Bab 45

1.6K 100 0
                                    

                 Kirana mengemaskan hoodie berwarna hitam yang menutupi kepalanya. Mask di wajahnya diperbetulkan sebelum kakinya laju melangkah masuk ke dalam hospital.

Lif dimasuki dan butang bernombor lima ditekan. Keadaan hospital yang lengang membuatkan kerjanya semakin mudah. Ialah, siapa je yang nak datang hospital malam-malam macam ni kan? It's freaking 2 a.m.

Kaki dituju ke arah kaunter pertanyaan di tingkat lima itu. Jururawat yang sedang bertugas di kaunter itu memandang Kirana dengan aneh.

" Ya Cik? Ada apa-apa yang saya boleh tolong?"

Kirana yang sedang memerhati ke sekeliling tingkat 5 itu tersentak. Apabila menyedari bahawa pakaian yang dipakainya agak mencurigakan, dengan pantas mask di mulutnya ditarik ke bawah dan satu senyuman diberikan kepada jururawat tersebut.

" Erm... Boleh saya tahu Tengku Rosalinda duduk dekat ward nombor berapa?" Soalnya berpura-pura lembut.

Jururawat tersebut memandang Kirana dengan ragu-ragu.

" Apa hubungan cik dengan pesakit ya?"

" Saya ni anak saudara pesakit. Saya datang nak melawat pesakit sekejap sebab kejap lagi saya nak terus pergi oversea." Bohong Kirana.

" Baiklah kalau macam tu, saya bawakan cik pergi ke ward Tengku Rosalinda. "

Kirana mengangguk. Bibirnya dengan perlahan menarik satu senyuman sinis. Langkah jururawat yang sudah ke hadapan itu dituruti.

" Tengku tengah tidur. Cik nak masuk melawat jugak ke?"

Kirana yang sedang memandang Tengku Rosalinda melalui cermin transparent yang terletak di pintu itu menoleh ke arah jururawat  tersebut.

" It's okay. Nanti saya datang lagi." Ujarnya sebelum melangkah pergi daripada ward Tengku Rosalinda.

🌸

" Sayang, abang nak pergi tengok mummy kejap. Sayang nak ikut?" Tanya Nadien sambil memakai jam tangan.

" Erm... tak nak lah. Abang pun tahu kan yang mummy tak suka Ara pergi tengok dia?" Kata Dinara perlahan. Dia berjalan ke arah Nadien dan rambut Nadien diperbetulkan olehnya.

" Betul ni?"

" Betul abang sayang... " Jawab Dinara dengan meleret-leret.

" Kalau macam tu, nanti abang balik kita keluar dinner dekat luar eh? Dah lama tak bawak Aira keluar jalan-jalan." Nadien mengusap lembut pipi Dinara.

" Okay. Ara tunggu abang."

" Abang pergi dulu. Love you." Dahi Dinara di kucup lembut.

" Love you too." Dinara tersengih suka lalu menyalam tangan Nadien dengan penuh sopan.

🌸

Tengku Rosalinda meletakkan gelas yang dipegangnya ke atas meja. Tubuh Nadien yang duduk di kerusi sebelah katilnya dipandang dengan hujung mata.

" Tahu pula datang melawat mummy." Kata Tengku Rosalinda dengan penuh sinis.

" Mestilah. Mummy kan mummy Adien."

Tangku Rosalinda tergelak sinis.

" Kalau Adien masih anggap mummy ni sebagai mummy Adien, Adien akan ikut cakap mummy untuk ceraikan perempuan tu."

Kata-kata Tengku Rosalinda itu telah membuatkan Nadien mengeluh kasar.

" Mummy please... Jangan mula. Adien cuba untuk tak nak bergaduh dengan mummy."

" Dah lah. Adien memang tak sayangkan mummy. " Ujar Tengku Rosalinda sambil membuat mimik muka sedih.

" Lepas apa yang Adien dah buat, mummy still cakap Adien tak sayangkan mummy?"

" Apa? Apa yang Adien dah buat untuk mummy?" Tengku Rosalinda menjeling anaknya itu dengan tajam.

" Adien dah tahu, mummy sebenarnya penyebab Adien berpisah dengan isteri Adien. Tapi Adien diamkan sebab masih fikirkan mummy ni sebagai mummy Adien. Kalau ikutkan hati Adien, Adien memang tak nak pedulikan mummy dah. Tapi disebabkan rasa tanggungjawab seorang anak terhadap mummy, Adien tolak tepi semua perasaan sakit hati Adien ni. Can you just accept the fact that I'm married with Sofea?"

Tengku Rosalinda tergamam apabila mendengar penjelasan Nadien. Mulutnya dikemam rapat sebelum kembali membalas pedas kata-kata Nadien.

" Baguslah kalau Adien dah tahu. Dan mummy tetap dengan keputusan mummy, iaitu tak sukakan perempuan yang entah datang daripada mana tu."

" Mummy memang tak pernah nak berubah kan? Walaupun Allah dah bagi ujian sampai mummy lumpuh separuh badan, mummy still dengan perangai selfish mummy tu. Mummy jangan sampai suatu hari nanti, semua anak-anak mummy dah muak dengan perangai mummy and end up tinggalkan mummy seorang diri."

" Mummy yakin anak-anak mummy tak akan buat mummy macam tu. Anak-anak mummy tak akan buat macam mana yang daddy kamu dah buat dekat mummy kan?" Tengku Rosalinda menggenggam erat tangan Nadien. Matanya memandang sayu anak mata milik Nadien.

" Dengan perangai mummy yang macam ni, who knows kan? Kalau macam tu, Adien balik dulu lah. Sofea sorang-sorang dengan Aira dekat rumah. Assalamualaikum." Nadien sempat menyalam tangan Tengku Rosalinda sebelum keluar daripada ward itu dan meninggalkan Tengku Rosalinda yang menangis teresak-esak itu seorang diri.











Hmm agak-agak, apa rancangan Kirana sebenarnya eh? Btw, jgn lupa vote and share this story😉

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now