Bab 42

1.4K 88 0
                                    

             " Sofea... Dah-dah la menangis tu. Nanti mata you bengkak." Tegur Nadien apabila melihat Dinara masih lagi mengalirkan air mata.

" Ara tak sangka y-yang ibu s-sanggup buat Ara m-macam ni. K-kalau Shah tak bagitahu Ara, m-mesti sampai bila-bila Ara tak akan tahu." Luah Dinara dengan sebak.

" Dah... Tak payah fikir dah eh pasal tu? "

" Hmm..." Dinara mengelap air matanya. Aira yang tertidur di seat belakang dipandang sekejap.

" Abang..."

" Ya?" Nadien menoleh memandang Dinara sekilas.

" Ara nak mintak maaf sebab semalam Ara dah tertinggi suara dekat abang. Ara tak sengaja." Ujar Dinara perlahan. Jari-jemarinya dimainkan sesama sendiri.

Bibir Nadien automatik mengukir senyuman. Tangannya naik mengusap kepala Dinara yang berbalut tudung.

" Tak apa. Abang dah maafkan."

" Thank you. Ara janji tak buat lagi."

" Betul janji?"

" Betullah." Balas Dinara bersunguh-sungguh.

Baru sahaja Nadien hendak membalas, telefon pintarnya yang terletak di dashboard berdering.

" Sayang tolong angkatkan kejap."

Dinara tanpa banyak kata terus mengambil telefon Nadien dan mengangkat panggilan tersebut. Sempat dibaca nama si pendail yang tertulis 'Sis'.

" A-along! Along kena datang hospital sekarang jugak." Kata suara itu dengan tersekat-sekat sebaik sahaja Dinara mengangkat panggilan.

" Hello?"

" Eh? Ni siapa?" Berkerut dahi Tengku Farah apabila bukan alongnya yang menjawab panggilan.

" Ni Sofea. Isteri Nadien."

" Ohh err... Along ada?"

" Ada. Along tengah drive. Kejap eh." Ujar Dinara lalu menjauhkan sedikit telefon daripada telinganya.

" Abang. Adik abang nak cakap dengan abang."

" Meh." Nadien meminta telefonnya. Beberapa minit bercakap dengan adiknya di telefon, mukanya berubah tegang. Pemanduannya semakin laju membelah jalan raya.

" Abang kenapa ni?" Soal Dinara risau.

" Kita pergi hospital. Mummy masuk hospital."

Dinara tergamam. Mukanya pucat. Sudah bersediakah dia untuk bertemu dengan Tengku Rosalinda?

🌸

" How's mummy?" Nadien menyoal tatkala mereka sudah sampai di hadapan emergency room.

" Along! Mummy still dalam emergency room. Doktor still tak keluar-keluar lagi." Beritahu Tengku Farah sambil teresak-esak menangis di bahu Nadien.

" Radien tak datang?"

" Kejap lagi dia datang dengan daddy dan ummi."

Nadien mengangguk tanda mengerti. Wajahnya diraup perlahan. Dinara yang senyap berdiri di belakangnya itu ditarik lembut supaya berada di sisinya.

" Farah. Kenalkan, ni isteri along. Kak Sofea."

" Farah tahu. Farah pernah jumpa dengan kak Sofea." Tengku Farah menghadiah satu senyuman kepada kakak iparnya itu.

" Pernah jumpa? Bila? Kenapa along tak tahu pun?"

Tengku Farah dan Dinara hanya mendiamkan diri. Mulut masing-masing tidak menjawab pertanyaan Nadien.

" Lama dah. Dekat Korea dulu. " Jawab Dinara pendek setelah beberapa minit mendiamkan diri.

" Ouhh... "

Seketika kemudian, seorang doktor yang baru keluar daripada emergency room datang ke arah Nadien dan Tengku Farah. Kelihatan doktor itu sedang berbicara dengan riak wajah yang serius.

Dinara melarikan pandangannya daripada memandang situasi tersebut. Dia tunduk mengusap ubun Aira di riba. Salah ke kalau hati dia sudah terlalu tawar untuk mengambil tahu tentang keadaan Tengku Rosalinda?

🌸

" Kita balik dulu. Berehat, then kita datang sini balik. You okay kan?" Tanya Nadien prihatin.

" Hmm..."

" Tak nak tanya pasal mummy?"

Dinara memandang Nadien. Tanpa Nadien sedar, satu keluhan telah terbit daripada bibir isterinya itu.

" Mummy macam mana? Okay tak?" Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia bertanyakan soalan itu kepada Nadien.

" Mummy okay. Cuma buat masa ni, mummy tak boleh berjalan sebab mummy lumpuh separuh badan. " Jelas Nadien dengan ringkas.

" Ouhh... Baguslah kalau tak teruk." Ujar Dinara pendek.

" You okay? I risau lah tengok you diam macam ni."

" Ara okay. Abang janganlah risau."

" Kalau okay, cuba senyum sikit, I nak tengok."

Mahu tak mahu, Dinara terpaksa menarik senyuman meskipun senyumannya itu terasa begitu tawar.

🌸

" Eh? Kau ni suami Sofea kan?" Farhan yang ketika itu berada di hospital kerana mempunyai urusan, menyapa Nadien apabila dia terserempak dengan Nadien.

Nadien memandang Farhan dengan aneh. Setelah diteliti betul-betul wajah itu, barulah dia perasan bahawa lelaki itu adalah lelaki yang bersama dengan Dinara di restoren tempoh hari.

" Ha'ah."

" Nice to meet you. By the way I'm Farhan, Sofea friend's." Farhan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

Nadien menyambut huluran tangan Farhan itu. Bibirnya langsung tidak mengukirkan sebaran senyuman buat lelaki itu.

" I'm Tengku Nadien. Boleh I tahu, berapa lama dah kau berkawan dengan Sofea?" Soal Nadien tanpa berbasa basi.

" Around 3 years jugakla. Erm... Sofea mana?" Farhan memerhati ke sekeliling lobi hospital itu, namun figura Dinara tidak dijumpainya.

" Sofea pergi toilet. Tukar lampin Aira." Balas Nadien pendek. Entah kenapa, dia tidak terasa untuk bermesra dengan Farhan.

" Kalau macam tu, aku pergi dulu lah. Aku datang hospital ni pun sebab ada hal."

" Okay. Nice to meet you."

" You too. Ohh ya, pasal hari tu kau jangan salah faham pulak. Aku yang tak sengaja pegang tangan Sofea. "

" It's okay. Aku faham."

" Jangan sakitkan hati dia lagi. Dia dah banyak menderita waktu dekat Italy dulu. Aku tak tahu apa masalah kau dengan dia sampai dia datang Italy sorang-sorang, but aku harap, kau tak akan ulangi kesilapan tu lagi."

Nadien mengerutkan dahinya. Apa yang cuba disampaikam oleh Farhan?

" Okaylah. Aku gerak dulu." Farhan menepuk bahu Nadien perlahan sebelum berjalan keluar daripada hospital itu.

🌸

Oppa, I'm in love! ✔️Onde as histórias ganham vida. Descobre agora