Bab 27

1.2K 82 1
                                    

( Media: Our beautiful Aira. )

" Aira... Don't put that into your mouth." Tegur Dinara apabila Aira memasukkan pen ke dalam mulutnya.

" Nanti kalau tertikam Aira punya kerongkong macam mana? " Soalnya seolah kanak-kanak itu dapat menjawab pertanyaannya. Mainan yang bertaburan di atas lantai dikutip satu persatu dan dimasukkan kembali ke dalam bakul.

" Okay now, Aira kena mandi. Sebab kejap lagi kita nak pergi jumpa Atuk dengan nenek." Katanya sambil tangan ligat membuka lampin dan baju Aira.

Setelah siap memandikan Aira, dia memakaikan baju pula kepada anaknya itu. Dress yang sedikit kembang dipakaikan pada kanak-kanak itu dan cekak rambut yang mempunyai reben diletakkan ke atas kepala.

" Aira duduk sini diam-diam tau. Mama nak pergi bersiap pulak." Pesannya kepada Aira lalu pergi menyiapkan dirinya pula.

🌸

" Abang, kereta siapa yang datang tu?" Puan Kartini menepuk-nepuk perlahan paha Encik Asyraf yang sedang membaca surat khabar itu.

Encik Asyraf menutup surat khabar yang sedang dibacanya itu. Matanya merenung lama kereta kereta Honda Jazz berwarna merah yang baru memasuki laman rumahnya itu.

" Entahlaa, Tini. Abang tak pernah tengok pun kereta ni." Balas Encik Asyraf sambil terjenguk-jenguk menunggu tuan punya kereta itu keluar.

" Abang!! Sofea tu. " Terjerit kecil Puan Kartini apabila kelibat Dinara yang keluar daripada kereta.

Encik Asyraf dan Puan Kartini cepat-cepat pergi ke kereta Dinara.

" Assalamualaikum abah." Ujar Dinara sambil tersenyum kecil.

" Waalaikumsalam. Anak abah dah balik." Balas Encik Asyraf dan terus memeluk tubuh Dinara. Jelas keserakan pada suara itu namun tiada setitis pun air mata di wajah tua itu.

" Ha'ah. Fea dah balik abah." Kata Dinara sebaik sahaja Encik Asyraf melepaskan pelukan. Air mata yang terbit dikesat perlahan.

" Abah dengan ibu sihat?"

" Sihat Fea. Rindunya ibu dekat Fea... Jom la kita masuk. Panas dekat luar ni."

" Sebenarnya, Fea bawa balik seseorang." Dinara bergerak ke pintu bahagian penumpang. Aira didukung dan dibawa kepada Encik Asyraf dan Puan Kartini.

" Siapa ni Fea?" Berkerut-kerut dahi Encik Asyraf memandang wajah Aira.

" Kenalkan, ni Tengku Aira Nadiena. Cucu abah dan ibu."

🌸

" Fea kenapa dah lama tak balik? Kalau tak balik pun, kenapa tak pernah telefon abah?" Soal Encik Asyraf sesudah mereka menikmati makan tengahari.

" Fea... Ada masalah sikit abah. Fea mintak maaf sangat-sangat." Ujarnya perlahan.

" Fea ada masalah dengan suami Fea? Kenapa suami Fea tak ikut balik sekali?" Tanya Encik Asyraf prihatin.

Dinara tersentak tatkala Encik Asyraf menanya soalan itu. Riak mukanya yang agak terkejut dikawal sebaik mungkin supaya Emcik Asyraf tidak menyedari.

" Tak ada lah, abah. Fea dengan Nadien okay je. Nadien tak ikut sebab dia ada kerja sikit." Senyuman penuh terpaksa diberi kepada Encik Asyraf.

" Yelah kalau macam tu. Fea balik berapa hari ni?"

" Erm... Esok Fea dah nak kena balik sebab lusa Fea ada interview."

" Fea nak kerja jugak ke? Habis Aira siapa yang jaga?" Encik Asyraf memandang sekilas Aira yang sedang menggomol teddy bear kecil itu.

" Rugilah sijil Fea abah, kalau tak kerja. Aira nanti Fea hantar dekat taska."

" Kalau dah itu keputusan kamu, abah tak boleh cakap apa-apa."

" Cucu atuk main apa tu? " Perhatian Encik
Asyraf beralih kepada cucunya pula.

Dinara mengeluh kecil. Nasib baiklah abah
tak tanya banyak.

🌸

" Nervous kan? " Kata gadis yang duduk di sebelahnya secara tiba-tiba.

" Ha'ah. Jantung ni dup-dap dup-dap je dari tadi." Balasnya sambil tersengih perlahan.

" Kalau saya bukan nervous sebab nak kena interview, tapi nervous saya lebih kepada sebab nak jumpa CEO kacak dalam tu kejap lagi." Seloroh gadis itu lagi. Tersengih-sengih bibir yang tercalit lipstick berwarna merah pudar itu.

" CEO kacak?" Dinara menyoal hairan. Mungkinkah...

" Awak tak tahu? Hotel ni punya CEO, kacak sangat. Muda pulak tu. Sebab tu ramai yang datang interview hari ni." Ayatnya yang terakhir itu diperlahankan sedikit.

" Ohh..." Terangguk sekejap Dinara selepasa mendengar penjelasan gadis itu.

" Eh, kita punya seronok berborak tapi tak tahu nama masing-masing kan? Nama saya Alissa." Gadis itu tersenyum sambil menyuakan tangan ingin bersalam dengan Dinara.

" Ha'ah kan. Nama saya Sofea. Nice to know you." Huluran tangan disambut.

" Harap-harap kita dapat lah kerja ni kan?"

" Itulah. Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja."

" Dinara Sofea Binti Asyraf ." Laung seorang perempuan yang baru keluar daripada bilik interview.

" Eh awak. Nama saya dah kena panggil lah. Nanti jumpa lagi." Tangannya melambai kecil kepada Alissa.

" Okay. Good luck tau."

" Hehe thank you."

🌸

Dinara hanya mengikuti langkah perempuan yang memanggil namanya sebentar tadi. Sepanjang itu, wajahnya hanya ditundukkam. Nervous punya pasal.

" Okay cik Dinara. You may introduce yourself first." Kata salah seorang interviewers itu.

Dinara dengan perlahan mengangkat kepalanya. Mata memandang ketiga-tiga orang interviewers itu dan matanya terpaku pada seorang lelaki yang berada di tengah-tengah antara tiga orang tersebut. Jantungnya mula memainkan irama yang sangat rancak. Abang...

" Cik? Boleh Cik introduces diri cik dekat kami?"

Dinara tersentak. Matanya dilarikan daripada memandang Nadien yang sedari tadi menunduk meniliti fail yang dipegangnya.

" Maaf. Erm... First of all, I want to tell you guys that I will introduce myself in 4 languages."

🌸










Okay. Sambung esok pulak. Jgn lupa vote tau!❤️

Oppa, I'm in love! ✔️Where stories live. Discover now