Bab 39

1.2K 81 3
                                    

         " Nadien! Tunggu lah I." Ujar Kirana lalu memeluk erat lengan Nadien. Kepalanya dilentokkan pada bahu Nadien.

" Apa masalah kau ni?!" Nadien meninggikan suaranya. Tangan Kirana yang memeluk lengannya ditepis sebelum gadis itu ditolak supaya menjauhinya.

" Apa motif sebenar kau datang sini, Kira? " Soal Dinara kegeraman. Tangannya dikepal erat. Nasib baik mereka sedang berada di kawasan yang ramai orang, kalau tidak memang nahas Kirana dia kerjakan.

" What?! Aku datang nak bercuti lah." Kirana mendengus lalu berpeluk tubuh.

" Tchh! Kau nak cakap kebetulan lah ni? "

" Of course. Kau ingat aku tak ada kerja ke sibuk nak intip kau pergi mana?!"

" Sayang... Jom, biarlah dia tu. You tak payah layan dia eh?" Nadien menggenggam tangan Dinara.

" Oh ya, nanti you balik sendiri. I tak nak tengok muka you dalam kereta I nanti." Kata Nadien dengan tidak berperasaan kepada Kirana.

Dia kemudiannya mengambil Aira di dalam dukungan Dinara. Tangan Dinara ditarik lalu dibawa ke arah kaunter untuk membeli tiket cable car.

🌸

Dinara tergelak kecil melihat Aira yang teruja melihat pemandangan dari aras cable car itu. Langsung tidak gayat dengan ketinggian cable car itu. Gelaknya terhenti apabila Nadien memandangnya tidak berkelip.

" Kenapa abang tengok Ara macam tu?" Soalnya sedikit gugup.

" I suka tengok you ketawa macam ni."

" Ada-ada je lah abang ni."

" Tell me."

" Hmm?" Dinara memandang Nadien tidak mengerti.

" Tell me about us back time in Korea."

Dinara diam seketika sebelum memandang Nadien. Satu senyuman muncul di bibirnya apabila mengingati saat-saat mereka berdua di Korea.

" Erm... Kita pertama kali jumpa dekat Incheon Airport. Abang tegur Ara sebab Ara berdiri dekat tengah-tengah laluan." Dia tergelak kecil selepas itu.

" Really? I tegur orang yang I tak kenal?" Terbuntang sedikit mata Nadien mendengar kata-kata isterinya itu.

" Betullah. Then, kita jumpa sekali lagi dekat subway station. Since then, kita start rapat."

" Ya? Nanti kita bawak Aira pergi Korea. I nak tengok tempat kita luangkan masa dulu."

" Boleh! Ara pun dah rindu sangat dengan Korea." Katanya teruja.

" Abang... Can I ask you something?"

" What is it?" Tangan Nadien naik memeluk bahu Dinara.

" Grandpa dekat mana sekarang ni? Ara dah lama tak jumpa grandpa."

Riak wajah Nadien yang gembira bertukar mendung. Dia mengeluh perlahan.

" Grandpa dah lama meninggal."

" M-meninggal? B-bila?"

" Two years ago. Grandpa meninggal sebab sakit tua. And he keep mentioning your name. But I could not do anything sebab I tak kenal you." Satu lagi keluhan terbit daripada mulut Nadien.

Dinara menekup mulutnya. Air mata jatuh setitik di pipinya. Sungguh dia tidak mengangka bahawa dia sudah tidak berpeluang untuk berjumpa dengan Tengku Adnan lagi.

" Kita balik KL nanti, I bawa you pergi kubur arwah grandpa, okay?" Nadien menggosok lembut bahu Dinara. Aira yang duduk diam di atas ribanya itu ditenung. Kanak-kanak itu langsung tidak membuat perangai seolah-olah mengetahui tentang perasaan ibunya yang sedih ketika itu.

🌸

" Call perempuan tu. Suruh dia balik KL now." Arah Tengku Rosalinda tidak berperasaan. Gambar yang dipegangnya diletak kembali ke atas meja.

" Tapi... Gambar-gambar ni dah cukup ke Tengku?" Berkerut-kerut dahi lelaki itu memandang Tengku Rosalinda.

" Ini dah lebih daripada cukup."

" Baik Tengku."

" Esok kau pergi bagi cek ni dekat dia. Bagitahu dia yang job dia dah settle. " Sekeping cek diserahkan kepada lelaki itu.

" Kalau dia tanya macam-macam? "

" Perempuan macam tu akan diam bila kau bagi dia duit. Kau ikut je lah cakap aku. Jangan nak melawan."

" B-baik Tengku."

" One more, jangan lupa hantar semua gambar-gambar tu dekat alamat rumah bapak perempuan tu."

🌸

Nadien melabuhkan duduk di atas sofa. Matanya terhala pada rancangan yang sedang disiarkan di kaca televisyen.

" You tengok apa ni?" Soal Nadien kepada Dinara yang duduk di sebelahnya.

" Ouhh ni. Hmm, entahla. Ara main bukak je." Dinara tersengih.

" You ada masalah? Tell me, apa yang tengah ada dalam kepala you sekarang ni." Ujar Nadien lembut. Dia mengusap perlahan rambut Dinara.

Dinara mengeluh sebelum kepalanya dilabuhkan pada bahu Nadien.

" Ara tak tahu. Entah kenapa, Ara asyik teringat dekat abah. Ara rasa tak sedap hati." Luahnya kepada Nadien.

" Mainan perasaan je semua tu. Nanti you call abah, tanya keadaan dia okay? "

Dinara mengangguk.

" Dah, tak nak sedih-sedih macam ni. Esok you tak payah pergi kerja lah."

" Kenapa?"

" Kita kan baru sampai dari Langkawi semalam. Mesti you penat. Esok you rehat dekat rumah je."

" Tak apa lah. Ara tak penat sangat pun. Ara boleh lagi pergi kerja esok."

" Tapi muka you nampak pucat. " Wajah Dinara dibelek-belek olehnya.

" Tak ada apa-apa pun. Nanti Ara tidur kejap, hilang lah muka pucat ni. Abang jangan risau okay?"

" Hmm, but make sure you betul-betul sihat. Esok pagi kalau I tengok muka you pucat lagi, I tak benarkan you pergi kerja. Faham?"

" Ya... Ara faham. Ara sayang abang." Dia mengucup pipi Nadien.

" I sayang you lagi banyak. " Ujar Nadien lalu memeluk erat tubuh Dinara. Dibiarkan Dinara di dalam pelukannya dalam beberapa minit.

" Dah. I nak pergi masak. "

" Eh tak payah lah. Biar Ara yang masak." Nadien yang sudah bangun berdiri ditahan menggunakan tangannya.

" No. You tak sihat kan? You duduk je diam-diam."

" Alaa... Tapi—"

" You nak pergi kerja ke tak esok?" Nadien memandang Dinara dengan riak wajah yang serius.

" Fine! Tapi abang pandai masak ke?"

" Of course! This is Tengku Nadien Adyan lah."

Dinara mencebik. Ye-ye ja pandai masak. Tak apa kita tengok hasilnya kejap lagi.

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now