..." Panggil Dinara sebelum memeluk erat tubuh Nadien. Dia memandang wajah Nadien dengan aneh apabila Nadien merungkaikan pelukan mereka.

Nadien memandang Farah yang sudah terkedu di tepi katil itu.

" Farah. Who is this?" Tanya Nadien sambil memandang Dinara dengan hairan. Setahunya, dia tidak pernah kenal dengan gadis itu.

" Along tunggu kejap eh?" Ujarnya kepada Nadien sebelum menarik tangan Dinara keluar daripada wad itu.

" Kenapa akak datang sini lagi?" Tanya gadis itu gusar.

" A-akak cuma nak melawat suami akak. Awak adik Nadien kan? K-kenapa N-nadien macam tak kenal akak? " Dinara menyoal risau kepada gadis itu. Firasatnya betul-betul berasa tidak enak sekarang ini.

" Just call me Farah. Kenapa akak ada dekat sini lagi? Akak tak ingat ugutan mummy semalam?" Soalan terakhir Dinara hanya dibiarkan sepi begitu sahaja.

Dinara mengangguk kepalanya perlahan tanda mengingati ugutan Tengku Rosalinda semalam.

" Akak tahu tak yang mummy ada upah orang untuk perhatikan family akak? Kalau akak masih ada dekat sini, mummy betul-betul akan buat macam yang mummy bagitahu dekat akak semalam. Lebih baik akak pergi sekarang. Farah bukan nak halau akak, tapi akak kena pergi kalau akak masih fikirkan keselamatan family akak. " Dia memegang bahu Dinara apabila wajah itu bertukar mendung.

" T-tapi akak nak jumpa ab-abang—"

" No, tak boleh akak. Mummy dalam perjalanan datang sini. Farah rasa baik akak pergi sekarang. Jangan pernah datang balik dalam hidup along kalau akak nak family akak selamat. Please... akak kena dengar cakap Farah kali ni."

" Tapi along Farah tu suami akak!" Bentak Dinara tidak puas hati.

" Semua tu dah tak valid bagi mummy kak. Akak tak akan dapat bersama along selagi mummy ada. Tambah-tambah lagi dengan keadaan along yang tak ingat apa-apa sekarang ni." Farah terdiam apabila menyedari bahawa dia sudah terlepas cakap.

" Apa Farah cakap? A-along tak ingat apa-apa?"

Farah berdecit. Dahinya dipicit seketika sebelum pandangannya naik bertemu dengan pandangan penuh soalan milik Dinara.

" Yes. Along hilang ingatan. Kalau akak nak tahu, along tak ingat akak. Along tak ingat apa yang jadi dekat dia dalam tiga, empat tahun ni."

Bibir Dinara terketar-ketar ingin bersuara selepas mendengar penjelasan Farah tentang Nadien, namun dia tidak mampu. Akhirnya hanya esakan sayu sahaja yang keluar dari bibir kecil itu.

" Farah rasa memang akak kena ikut cakap mummy. Kalau akak stay, tak ada sesiapa pun yang dapat pertahankan akak. Along hanya ingat diri dia yang patuh dengan semua arahan mummy. Along tak ingat diri dia yang tak patuh dengan arahan mummy. Jadi, lebih baik akak pergi and family akak pun akan selamat."

Dinara mengeluh perlahan. Air mata dikesat lembut.

" Ambil duit ni, bagi balik dekat mummy Farah. Bagitahu mummy Farah, akak tak perlu pun duit ni." Sampul surat yang berisi wang kertas diserahkan kepada Farah.
Matanya naik memandang wajah Farah
sebelum dia berpatah balik keluar
daripada hospital itu. Air mata laju
menuruni pipinya.

Dia berlari-lari anak untuk keluar dairpada hospital itu. Sudah tidak dihiraukan pandangan orang lain terhadapnya. Apabila dia sudah berada di luar hospital, langkah kakinya diperlahankan. Wajahnya yang basah kerana air mata diraup perlahan.

Apa yang dirancangnya langsung tidak menjadi. Nadien yang selama ini menjadi harapan untuk mempertahankannya, langsung tidak mengingati dirinya. Bayang Tengku Adnan pun tidak dilihatnya hari ini. Perlukah dia mengikut semua kata-kata mereka? Tapi... Abah dengan ibu dekat kampung macam mana? Bangku di tepi jalan itu didudukinya. Tangannya naik menutup mukanya apabila esakannya semakin kuat.

' Abang... Kita memang tak ditakdirkan bersama ke?' Rintih hatinya perlahan.

🌸

" Hello, Assalamualaikum. Abah sihat? " Dinara cuba untuk bercakap seperti biasa. Cuba untuk menyembunyikan suara seraknya.

" Waalaikumsalam. Abah sihat je Fea. Fea macam mana? Sihat?" Ceria sahaja suara Encik Asyraf menjawab panggilan dari anak perempuannya itu.

" Fea sihat abah. Fea... nak mintak maaf
sebab terpaksa cancel plan nak bawa abah
jalan-jalan dekat Korea. "

" Tak apa lah Fea. Bukan rezeki abah dengan ibu lagi nak ke sana." Mudah sahaja Encik Asyraf membalas.

" Erm... Fea nak tanya, ada benda yang pelik-pelik tak jadi dekat abah dan ibu baru-baru ni?"

" Tak ada pun. Cuma, abah adalah perasan, ada satu kereta hitam yang selalu lalu depan rumah. Kenapa?"

" K-kereta hitam?" Dinara menggigit kukunya. Itu kereta orang suruhan Tengku Rosalinda ke?

" Ha'ah. Tapi abah biarkan jelah sebab mungkin tu kereta anak Mak Som jiran kita tu. Fea... ada masalah ke?"

Hati Dinara kembali dihurung sebak setelah mendengar soalan Encik Asyraf itu.

" Eh tak ada lah abah. Fea okay. Abah, Fea letak telefon dulu eh? Fea ada kerja sikit." Bibirnya digigit untuk mengelakkan esakannya terlepas.

" Yelah kalau macam tu. Fea jaga diri baik-baik. Assalamualaikum."

" Waalaikumsalam." Dinara terus menutup panggilan itu. Dia memeluk lutut dan mula menghamburkan tangisannya. Telefon pintar diambil lalu simcard dibuang dan dipatahkan.

Dia menarik laci kecil yang berada di sebelah katilnya. Dua benda dikeluarkan daripada laci tersebut. Simcard baru dan juga pregnancy test. Satu keluhan terlepas dari bibirnya sebelum dia memasuki bilik air.

Beberapa minit menunggu, akhirnya pregnancy test itu menunjukkan dua garis biru menandakan bahawa ada satu nyawa yang sedang bertapak di rahimnya.

Rambutnya diraup ke belakang. Nafasnya dihela lemah. Balkoni di tuju dan pemandangan bandar Itali itu dipandang. Dengan perlahan, tangannya naik mengusap-ngusap perutnya. Di saat Nadien tidak mengingatinya, Allah hadirkan satu
nyawa buat menemani dirinya yang
kesepian ini.










Sorry untuk yg berharap Nadien akan pertahankan Dinara. Sebab benda tu tk akan jadi memandangkan Nadien hilang ingatan😢

So yeahh... jgn lupa share adn vote!😘

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now