EPILOG

2.8K 116 7
                                    

               Kirana mendengus kasar apabila pintu rumahnya diketuk bertalu-talu. Rambut yang serabai akibat baru bangun daripada tidur diperbetulkan olehnya.

Pintu dibuka sebelum matanya terbuntang apabila melihat beberapa orang polis di hadapan rumahnya. Tangannya pantas hendak menutup pintu namun tidak sempat apabila seorang polis menghalang.

" Cik Kirana Maisrah binti Mazlan, anda adalah suspek utama dalam kes mencederakan Tengku Rosalinda. Sila beri kerjasama jika tak nak kami gunakan kekerasan." Kata seorang lagi polis perempuan dengan tegas.

Kirana berdecit perlahan. Nampaknya, dia terpaksa juga untuk mengalah. Silapnya juga kerana meinggalkan botol asid tersebut di dalam ward itu. Dengan perlahan-lahan, tangannya dihulurkan kepada polis tersebut dan dengan pantas tangannya digari.

Bibirnya mengukirkan senyuman pahit tatkala sudah memasuki kereta polis. Dia tidak menyesal berbuat begitu kepada Tengku Rosalinda kerana Tengku Rosalinda memang patut diperlakukan sebegitu.

🌸

Dinara memandang tajam Kirana yang duduk berhadapan dengannya. Gagang telefon diambil lalu diletakkan ke telinga.

" Kenapa kau buat macam ni?"

Kirana tersenyum sinis.

" Lepas apa yang Tengku Rosalinda dah buat dekat kau, kau still lagi nak pertahankan dia?" Kirana mengangkat keningnya, cuba untuk memprovok Dinara.

" Aku bukan nak pertahankan dia. Cuma cara kau ni tak betul. Kau langsung tak fikir perasaan ibu dengan Shah sebelum kau ambil keputusan untuk buat perkara ni. "

" Siapa cakap aku tak fikirkan diorang sebelum aku buat macam ni? Aku fikir. Aku fikir kau ada untuk jaga diorang. Sebab tu aku berani untuk ambil keputusan yang aku dah buat ni." Ujar Kirana dengan selamba.

" Aku dengan kau tak sama, Kira. Kau tu anak kandung ibu, aku ni cuma anak tiri je. Ibu mana yang sanggup tengok anak dia meringkup dalam penjara?"

" Eh dah lah. Aku tak nak cakap pasal ni lagi. Aku dah masuk penjara dah pun. Tak ada guna kau nak cakap banyak. "

Tergeleng sedikit Dinara apabila mendengar kata-kata Kirana itu. Dengan muka yang tidak berperasaannya itu, selamba sahaja dia menuturkan ayat tersebut seolah-olah bukan dia yang membuat salah.

" Dah habis cakap? Kalau dah, kau boleh balik kot. Balik jaga suami dengan anak kau. Jangan lupa jaga ibu dengan Shah sekali." Pesan Kirana kepada Dinara.

" Haihh... Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau Kira. Kau ni degil sangat."

Kirana tergelak kecil.

" Kau nak tahu satu rahsia? Rahsia yang sebenarnya Tengku Rosalinda yang upah aku untuk dekat dengan suami kau and end up dia hantar gambar-gambar aku dekat abah. Nampak kan cara dia perbodohkan aku? Sebab tu aku buat dia macam tu. Dia memang layak hidup dengan muka buruk tu macam hati dia yang buruk." Akhirnya, Kirana telah membuka rahsianya yang selama ini tersimpan kemas.

" What?! K-kenapa kau tak pernah bagitahu aku pasal hal ni?"

" Bila kita baik sampai aku nak kena ceritakan benda ni dekat kau?"

" Hmm biarlah. Benda pun dah jadi. Aku balik dulu. Nanti aku bawak ibu datang melawat kau."

" Hmm..."

🌸

Dinara melekatkan cool fever pada dahi Nadien. Dia tersenyum. Comel pula Nadien pakai cool fever. Hehe.

" Abang tak payah pergi kerja lah hari ni." Ujar Dinara sambil mengelap badan Nadien dengan tuala basah.

Nadien mencelik matanya sedikit.

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now